pages

Tuesday, July 31, 2018

PRK sg. Kandis: kenapa PAS TIDAK UNDI PH? ini jawapannya


Saya menerima soalan yg agak banyak dari beberapa pihak. Ada dari ahli pas sendiri. Ada dari ahli umno dan atas pagar. Tak kurang juga dari penyokong PH yg mungkin nak siasat apa pendirian Pas mengenai PRK Sg Kandis.

Sya tak mahu jawab bagi pihak Pas. Sbb sya hanya ajk kecil dlm Pas Pusat. Namun saya nak jawab bagi pihak diri saya sendiri. Jika serasi dgn pandangan anda maka kita telah ada persamaan. Kalau tak serasi maka kita saling menghormati perbezaan itu.

Dalam soal PRK sg Kandis. Siapa yg patut kita berikan undi?. Sebelum saya jawab soalan itu perlu kita ingat bahawa dlm PRK Sg Kandis yg masuk bertanding hanya dua penjuru sahaja, iaitu PH dan BN/ Umno. Kedua2nya parti sekular yg sudah pasti menjadi bebanan kpd Islam. Umno telah melakar sejarahnya yg panjang dan kita tahu sikap parti itu terhadap Islam. PH juga telah menanggalkan topengnya dan mempamirkan wajah sebenarnya terhadap Islam. Oleh itu bagi saya undi kita kali ini bukan soal siapa yg kita patut berikan kememangan. Tetapi sebenarnya siapa yg patut kita kalahkan.

Kalau pun kita berikan undi kpd PH itu bukan kerana kita mahu PH menang. Tetapi kerana kita mahu BN kalah. Begitulah sebaliknya. Jika kita berikan undi kpd BN, bukan kita mahu BN menang tetapi kerana kita mahu PH kalah. Siapa pun yg menang mereka tetap bukan parti yg mahu daulatkan Islam. Namun perlu di lihat..antara kedua2 parti yg mendatangkan mudharat kpd Islam itu, manakah yg lebih ringan kemudharatannya?. Ini adalah kaedah fiqh yg telah disepakati oleh ulamak2 fiqh. 

Asalnya setiap kemudharatan itu tidak kira ringan atau pun berat hendaklah dihapuskan. Atas dasar ini lah maka ulamak fiqh mendatang kaedah;  الضرر يزال. Kemudharatan itu hendaklah dihapuskan. Kerana Rasulullah saw bersabda: لا ضرار ولا ضرار. Iaitu tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan. 

Namun apabila terdapat dua kemudhatan secara serentak dlm satu masa maka ulamak2 fiqh menyelesaikannya dgn kaedah ;الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف kemudharatan yg lebih berat hendaklah dihilangkan dengan kemudharatan yg lebih ringan. Atau kaedah الأخف الضرورين iaitu memilih yg lebih ringan kemudharatannya antara dua kemudharatan. 

Jika dilihat antara BN dan PH, pada pengamatan saya PH lebih mendatangkan kemudharatan kpd Islam berbanding BN. Berdasarkan statment2 pimpinan PH kita dapat saksikan sikap mereka terhadap Islam. Lebih2 lagi dlm keadaan parti2 melayu islam dlm PH boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yg tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam. 

Mungkin ada yg bertanya. Apabila kita kalahkan PH dan BN menang, apakah Islam dapat dilaksanakan sepnuhnya melalui kemenangan BN itu?. Sbb itu awal2 tadi saya sudah sebut. Undi kita kali ini bukan soal siapa menang tetapi soalnya siapa yg patut dikalahkan. Memikirkan keburukan yg bakal muncul jika PH menang hendaklah diutamakan daripada memikirkan apakah kebaikan nya jika BN menang. Ulamak fiqh mengatakan; درء المفاسد مقدم جلب المصالح menolak kemudharatan ( kerosakan) hendaklah didahukukan daripada mengambil kemaslahatan.

Kita mengundi BN bukan kerana kita mengiktiraf ideologi umno itu benar tetapi kerana kita mahu PH itu kalah. Kerana kemudharatan yg didatangkan oleh PH jauh lebih merosakkan berbanding BN. Saya fikir tidak sukar untuk melayu muslim yg pernah mengundi PH untuk mengundi BN pada kali ini. Bukannkah dlm PRU 14 yg lepas anda gagahkan tangan mengundi PH walaupun disebalik lambang PKR itu ialah DAP dengan alasan menolak Najib dan BN lebih diutamakan. Kini sampai pula masanya menolak PH adalah lebih aula dan utama. 

Kekalahan PH di PRk Sg Kandis tidak banyak memberi kesan kpd kerajaan Pusat PH. Namun perlu disedari bahawa kekalahan PH disungai kandis bakal menghantar message kpd PH pusat bahawa walaupun mereka sudah menang dan menguasai pusat namun mereka tidak patut menjadi " gajah yg turun minyak". Hormati rakyat, hormatilah Islam dan Bangsa Pribumi Melayu.

Kesimpulannya saya mahu memberitahu kepada pengundi di sg Kandis undilah BN untuk mengalahkan PH.

UMS
LPT to Kuantan
30.julai.2018

15 comments:



  1. "ulamak2 fiqh menyelesaikannya dgn kaedah ;الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف kemudharatan yg lebih berat hendaklah dihilangkan dengan kemudharatan yg lebih ringan"

    Memang tepat sekali, oleh kerana DAP memberi kemudharatan yang lebih besar kepada Islam berbanding dengan BN, maka maka kita harus hapuskan langsung DAP dari pentadbiran Malaysia.....

