pages

Sunday, July 29, 2018

PRK Sungai Kandis perlu jadi bukti kesepakatan orang Melayu


SUDAH tiba masanya orang Melayu keluar dari kesempitan asobiah politik kepartian, dan berubah ke arah agenda politik yang lebih besar iaitu kepentingan Melayu dan Islam.
Bagi PAS, ahli PAS perlu buang rasa alergi dengan UMNO. Kesepakatan ini memerlukan sokongan dari ahli PAS sendiri, yang kemungkinan masih ada rasa elergi untuk bersepakat dengan UMNO.
Jika kita ambil contoh di Perak misalnya, sifat alergi dan keterikatan pada persepsi PAS UMNO adalah perkara jijik, ia telah mengundang padah apabila Perak jatuh ke tangan PH.
Bagi UMNO, ahli UMNO pula perlu menginsafi kesilapan UMNO sepanjang 60 tahun memerintah negara. Calon UMNO di Sg. Kandis perlulah cuba sedaya upaya memenuhi lima kriteria wibawa seperti yang telah digariskan oleh GPS, iaitu:
1. Mengangkat agenda Islam dan aspirasi Perlembagaan di Parlimen;
2. Memperjuang agenda Bumiputera;
3. Berintegriti, cekap dan mahir dalam urus tadbir;
4. Bebas dari pengaruh asing dan mempunyai agenda ummah dan perpaduan rakyat;
5. Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Tamadun Melayu.
Kesediaan untuk menerima dan berubah akan menjayakan lagi persepakatan PAS dan UMNO. Bahkan mereka perlu main peranan mencipta budaya politik baru ‘Melayu Islam Centric’.
Kesepakatan agenda perlu diterjemahkan dengan baik supaya dapat menjadi contoh dan ikutan orang Melayu. Selama berpuluh tahun, orang Melayu dipecahkan dengan label-label politik yang merugikan.
Bagi orang Melayu secara umum, kini sudah tiba masanya orang Melayu berpolitik berpandukan agenda besar Melayu Islam, bukan semata-mata diperguna demi undi dan survival parti politik semata-mata.
Atas dasar ini perlunya hadir dalam diri orang Melayu kesedaran dan kefahaman politik yang jelas, bukan semata-mata terikat dengan sentimen dan perasaan marah. Kerana sentimen dan perasaan boleh dimanipulasi dan ia tidak bertahan lama.
Orang Melayu perlu lebih cakna akan nasib anak cucu dan genarasi akan datang, bukan semata-mata kekenyangan perut pada masa sekarang namun survival mereka untuk kekal relevan dan kembali menguasai tanah Melayu pada masa depan.
Sungai Kandis merupakan ‘testing ground’ yang ideal bagi orang Melayu Islam kerana kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak tidak memberi penambahan atau pengurangan signifikan kepada jumlah kerusi kedua-dua belah pihak di DUN.
Justeru, ia boleh dijadikan medium bagi mengukur kadar kesepakatan orang Melayu Islam terhadap pengkhianatan PH.
Muslim Abdullah Zaik
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak semestinya mewakili pendirian rasmi CG

14 comments:

  1. Dedak dh putus sejak 9 meii sebab tu meroyan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted ni perasan rajin betul komen sini tp byk fitnah lah, tuduh dedak tanpa bukti, tu kerja jahat, komen kena blok marah, komen bg hujah lah

      Delete
    2. Ted dah takut, bila melayu mula celik siapa DAp-PH. Takut benor kamu bila melayu bersatu ye...

      Delete
  2. AKU SANGAT2 SETUJU DGN SAUDARA MUSLIM NI, PAS UMNO ATAU PARTI2 LAIN MCM PPBM DH KENA BERSATU LAWAN KAFIR RASIS YG TIDAK HABIS2 MAHU HANCURKAN ISLAM DAN MELAYU

    ReplyDelete
  3. Bila kalah baru nk ingatt agama..kalau mng tempohari makin hanyut malaysia..insaflah melayu2 yg bertopeng ngo..hanya kerana ph tolak permintaan kamu terus meroyan tuduh itu ini..org melayu@rakyat dh buat keputusan terimalah dgn hati terbuka..jgn ungkit soal agama dn bangsa utk lps geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tk minta apa2 dgn PH, tapi PH yg hancurkan Islam dan Melayu, itu kami tentang sampai bila2, fitnah lah apa pon kata lah apa pon sedikit pon tidak menjejaskan kami malah kami makin bersemangat dan kuat

      Delete
    2. Ted dah mula rasa gerun, mula tuduh babi buta. Kesian macai DAP ni akan hilang dedak agen DAP.

      Delete
  4. Asal kluar artikel baru je, msti ada user nama ted manoff ni menghentam semua benda.
    Ni mmg kerja harian dia ke? Tak kan x kerja kot..
    24 jam tunggu depan tablet, tnggu admin upload artikel.

    ReplyDelete
  5. Cg,ted ni sbnr nk tutup periuk nasi..bertenggek kat cg siang mlm dgn komen provoke spya orng meluat dgn dia so takdalah ramai ilmiah nk komen melainkan komen amarah..dia ni sbnar parasit secara perlahan2 jatuhkan rating cg....lg pun topic cg adalah untuk kita lawan fakta cg kalau tak betul..M O ted ialah menenggelamkan ilmiah dgn menjadikan dia sbgai sasaran untuk mengalihkan fakta sebenar tentang isu kerajaan ph..lg pun cg bukanya tulis atikel dlm blog ni..takkan cg tak perasan dia letak pasir dlm periuk cg..salam

    ReplyDelete
  6. Ted ni berkerja sorang mngunakan pelbagai nama..kadangkala anon.MO provoke..reply guna anon untuk membalas provoke dgn maki hamun..kemudian reply dgn fakta..provoke lg..bg mengelirukan penkomen ilmiah..terpulang kpd saudara untuk membazirkan data untuk layan redbean ini..yg pasti cg bukan blog sebar fitnah..hanya readbean sj yg akan kata cg fitnah..selain dari penkomen ilmiah yg tulen..salam

    ReplyDelete
  7. Lg pun kita tak tau ted ni muslim atau tidak kerana provoke celupar tentang islam..ted mungkinbangsa melayu ke cina ke india ke..jd segala hinaan tu sedang di kumpulkan oleh yg esa untuk hadiah dia bila sampai masanya.. jglah buku sendiri spya bersih dr dosa tangan sendiri..

    ReplyDelete
  8. Org PH cakap kalau letak tunggul pun boleh menang. Perkataan yg melambangkan kesombongnya tahap dewa.
    1. Begitu yakin sampai mendahului Allah
    2. Merendah2 kan tahap mentaliti pengundi msia.
    seolah2 super stupid dan mcm lembu dicucuk tali
    Orang sombong selalu rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah..kesombongan itu di terjemahkan kembali dgn kesilapan dan kecelaruan seawal 100 hari manifesto mereka..dgn rekod pengalaman mjdi pembangkang 60 thn adalah satu rekod dunia..pasti akan ada lg kesilapan dlm tempoh 4 tahun akn dtng.

      Delete
  9. Didalam quran jelas seruan untuk umat Islam bersatu.Tapi masing-masing parti melayu islam ni tak menghayati nya.sebalik nya parti bukan Islam yg menghayati nya.Akibat nya Islam terhina

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews