pages

Monday, July 30, 2018

Pemberian 200,000 kewarganegaraan gugat kedaulatan negara


20 Syawal 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahukan kerajaan mempertimbang semula keputusan meluluskan 200,000 kerakyatan pemohon di negara ini.
Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yahya berkata, UMMAH bimbang perkara tersebut akan menyebabkan manipulasi serta salah guna oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sehingga boleh menggugat kedaulatan megara.
UMMAH juga bimbang implikasi yang bakal terjadi seandainya permohonan ini tidak diperhalusi dengan baik seperti hak-hak yang bakal mereka terima contohnya hak keistimewaan Bumiputera dan hak memilih pemimpin,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada Perlembagaan dan kemanusiaan.
Aminuddin berkata, sekiranya kerajaan bertegas dengan keputusan itu, kerajaan digesa mengemukakan beberapa syarat kepada mereka yang memohon kerakyatan tersebut.
Katanya, jika mereka benar-benar layak diberikan kerakyatan, saringan serta kriteria yang ketat haruslah dikenakan supaya Malaysia supaya pemohon tidak peduli akan identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.
Justeru, UMMAH mencadangkan beberapa kriteria-kriteria yang wajib pemohon penuhi sebelum kerajaan meluluskan 200,000 permohonan itu.
Pertama, kerajaan perlulah memastikan pemohon fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi memudahkan proses integrasi di dalam komuniti rakyat Malaysia.
Kedua, pemohon yang memohon wajib mempelajari dan mendalami budaya-budaya yang wujud di Malaysia dan wajib mengangkat identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.
Ketiga, setiap daripada pemohon yang memohon perlu di selidik latar belakang mereka supaya tiada daripada mereka datang dari latar belakang yang boleh merosakkan struktur keharmonian sosial di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Keempat, UMMAH menuntut kerajaan memaklumkan senarai pemohon-pemohon yang akan diluluskan mengikut bangsa dan negeri atau negara asal mereka supaya rakyat tahu akan latar belakang mereka,” katanya.-ismaweb

3 comments:

  1. Ok.. Yg nii aku setuju dgn ummah..dgn pati yg cecah 2juta sepatutnya bersihkn pati dulu sebelom bagi kerakyatan pada warga asing..mungkinkah permohonan dari china paling ramaii..?

    ReplyDelete
  2. MUGADEY MUHADEY sedang berkhayal tentang industri automotif..satu persatu dia sedang jahanamkan negara.. apa ini.. teruk sangat si tua renta ni..??

    kawan2 tolong pegi ketuk kepala perompak tua ni kejap.. kroni sangat.. bodoh berniaga roti pun bangkrap ada hati lagak macam pakar automotif.. banggali jual roti pun boleh laku sampai sekarang..

    dia sedang sindir/ cari pasal dengan China-Jepun-Europe. Nak sekat mereka.. sekali mereka sekat habis barang2 kita.. nak lambak ke mana? lombong mines seri kembangan?
    era globalisasi ekonomi madey cuba nak lagak mcm kartel rokok seludup.. di aingat industri kereta dua tiga sen punya liabiliti.. sungguh gila!

    Tin milo kepala bapak dia.. Proton lah jadi tin milo masa dia jadi PM ke 4, Proton dipaksa jual mahal kepada rakyat, rakyat dipaksa bayar 'subsidi' kepada orang asing bagi model export..

    ----------------------------------------------------------------------------

    Projek Kereta Nasional Ke-3, Kemasukan Kereta ‘Tin Milo’ Diteliti – Tun MNasional

    Posted on Monday, July 30, 2018 8:35 pm
    KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Nasional sedang dikaji semula bagi memastikan industri tersebut kekal kompetitif, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata kajian itu meliputi perkara berkaitan pembangunan industri automotif tempatan termasuk projek kereta nasional yang baharu, pembangunan syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta peningkatan eksport.

    Katanya, industri automotif negara khususnya melibatkan Proton mengalami kemerosotan dalam tempoh 10 tahun lalu kerana dasar membenarkan kereta dari semua negara masuk ke pasaran Malaysia namun syarat ketat dikenakan ke atas kereta keluaran tempatan yang hendak dipasarkan di luar negara seperti pematuhan emisi karbon Euro 5 dan cukai agrikultur.

    “Negara-negara ini mengenakan syarat supaya Proton tidak dapat tembusi pasaran mereka. Negara-negara ini mempunyai kilang yang amat besar dan mengeluarkan berjuta-juta kereta setahun dan mereka juga menyekat kereta masuk ke pasaran mereka,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat, Isnin.

    Ka Siong ingin tahu mengenai perihal projek kereta nasional ketiga dan adakah kerajaan mengambil iktibar daripada masalah yang membelenggu Proton selama ini.

    Dr Mahathir menegaskan Proton tidak gagal dan pada satu ketika menguasai 80 peratus pasaran tempatan, mengumpul rizab berjumlah RM4 bilion di samping membina kilangnya menggunakan duit sendiri bernilai RM1.8 bilion.

    “Dahulu, Proton berjaya menembusi pasaran Malaysia dan juga pasaran luar negara. Kita dapat menjual 25,000 kereta Proton di United Kingdom dan tempat lain tetapi (akibat) pemerintahan (sebelum ini) kurang cekap, yang tidak tahu berkenaan dengan industri menyebabkan prestasi Proton merosot, kerana kerajaan dahulu membenarkan masuk segala kereta ke Malaysia,” katanya.

    Perdana menteri menarik perhatian bahawa Proton hanya dibantu selepas saham syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing termasuk diberi bantuan penyelidikan dan pembangunan (R and D) berjumlah RM1 bilion sedangkan syarikat sebelum itu telah lama memohon bantuan kerajaan.

    “Janji untuk R and D diberi kepada syarikat-syarikat lain tetapi kepada Proton ia tidak diberi malah Proton terpaksa belanja duit sendiri untuk R and D. Tetapi yang peliknya apabila Proton sudah dijual, wang R and D ini barulah diberi kepada Proton yang dikuasai syarikat asing,” katanya.

    Dr Mahathir yakin Proton mampu mencapai kejayaan seperti masa dahulu sekiranya dibantu oleh kerajaan.

    Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan pembaharuan dalam industri automotif negara supaya sektor dan subsektor berkenaan terus berkembang dan mampu mewujudkan kebolehan tinggi di bidang kejuruteraan dalam kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Mak aih ratus ribu tu..dah berapa lama duduk kat sini..beranak hospital ka atau pakai bidan..ka teran sendiri..smpai tak leh nk daftar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com