pages

Friday, July 13, 2018

Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG


SHAH ALAM - Keresahan umat Islam terhadap pelantikan tiga jawatan penting dalam bidang perundangan di negara ini sebenarnya adalah wajar.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, keadaan itu berlaku apabila sebelum ini tidak pernah ada jawatan-jawatan utama dalam bidang perundangan dipegang oleh kaum lain.

Menurutnya, ia juga disebabkan fikrah cara berfikir yang ditonjolkan sebelum ini seolah-olah tidak berpihak kepada fikrah atau cara pandang dan berfikiran orang Islam.

"Di media sosial pula ramai kata jawatan ketua hakim ini tidak boleh menentukan undang-undang, dia tidak boleh buat undang-undang tetapi saya lihat dari segi perspektif Pas, NGO Islam sebenarnya mereka bimbang dengan fikrah itu.

"Bagi saya amatlah wajar untuk umat Islam menonjolkan pendapat, menyuarakan kebimbangan dan keresahan kerana bukannya hanya satu jawatan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.


Sham Rahayu berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang mempunyai asasnya.

Katanya, mungkin dari keperlembagaan mungkin itu juga satu persoalan yang perlu dijawab.

"Bagi saya secara umumnya apa yang disuarakan oleh umat Islam yang tidak bersetuju dengan lantikan itu menunjukkan umat Islam itu masih sensitif dengan kedudukan agama Islam dan kedudukan Melayu.

"Saya harap ia tidak dipandang serong oleh mana-mana ahli masyarakat, maknanya umat Islam suarakan pandangan bersebab. Jika kita berfikiran terbuka perkara ini perlu diambil kira dengan perkembangan dan pendekatan penghakiman itu.

Mengulas mengenai dakwaan-dakwaan di media sosial, beliau berkata, ada yang menyatakan ketua hakim ini hanyalah simbolik dan tiada kuasa tetapi apabila dilihat dalam peruntukan perlembagaan ketua hakim juga mempunyai kuasa menasihati yang Yang Dipertua Agong (YDPA) bagi pelantikan hakim-hakim yang lain.

Katanya, kuasa itu juga sebenarnya ada kuasa yang besar kepada ketua hakim negara. - SH

12 comments:

  1. Melayu2 yang pegang jawatan2 tersebut di bawah BN, apa yang mereka buat? Semua keputusan mereka mengikut prinsip2 agama Islam? Apandi, Nazri dulu, Raus: apa mereka buta? Memeprtahankan Islam atau mempertahakan korupsi dan salaguna kuasa?

    Sebenarnya, dengan jujur, haruslah kita mengimbas kembali perlakuan dan prestasi perlantikan UMNO/BN. Dengan itu barulah dapat kita menyuarakan kebimbangan kita tentang kedudukan Islam di negara ini.

    Jangan mare ya. Nak tanya untuk mendapat pencerahan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau BN tak berapa bagus dulu maka jgn jadi dua kali lima. Sekrg PH jd kerajaan bukan lg BN, jgn tiru kesilapan BN. Buat pe duk sebut kebodohan BN sbgai alasan pH pun nak jadi bodoh.

      PH dah tau isu ni akan jadi panas kalangan org melayu, dan boleh timbul rasa apa yg UmnO kata selama ni mmg benar siapa yg jadi Abang besar dlm PH. Aku pun dah mula syak, agaknya DAP amat berkuasa dlm PH.

      Delete
  2. korupsi dan salahguna kuasa minta specific la.... salahguna kuasa mcm SPRM ka boleh backdate tugas...main terjah bawa masuk kes tapi tuduhan tak siap lagi...?

    apa kjaan Melayu PH buat ikut islam ka...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko gila ke tuduhan tak siap? Apa ko ingat ni zaman umno? Zaman umno tu ye betul, mahkamah tu sarkis.

      Delete
    2. Memang dokumen pertuduhan tak siap

      Delete
    3. dokumen pertuduhan tak siap ko cakap? kenapa najib pergi ke mahkamah? dengan kamera berkelip kelip? najib buat apa pergi ke mahkamah kalau tak der pertuduhan?

      Delete
  3. Hakim bukan islam yg adil lbh baik dr hakim islam yg zalim @ membantu pemerintah yg zalim.

    Cth ... byk negara & rakyat negara ini kata ada kes IMDB tp afandi kata xda kes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat ko ni songsang. Syiok sendiri.

      Delete
    2. 12,13 ko plak dah gila, elok pergi bergi berubat, check tengok mana2 wayar dah putus, pastu otak ko buat renjatan letrik, lakukan berulang kali....

      Delete
  4. 10.56

    macai bengap tomatokunyit k pop yg baru balik dari pub jangan layan kepala tengah fly tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak ah, kami sokong penyamun.

      Delete
  5. saya melayu islam tak bimbang langsung selagi apa yang mereka lakukan tidak bersalahan dengan undang2 dan perlembagaan negara.

    najib now charged in court cos change of govt led by mahathir

    najib's ex aide and rosmah spokesman rizal mansor now remanded by new MACC chief.

    it shows muslim ke bukan muslim not an issue at all....its all about performance and action....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com