pages

Monday, July 9, 2018

Peribadi Syed Saddiq lebih indah jika tak liberal isu LGBT

25 Syawal 1439H, Isnin – “Alangkah indahnya jika peribadi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihiasi dengan pandangan yang tidak terlalu liberal terhadap isu semasa, termasuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT),” kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau berkata, peribadi itu secara tidak langsung menjadi pelengkap kepada tindakan Menteri Belia dan Sukan itu, mengutip sampah di tempat duduk penonton selepas perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Beliau bagaimanapun memuji sikap yang ditonjolkan Syed Saddiq itu, walaupun perbuatan berkenaan menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang menganggap ianya sekadar menunjuk-nunjuk.
Mengenali Syed Sadiq dari jauh, sebagai seorang bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) dan saya pada ketika itu menjadi Yang DiPertua PIBG Maktab Tentera Diraja (MTD) selama dua tahun.
“Syed Sadiq adalah junior anak saya setahun yang kini berada di Iskandariah mengambil jurusan perubatan. Saya fikir perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan. Pelajar-pelajar MTD telah dilatih dengan disiplin yang tinggi,” katanya hari ini.
Ridhuan Tee berkata, beliau tidak hairan jika Ahli Parlimen Muar itu mengutip sampah berikutan latar belakang pendidikan sebagai bekas pelajar MTD.
Katanya, sikap yang ditonjolkan menteri muda itu adalah mentaliti kelas pertama dan perlu ada pada setiap individu serta rakyat Malaysia.
Melihat sampah dan mengutipnya sebagai satu pahala dan membuang sampah sebagai satu dosa. Kenapa di Barat, jarang sekali kita melihat mereka membuang sampah merata.
“Malah 10, 20, 30 malah 50 negara terbersih dunia, adalah negara-negara barat bukan Islam. Tidak ada sebuah negara Islam yang tersenarai 20 terbersih mesipun kita membaca hadis, kebersihan itu sebahagian daripada iman.
“Adalah kita sekadar berteori sahaja. Sepatutnya, berbekal dan beramal dengan hadis tersebut, kitalah negara Islam yang menjadi negara terbersih. Tetapi perkara itu tidak berlaku, cakap tidak serupa bikin,” katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga perlu berterima kasih kepada pekerja yang mengutip sampah seperti buruh Bangladesh, kerana sering mengasingkan antara bahan logam, plastik dan kertas untuk dijual.
“Sekurang-kurang ia menyahut kempen kitar semula. Daripada kita yang memasukkan semua bahan tersebut dalam satu bekas. Sampai bila kita mahu berubah,” katanya.
Beliau turut berharap lebih ramai lagi golongan muda mencontohi sikap Syed Saddiq, dan menyifatkan tindakan pemimpin muda itu boleh menjadi katalis generasi akan datang.
Saya fikir ini bukan publisiti murahan, jika murahan pun itu antara dia dengan Allah. Tetapi sikap ini harus dicontohi demi masa depan Malaysia yang gemilang.
“Belia-belia mesti dipandu ke jalan yang benar dengan banyak melakukan amar makruf nahi mungkar,” katanya. - ismaweb

6 comments:

  1. syurga neraka bukan ditangan kita.

    ReplyDelete
  2. Wahai syed sadiq... baguslah apa yg kamu buat tu.... tapi agak retorik kerana penyokong JDT dah lama melakukannya.... sebaiknya jangan berkelakuan seperti menunjuk2. Penulis pun buat lebih kerap dari YB .... tapi bukan kutip sampahlah.... tetapi mencuci tandah mana2 tandas yang saya gunakan di petrol station (lebih kerap... kerana ketandas tidak bermusim sepertimana bolasepak). Tak peecayakan?... tak mengapa.... pasal saya bukan YB ... tiada kamera. Yang penting kita mengejar pahala... bukan merit dimata.

    ReplyDelete
  3. "Alangkah indahnya jika peribadi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihiasi dengan pandangan yang tidak terlalu liberal terhadap isu semasa, termasuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT),”

    kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

    ........

    Wahai melayu islam,

    Adakah dengan menganjurkan majlis iftar gay bermakna kamu seorang terlalu liberal?

    Bagaimana pula,

    Mengundi dan menyokong kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia?

    Mengundi dan menyokong parti PAS yg terang dan jelas bersubahat, bersekongkol dengan kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia?

    Adalah dianggarkan 60% peratus melayu islam mengundi kedua dua parti ini.

    Persoalannya adalah,

    Apa pula kategori atau label yg perlu diberikan kepada mereka2 yg mengundi dan menyokong hak,harta,wang rakyat dirompak disamun ditipu dianaiya dizalimi seterusnya dilarang, ditegah dan dilaknat Allah?

    Ayuh, sila perjelaskan?

    ReplyDelete
  4. Syok bila batang konek masok ke dalam jubor..kemut keliling..yg kena rodok dgn batang akan sentiasa kemut keliling..yoot..nyoot..nyot...

    Tanya Puaka BaponBerok Bodoo...dia faham sangat kenikmayanya!!

    ReplyDelete
  5. Dulu pernahkah mu'alaf ini komen pasal mr azalina osman????

    Sometime kalau mata rabun kena pakai cermin mata

    Tak dengar pasal penyamunan 1MDB guna hearing aid

    Tak dapat buka mulut....ingat Allah kita senantiasa bercakap benar

    ReplyDelete
  6. 4.00 &4.22

    penyamunnn... bokti mana bokti .. bokti..boktiii...!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com