pages

Monday, July 2, 2018

Pemilihan PKR: Ada Gerakan SEKAT Azmin, hubungan baik Tun M-Azmin Tidak Disenangi

Wujud rancangan teratur untuk menyekat peningkatan kerjaya politik Mohamed Azmin Ali di peringkat pusat, dedah sumber yang rapat dengan kerajaan, dan berkata bekas menteri besar Selangor itu kini berada di kedudukan politik paling kuat selepas bertahun-tahun tidak mendapat perhatian.

Sumber itu berkata, pemilihan PKR dijadualkan pada Ogos depan dan “musuh politik” Azmin “bekerja lebih masa” untuk menghalang beliau.

“Ini adalah sebahagian politik orang Melayu. Setiap kali hampir pemilihan parti, pemimpin tertinggi perlu terima hakikat mereka akan sibuk menafikan tuduhan yang dilemparkan, yang banyak bersifat peribadi,” katanya kepada FMT.

Pemilihan PKR bulan depan merupakan pemilihan pertama selepas parti itu dan sekutu gabungannya dalam Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum Mei lepas.

Kali ini, dengan Azmin memegang jawatan kanan dalam kerajaan persekutuan, beliau dijangka menerima lebih banyak “tuduhan beracun” berbanding pemimpin PKR lain, kata sumber tersebut.

Sumber itu berkata, dakwaan terbaru bahawa Azmin dan isteri beliau menyembunyikan ratusan juta ringgit di luar negara hanyalah sebahagian daripada rancangan lebih besar untuk “menyekat kebangkitan Azmin” daripada seorang pemimpin parti pada 2014 kepada jawatan Kabinet yang dikatakan “kedua paling penting selepas perdana menteri”.

Ia memberitahu, kepercayaan Dr Mahathir Mohamad terhadap Azmin, ditambah persahabatan mereka selama beberapa tahun terakhir walapun berada dalam parti berlainan, tidak disenangi oleh musuh politik Azmin.

“Bila Tun menariknya keluar dari Selangor, ia menandakan kepentingan Azmin kepada kerajaan sekarang.

“Portfolio hal-ehwal ekonomi tidak syak lagi sama taraf dengan kerusi yang pernah diduduki oleh rakan paling setia Dr Mahathir,” katanya, yang jelas merujuk kepada Tun Daim Zainuddin, yang kini mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan.

Azmin, 53, merupakan setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum beliau dipecat pada 1998. Semenjak itu, Azmin terus setia kepada Anwar dan PKR, dan pada waktu sama mengekalkan hubungan peribadi dengan Dr Mahathir.

Pemecatan Anwar ketika itu dikaitan dengan perbuatan tidak bermoral dan sala guna kuasa, tuduhan yang mula-mula muncul melalui “surat beracun”. 

Surat tanpa penulis begitu adalah suatu kebiasaan 2 dekad lepas, yang disebarkan kepada perwakilan Umno dalam mesyuarat Bahagian dan persidangan pusat.

Sumber berkata, budaya serangan peribadi yang sebelum ini menjangkiti Umno juga banyak berlaku dalam kerajaan sekarang, dan berkata ia adalah racun dalam politik orang Melayu yang menghalang individu berbakat daripada mengambil alih kepimpinan.

“Tapi sekarang laman blog mengambil alih peranan surat beracun, dan ia lebih berbahaya kerana lebih meluas dan mudah dicapai pembaca,” kata sumber.

Katanya serangan oleh blog bernama “Toyol Selangor” terhadap azmin dan isteri beliau bukan baru.

“Sebelum ini Shamsidar Taharin dituduh tidak bermoral. Dakwaan itu disahkan tidak benar oleh mahkamah. Ia budaya sama yang pernah menyekat kerjaya politik Anwar, dan kini taktik serupa digunakan untuk menghalang Azmin,” kata sumber.

Azman menafikan dakwaan blog berkenaan bahawa beliau mempunyai simpanan lebih RM300 juta di bank luar negara.

“Saya tak layan politik fitnah,” katanya bulan lepas.

“Jika sesiapa ada bukti, dia perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi membolehkan penyiasatan dilakukan.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com