    Satu lagi kata2 hikmah adalah sahabat kepada musuh ko adalah musuh ko.... Oleh kerana PKR bersahabat dengan DAP, maka secara logiknya juga PKR ada musuh ko juga.

    ReplyDelete
  2. Whoooosh....dapat dedak ke.

    ReplyDelete
  3. Walaun auta. Kalau dua2 tak elok tak usah keluar mengundi. Tak payahlah putar2 nak tunjuk lobai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaun kepala bapak ko anon 7.16... orang di atas tu bahas dengan dalil..ko tak takut Tuhan ke main2 dan loyar buruk? mampus nanti dihimpit dinding kubur mau?

      Delete
  4. Betul ke Mat Sabu hanya boleh dikritik hanya didalam parlimen sahaja? Lansung tak gentlemen kalau macam tu? Apa yang anda dah buat selama berada dlm kementerian pertahanan? Kalau setakat menghadiri majlis2 rasmi siapa2 pun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..dulu bkn main mat sabun kutuk caci maki org..la ni mat sabun dah kemas ..nk sembang dlm parlimen blh lah..kah kah kah

      Delete
  5. PAS adalah 'cult',...jauh lebih mudarat.

    ReplyDelete
  6. lepas balakong satu lagi PRK di selangor menyusul...

    berita terkini bergantung pada bantuan alat mesin saja...

    ReplyDelete
  7. Satu pandangan oku Cita dan ceritari mudarat hutan kelantan diteroka secara tidak systematic tidak teratur lalu mendatangkan mudarat berbentuk musibah seluruh Rakyat kelantan terkesan sukarelawan juga terkesan kelantan tanah pamahnya rendah semua org tahu banjar itu biasa tapi idea penstructure langsung tiada anjajan ye Rakyat kelantan tidak kisah kerana disebukan dgn hal hal remeh bila terhimpit mulala mentelaah tentang fish ilmiah ilmiah berani menjual Ana membeli occey dan biarkanlah sg kandis menjadi sg kandis takakan jadi bukit naga kerana sg kandis tetap sg kandis sebuah production house pkr ini bukan mengecilkan kebolehan Umno menghina jauh sekali watak dan credibility calon itu mengpengaruhi warga sg kandis tak perlu jadi seperti saiton untuk menghasut memperlekeh serangan pribadi itu satu yg tidak bagus kebanyakan warga sg kandis ada yg berlatarbelakang educated berpemikiran educated berpikiran jauh Umno perlu berusahalah lebih berdikari berdiri diatas kaki sendiri apa yg warga sg mangis mau itu satu persoalannya hahaha

    ReplyDelete
  8. Sekarang syaitan dn dajjal dh naik kepermukaan jadi masih ada waktu utk kita mnghalang naik kedaratan sebelom kita trkulai..akhir2 ini bnyk pekara yg merunsingkn dgn sttmnt dn tndkkn dr mereka yg dulu aku hormat..bila maruah agamaku mula dirobek adakh aku masih nj pejamkn mata? Aku rela diperinth oleh pencuri dr mereka yg nnghina agama dn bngsaku..

    ReplyDelete
  9. Sekarang syaitan dn dajjal dh naik kepermukaan jadi masih ada waktu utk kita mnghalang naik kedaratan sebelom kita trkulai..akhir2 ini bnyk pekara yg merunsingkn dgn sttmnt dn tndkkn dr mereka yg dulu aku hormat..bila maruah agamaku mula dirobek adakh aku masih nj pejamkn mata? Aku rela diperinth oleh pencuri dr mereka yg nnghina agama dn bngsaku..

    ReplyDelete
  10. Apa laa ... Bermain dfn kata kata... Cakap ja la sayang umno.... Itu pun maluuuuuu ka

    ReplyDelete
  11. anon 7.00. kita berdiskusi pasal permasalah umat ko nak menyerong ke fitnah..

    ko dah pernah makan brape kilo daging/ tulang babi.. gelisah..benci semacam dengan agenda menyatukan ummah.. dah jauh sesat.. sedar diri sikit jgn sampai anak bini ko kena bala!

    ReplyDelete
  12. Yang menang biarlah dia jalankan tugas dan amanah..yang kalah tunggulah lima taun lagi..kot kot boleh menang lagi

    ReplyDelete
  13. Undilah Barisan Nasional. Benar, kemenangan BN tidak akan merubah apa² status tetapi kemenangan BN adalah lambang kesedaran rakyat dan simbol kewarasan telah kembali. Jika seseorang raja memerlukan pembesar² lain, jika seseorang menteri memerlukan pegawai² khas, mengapa kerajaan tidak memerlukan 'kakitangan' khusus, yakni pembangkang?
    Dulu pihak yg menjadi kerajaan hari ini berkokok menyatakan negara perlukan pembangkang bagi memantau kerajaan memerintah. Apakah ada ketakutan bila pembangkang yg sebelum ini puluhan tahun lamanya menjadi kerajaan dimenangkan? Besar kemungkinan ketakutan itu ada kerana pembangkang yg sebelum ini lama menjadi kerajaan bukanlah pembangkang yg buta fakta.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews