pages

Monday, July 30, 2018

Mufti Perlis :PH PERLU MEMBUANG VIRUS PEROSAK INSPIRASI RAKYAT



Oleh: Dr. MAZA

PH PERLU MEMBUANG VIRUS PEROSAK INSPIRASI RAKYAT

Ramai yang ingin melihat dan mengimpikan Negara Malaysia yang cemerlang urustadbir, berintegriti tinggi, pembahagian kekayaan yang adil, kehidupan rakyat yang rukun, harmoni dan damai. Dengan itu akan lahirnya semangat patriotik dan cintakan negara.  Menjunjung perlembagaan dan menghormati apa yang patut dihormati. Untuk inspirasi itulah, rakyat pelbagai kaum dan latar pemikiran berusaha memenangkan Pakatan Harapan (PH). Hari kemenangan mereka merupakan hari kegembiraan rakyat, samaada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Sementara penyokong korupsi menangisi kemenangan itu.

Selepas menang, nampaknya terdapat dalam kalangan pimpinan PH itu mereka yang bukan merupakan pembawa inspirasi rakyat sebaliknya virus yang merosakkan masa depan negara. Mereka sepatutnya menumpukan kepada isu-isu bagaimana mengukuhkan semula rakyat selepas PRU, malangnya mereka sibuk dengan isu yang boleh membawa kepada krisis perkauman dan agama. Sepatutnya ditumpukan kepada urustadbir dan pembentukan sistem pentadbiran yang membawa impak kepada integriti tinggi dan perpaduan kalangan rakyat.

Maka, yang terlibat dengan pengganas LTTE sibuk mahu menghantar pendakwah muslim ke India. Ada pula yang viral 'Melayu sebagai pendatang'. Ada pula yang minta menteri Melayu yang tidak mahu tunaikan hasrat kaumnya letak jawatan. Pelbagai tuntutan yang bersifat pada waktu yang masih di awal kemenangan. Macam-macam lagi tingkahlaku yang membakar perasaan perkauman dalam dada rakyat.

Mereka itu merupakan virus dalam PH yang mesti dibuang segera. Hari demi hari perasaan kecewa dan dendam perkauman mula diserapkan. Dari rasa gembira dengan PH mula menjadi rasisme yang tinggi. Setiap saat kita melihat perasaan ingin bangkit dalam kalangan majoriti rakyat membalas tindak tanduk perkauman mula merebak. Jika tidak dibuang virus-virus ini dalam PH, di bawah pentadbiran baharu ini boleh membawa kepada konflik perkauman dalam negara ini yang sukar diubati nanti. Bak kata pepatah YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

-DR. MAZA


p/s:Admin CG: Sila komen menggunakan bahasa yang elok dan tidak mencaci dengan kata-kata yang kesat.

11 comments:

  1. Allah hu akhbar, mcm ni lah betul, yg benar kata benar, yg salah kata salah, bukan fanatik melulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul atau salah terima sajalah kerajaan haprak. kerajaan yang sedaya upaya untuk melenyapkan ketuanan dan hak melayu di tanah melayu.

      Delete
  2. kami tuntut buang kulasegaran, menteri2 yg rasis

    ReplyDelete
  3. sendiri yg sendiri yg sokong dulu sekarang ko tanggung dan mintak rakyat tangging ski... dulu dah kabarkan ... mopti bongok ....

    ReplyDelete
  4. Memang bila kita baca apa yang Mufti dr. MAzA ni kata adalah benar, tapi Dr. MAZA bercakap untuk menyeru siapa bertindak?

    PERIBUMI? PKR? PAN? mereka adalah parti yang lemah bergantung kepada undi cina. bergantung kepada sokongan DAP untuk bercangkuk pada kuasa.

    DAP pula adalah parti terkumpulnya segala jenis pemikiran fanatik. Fanatik perkauman cina, Fanatik Christian state Evengelist, Fanatik LTTE dan Tamil, Fanatik Komunis dan sosialis, Fanatik Liberal, LGBT bagai.

    Macamna nak singkirkan perosak dalam kerajaan DAP-PH ni? Satu gesaan tak akan diendahkan.
    Mustahil boleh berlaku, kalau mrk senyap seketika, kerana mrk diarah supaya menyimpan tanduk dan taring mrk buat seketika shj. Sampai masanya mrk akan keluarkannya juga. Sebab itulah mereka disuburkan dengan segala idelaogi perosak negara ini.

    Negara sudah berada dalam bahaya Dr. MAZA semuanya kerana DAP. Kajilah idealogi DAP wahai Tuan Mufti. Insafilah bahawa kita tak ada pilihan lain melainkan menyah mereka perosak negara ini dalam kadar segera. Sokonglah kebangkitan Umat melayu.

    ReplyDelete
  5. Apa yang sedang dan sudah berlaku adalah Pemimpin orang bukan Islam ini telah secara tidak langsung sudah pun dipilih oleh sebahagian dari masyarakat Islam Malaysia semasa PRU14 kelmarin. Akibat daripada pemilihan ini secara sangat jelas dan nyata telah pun membuktikan kebenaran Firman Allah di dalam Al Quran seperti di bawah ini.

    “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kamu kembali.” (QS: Ali Imran ayat 28)

    Kepada siapa kah yang kita nak mengadu hal sekarang? Tidak kah dilemma ini juga membukti firman yang di atas jugak …Yang berbunyi “... Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah.

    ReplyDelete
  6. PH kini harus dibaiki. Dengan segelintir Menteri yang boleh nyata tak tau bekerja dengan alasan dirosak Najib. Kini bukan baiki tapi jelas membesar kerosakan. Mana plan A.B.C...Zyg kata pakar PH bagi sejahtera rakyat.&negara PM buanglah Menteri teruk ..sebelum punah .Bukan kah rakyat disaran jangan takut tukar...

    ReplyDelete
  7. Apa yg diharapkan oleh rakyat kpd kjaan PH hanyalah memperbaiki kerosakan oleh kjaan terdahulu terutama yg berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.
    Bukannya menjolok hak2 keistimewaan org MELAYU & ISLAM. Tiada kompromi dlm isu ini full stop. Oleh itu kenyataan RACIS oleh kula segaran selaku menteri lantikan PH akan mencetus GELOMBANG TINDAKBALAS dari BANGSA MELAYU. PM Mahathir seharusnya sudah boleh mempertimbangkan utk membuang menteri2 yg sama spesis dan perangai spt kula segaran yg skrg boleh dikatakan sebagai MENTERI PARIAH dlm kjaan PH.

    ReplyDelete
  8. Bila DAP dapat kuasa,itu lah corak nya ,umpama kera dapat bunga.

    ReplyDelete
  9. bila menang kerajaan PH ibarat tikus membaiki labu..habis pentadbiran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com