pages

Sunday, July 1, 2018

PONOROGO MENANG: Enggan berubah, MALAPETAKA kedua menanti UMNO

Siapa sangka? dari pendatang Haram, kini menjadi presiden umno yang baru.

Mungkinkah Zahid Hamidi akan jadi Presiden paling singkat dalam sejarah UMNO?

Tiada apa-apa yang menarik dengan keputusan pemilihan UMNO kali ini. Kemenangan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidaklah mengejutkan, malah sudah pun dijangka.

Begitu juga bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, semuanya tidak menarik dan memberi gambaran UMNO masih sama seperti sebelumnya. 

UMNO, meskipun nasibnya sudah berubah daripada kerajaan kepada pembangkang, tetapi sikap, pemikiran dan keputusan perwakilan dalam memilih pemimpin sama sekali tidak berubah.

Gambaran pemilihan kali ini ialah UMNO telah menolak perubahan dan masih kekal dengan stail lama dalam memilih pemimpin di mana politik wang dan "sistem cai"  masih lagi menjadi amalan.

Dengan "sistem cai" yang bersamanya dikatakan turut diselitkan pemberian wang tunai, "sampah sarap" dan "kayu" pun akan turut terpilih sebagai pemimpin jika mereka termasuk dalam senarai tersebut.

Itulah yang terus berlaku dalam UMNO - dulu, kini dan selamanya sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

Zahid Hamidi yang dipilih memimpin UMNO bukan saja berwatak lemah dan banyak masalah, malah beliau adalah "kroni kanan"  kepada Najib Razak yang sudah ditolak rakyat, malah kedudukannya sebagai pemangku presiden sebelum ini adalah kelebihan baginya untuk meraih kemenangan melalui peranan "warlords" di pelbagai peringkat.

Meskipun UMNO memilihnya sebagai peneraju yang baru, tetapi adakah rakyat di luar UMNO, pengundi atas pagar, anak muda dan pengundi bukan Melayu dapat menerima dan lebih meyakininya?

Siapakah yang dapat meyakini Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri untuk pilihanraya akan datang?
Bahkan, kedudukan Zahid Hamidi yang mungkin disiasat oleh pihak berkuasa, sama ada berkaitan wang haram yang diterima oleh UMNO sehingga akaun banknya dibekukan, tentang dana RM2,600 juta yang diterima Najib lantaran beliau mengaku pernah berjumpa dengan waris keluarga penderma, berkaitan urusan kemasukan pendatang Bangladesh atau lain-lain perkara yang belum kita ketahui,  keadaan ini sekaligus meletakkan UMNO selepas ini dalam kedudukan yang bahaya sekali lagi.

Apakah, selepas Najib terpaksa mengundurkan diri kerana kalah pilihanraya dan terlibat  dalam skandal kewangan terbesar melibatkan dirinya, UMNO harus menerima satu lagi "malapetaka" disebabkan seorang lagi presidennya turut disiasat dan terpaksa mengundurkan diri?

Jika pun tidak disiasat, mampukah UMNO berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan Zahid Hamidi jika ianya dijadikan isu berterusan oleh Pakatan Harapan?

Yang tidak kurang malangnya bagi UMNO, meskipun keputusan rasmi belum dikeluarkan lagi, ialah juga mengenai barisan kepimpinan yang dipilih sebagai Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Semua mereka yang terpilih adalah kalangan yang kuat menyokong, membodek dan mengampu Najib sebelum ini, walaupun ketika itu skandal berkaitan bekas Perdana Menteri itu, isterinya dan keluarganya sudah pun menjadi bahan berita serta bualan di seluruh dunia.

Apakah yang mereka ini mampu tawarkan untuk memulihkan imej UMNO jika kesalahan Najib yang terang lagi nyata pun mereka sanggup terus menyokongnya?

Kebimbangan lain ialah jika sebelum ini mereka sanggup mempertahan perkara yang tidak betul dan bersekongkol dengan salah laku Najib, apakah tidak mungkin sikap itu akan berterusan ada dalam diri mereka sampai bila-bila?

Selain itu, bagaimana jika majoriti Ahli Majlis Tertinggi yang terpilih kali ini turut terbukti pernah menerima wang haram 1MDB daripada Najib dan merupakan sebahagian daripada 900 pemilik akaun bank yang sudah dibekukan oleh SPRM?

Apakah nasib dan kedudukan mereka selepas ini?

Yang nyata, oleh kerana UMNO telah menolak perubahan dengan memilih barisan kepimpinannya yang lemah serta ada masalah untuk menerajui parti itu, keputusan pemilihan kali ini juga adalah suatu "kegembiraan"  buat Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan nampaknya mempunyai kerja yang lebih senang untuk terus kekal berkuasa berbanding mereka yang dianggap "saki baki penyamun" juga yang mewarisi kepimpinan UMNO ketika ini. (ShahbudinHusin 01/07/2018)

7 comments:

  1. Hapus dan lenyapkan umno

    ReplyDelete
  2. UmNO dah memilih yg dah tak ade kena mengena dengan uMNo get lost.. tungau langau lalat dinasour yg tak puas hati sila keluar ... lagi cepat keluar lagi santikkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah... Boss baru anda bukan main mencaci cerca Tun yang berketurunan orang India dari sebelah bapanya. Sedangkan Tun lahir di Tanah Melayu pada tahun 1926.... lama sebelum merdeka... lama sebelum Perang Dunia ke 2. Datuk dan ayah Tun juga lahir di Tanah Melayu. Yang berhijrah di sini ialah moyang Tun, yg datang zaman Inggeris dulu (zaman Inggeris sebelum zaman Jepun!)

      Tapi rupa-rupanya Boss anda lahir di Indon. Dan dia pulak ialah orang Jawa! Bukannya orang Melayu! aduhaiii.... Berhijrah ke Malaysia pun masa dah remaja! Dah berumur 12 tahun.... aduhai... but has the audacity to ridicule someone who was born in Tanah Melayu!

      Orang Jawa di Indon tak suka jika orang cakap mereka orang Melayu. Mereka cakap Jawa itu bukan Melayu. Tapi yg lucunya bila dah datang sini, bukan setakat mengaku diri tu Melayu, berani kutuk orang lain pulak.

      At least, ibu Tun ialah orang Melayu! Bermakna Tun ada darah Melayu!

      Datuk Tun (Iskandar Kutty) juga anak hasil perkahwinan lelaki India dan wanita Melayu dan beliau juga kemudiannya berkahwin dengan wanita Melayu jati.
      Ayah Tun (Cikgu Mohamed Iskandar) juga berkahwin dengan wanita Melayu jati.

      Tapi boss anda? Pure Jawa, lahir di Pulau Jawa! tapi berlagak macam anak jati Tanah Melayu!

      Delete
  3. Kenapa la orang macam 12:21 amat susah nak faham apa yang ada dalam benak sebahagian orang Melayu ?
    Kita tahu dan kita ingat perjuangan UMNO la yang memerdekakan Tanah Melayu. Kita ingat percaturan bijak UMNO la yang telah mengubah nasib orang Melayu. Dan juga ingat bagaimana UMNO telah bertukar daripada satu permuafakat besar orang Melayu kepada satu pemuafatakan sempit dan makin menyempit mementingkan pembesar UMNO serta kroni nya berlandaskan perjuangan cash is king.
    Kita juga lihat personaliti UMNO hari ini berkulitkan sikap angkuh, bongkak dan gelojoh harta. Dan ini bukan lah sikap dan sifat yang orang Melayu mahu lihat dalam kempimpinan parti yang mendakwa memperjuangkan kepentingan mereka.

    Penolakkan orang Melayu terhadap UMNO bukan sesuatu perkara yang mudah bagi orang Melayu. Kalau ia mudah, UMNO sudah pun tersungkur pada PRU12 lagi. Orang Melayu ramai nya sudah tidak lagi sanggup bernaung di bawah kepura-puraan kebanyakan pemimpin (layakkan dipanggil pemimpin) UMNO yang memalu dan memualkan.

    Penolakkan UMNO dan BN dalam PRU14 ini saya kira boleh lah disamakan seperti amok Melayu dalam kertas undi. Halus santun nya orang Melayu ini yang diketahui mengutamakan keamanan daripada perkara lain.

    Pemilihan UMNO kali ini jelas membuktikan UMNO telah hilang arah teraju seperti yang diramalkan. Kita tidak nampak sebarang wibawa dalam barisan pembesar yang terpilih yang rata-rata nya diketahui mempunyai rekod yang kurang membanggakan. Tiada mereka yang cukup berpengaruh seperti Dr.Ismail Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman, Harun Idris, Ghazali Shafie, Syed Jaafar Albar dan sebaris dengan mereka.

    Dilema Melayu terbaharu.
    Krisis kepercayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu bro, mana ada UMNO yang memperjuangkan untuk mencapai kemerdekaan? Jika ada, sila sebutkan nama beberapa atau sekurang-kurangnya satu orang UMNO yang terkorban semasa bejuang untuk mendapatkan kemerdekaan itu, tobat lahom la kalau anda boleh!
      Apa yang sebenarnya berlaku adalah UMNO hanya mengutip hasil usaha serta keringat dan darah pejuang terdahulu yang bukannya UMNO pun. Elok anda pergi selidik dan kaji sejarah tanah air terlebih dahulu, sebelum memberikan kredit palsu perjuangan UMNO itu.

      Delete
  4. Kemana perginya Azeez Rahim ya?

    Selepas rampasan harta dari rumahnya hari tu, terus senyap sunyi

    ReplyDelete
  5. Hi, Neat post. There is an issue with your website in web explorer,
    would check this? IE nonetheless is the marketplace leader and
    a good element of other folks will pass over your great writing because
    of this problem.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews