pages

Wednesday, July 4, 2018

Najib berdepan 4 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee memohon jaminan RM500,000 dikenakan terhadap anak guamnya dan turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mencagarkan rumahnya bagi membayar jaminan itu memandangkan semua akaun milik ahli keluarganya sudah dibekukan - BH Online







  KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri  dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

BACA LAPOR LANGSUNG DAKWAAN NAJIB RAZAK DI SINI


Bagi tuduhan rasuah pula, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International.

Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan bagaimanapun dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali pada 22 dan 24 Mei lalu untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

7 comments:

  1. prosiding dalam bahasa inggeris banyak la nanti budak budak k pop dan k pub masuk longkang..

    budak k pop dan k pub ni mana bole baca bahan yg berat berat utk difikirkan takut masuk longkang nanti


    bahasa malaysia dah dilacurkan oleh peludah peludah bahasa Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ada kena mengena dengan ini cerita la..

      Delete
  2. Dakwa semua salah laku najib dari mula jadi mb pahang sampai pm..juga rumahtangga pertama...biar berbillion denda dikenakan kepada najib...

    ReplyDelete
  3. TT mintak prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris, agaknya sebab kes ini akan digunakan asasnya dalam pendakwaan terhadap najib dan geng dia oleh bidang-bidang kuasa negara asing pula selepas ini iaitu Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan entah kat mana lagi. Lagipun peguam najib utk kes di Amerika nanti ialah peguam-peguam berbangsa Amerika (tentu wakil mereka hadir juga tadi) sebab peguam Malaysia takde autoriti utk bekerja di sana.

    Skandal 1mdb ni kan merentasi benua. Takkan penyokong najib masih tak faham-faham lagi? adoiii....

    Oh ya... penyokong najib mmg tertiba dah jadi bodoh. Tadi Tun Faisal kena tengking oleh pegawai polis sebab tak faham bahasa Melayu. "Ini mahkamah lah, bukan karaoke! Nak bercakap boleh tapi jangan menyanyi!" Tapi tun faisal tetap tak faham bahasa Melayu. adoii....

    ReplyDelete
  4. syabas Tun Faisal awesome ... pemimpin spt nazri.. KJ... dan yg lain klu rasa tak selesa dlm UMNO lagi sila berambos

    pemimpin opportunis tiada tempat dlm parti keramat ini

    ReplyDelete
  5. Mana tuduhan 2.6 bilion yg kata tu duit 1mdb? Aku pening. Auta ke selama ni?

    ReplyDelete
  6. baru kes src kalu didapati bersalah boleh disebat, belum dakwa lagi kes 1mdb. boleh calar balar ponggong si najib nih.. masa terbaek utk rosmah mula cari anak ikan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews