pages

Saturday, July 7, 2018

MUDAHNYA PERINTAH NEGARA: Semuanya Dosa antara dia dengan Tuhan, kita tak boleh buat apa


LGBT berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Rasuah berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Dadah berdosa, kalau buat juga, dosa dia dengan Allah. Arak berdosa, kalau buat juga dosa dengan Allah. Zina berdosa, kalau buat juga dosa dia dengan Allah. Judi berdosa, kalau buat juga dosa dia dengan Allah.  Mencuri berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. 

Kalau begitu apa tanggungjawab pemerintah?. Di mana kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar? . Kalau alasan seperti ini, maka negara tidak perlu undang-undang. Cukup anggap dosa dengan Allah sahaja. Tunggu balasan di akhirat sahaja. !

Konsep Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar datang dengan satu pakej. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Di samping didik dan dialog, undang-undang dan pencegahan mesti dijalankan serentak. Matlamat Amar Ma’ruf Nahi Munkar tidak akan tercapai tanpa ada kuat kuasa dan pencegahan. Inilah tugas pemimpin kena menjaga agama dan rakyat untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Bukan hendak jaga kemahuan manusia dan sokongan politik semata-mata walau pun bertentangan dengan konsep Amar Ma’ruf Nahi Munkar. 

Benarlah kata Imam al Ghazali “ Agama Asas, pemimpin penjaga. Sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh. Suatu yang tidak ada penjaga, ia akan hilang”

Nanti akan ada yang berhujah, ini qias maal mafariq ( qias yang tidak betul). Kerana tidak memberi kepuasan kepada pihak mereka.  Terpulanglah. Wallahuaklam..

Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
6/7/18

16 comments:

  1. menteri ni mme sah ada bukan bau bau syiah ... sah menteri agama syiah..
    rahmatan fill alamin untuk semua tagline syiah... tak sempurna iman syiah kalau tak percata pada sifat munafik.. itu rukun iman org syiah..

    mohon ulasan dari Aljuboori dan Mamak kuty berkenaan mintri Agama ni

    tak kan nak diam bangang aje 2 eko dinasour ni....

    Kementerian Belia Sukan Atau Ringkasan Kementerian Kunyit

    Majulah Kunyit Untuk Negara

    ReplyDelete
  2. menteri ni mme sah ada bukan bau bau syiah ... sah menteri agama syiah..
    rahmatan fill alamin untuk semua tagline syiah... tak sempurna iman syiah kalau tak percata pada sifat munafik.. itu rukun iman org syiah..

    mohon ulasan dari Aljuboori dan Mamak kuty berkenaan mintri Agama ni

    tak kan nak diam bangang aje 2 eko dinasour ni....

    Kementerian Belia Sukan Atau Ringkasan Kementerian Kunyit

    Majulah Kunyit Untuk Negara

    ReplyDelete
  3. Lgbt itu memang salah dan berdosa
    Rasuah itu memamg salah dan berdosa

    Kalau kita kafirkan orang salah ke? Tak berdosa ke?

    Khalwat itu salah dan berdosa especially yang selalu kena tangkap orang biasa.

    Jarang dengar orang besar ditangkap kerana "tak salah atau berdosa"

    Amongst us muslimd terpahat ada 2 sets of rules. Untuk Ali Ahmad Amir...undang2 islam perlu diperketatkan. Untuk YB Nazri YB Najib YB Isa Samad...mereka ada pemimpin islam yang maksum????

    ReplyDelete
    Replies
    1. What the point? Yg salah kita cakap salah walaupun di pihak kita, yg betul kita ckp betul walaupun bkn drpd pihak kita. Bukannya 'biar je lah pihak kita buat salah sebab pihak lain pun buat salah jugak, jd dyorg xboleh nk salahkan kita'.

      Delete
    2. takyah bising2 lah kawan,ada otak pikir sendirilah.betul ka salah ka kubur sendiri jawablah,cakap ikut tajuklah sokong bagi pointlah kawan bukan pusing2.hududlah,maksum ka,rasuah ka..

      Delete
  4. Betul tu..!

    Apa tugas pemerintah atau pemimpin..??

    Tgk dan hanya kata itu dosa dia dan allah..??

    Habis tu kalau pemimpin tidak bermoral, kenapa mahu mereka ditentang..?? Kenapa tak kekalkan sahaja dan kata jela itu antara dosa dia dan allah..??

    Kalau gitu kan senang, kekalkan jer umno @ bn dan kata kesalahan mereka itu antara mereka dan allah.. maka, tak perlu nak susah2 nak undi PH..!!!

    Orang undi PH nak malaysia lebih baik.. supaya diberkati allah..!! Bukan dilaknat allah..!!!!

    PH, korang kena waspada..!!! Kuasa manusia boleh binasa..! Kuasa allah kekal selama2 nya..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jelas anda tidak baca keseluruhan interview Dr Mujahid dgn MalaysiaKini. Sekadar baca tajuk dan screen grab terus buat kesimpulan.

      Dalam interview tu, Dr Mujahid cakap kalau pengamal lgbt buat perkara haram tu secara terbuka maka kita boleh ambil tindakan. Tapi kalau mereka buat sembunyi2, macamana nak ambil tindakan?

      Sama lah seperti yang Tuan Guru Hj Hadi cakap tentang video yg menunjukkan seorang lelaki yg mirip DSAI berzina dgn seorang wanita. Hj Hadi cakap dalam Islam perlu ada 4 orang saksi yang adil yang melihat dgn mata kepala mereka sendiri perbuatan tersebut. Bukti video pun tak boleh diterima pakai sebab video hanyalah kotak besi. Begitulah hakikat Islam yg sebenar sbb Islam bukan agama yang cepat menjatuhkan hukuman.

      Tu Hj Hadi sendiri cakap!

      Ini kerana Islam TIDAK MENYURUH umatnya mengintai perlakuan orang dalam ruang peribadi orang tu. Kalau si Dollah cakap dia seorang gay. Takkan hanya kerana dia cakap ajer, kita nak tangkap? Bawah undang-undang syariah mana?

      Dr Mujahid cakap, dalam kes macam Dollah yg hanya mengaku begini, tugas kita ialah berdakwah kepadanya, bukan menghukum.

      Salah ke apa yg Dr Mujahid cakap tu?

      Delete
    2. ye tugas kita berdakwah pada ahli gay .. kita dakwah dan cajap mcm ni..
      .." ini dosa ko oramg dng allah." kami tak leh campor...

      kah kah kah kah... bodo... bodoo..

      atok aljub alkuty mana ni... diam pasal agama atau telo kena clamp top dog lagi..

      kah kah kah

      Delete
  5. Kepada yg menyokong undang2 tambahan undang2 hudud PAS tempoh hari, apakata jika kamu isi borang untuk menerima hukuman yg diperkenalkan, ciptaan PAS ini jika disabitkan kesalahan?

    Lakukan secara berjemaah, beramai ramai terutamanya yg mengundi PAS tempoh hari?

    Wahai melayu islam, jangan takut, berani kerana benar, tak salah kerana patuh undang2 maka jangan jadi hipokrit.

    Ayuh melayu islam, hantar cadangan ini kepada mujahid untuk diperkenalkan.

    Maka kami yg tidak menyokong hudud ciptaan pas ini jangan dibabitkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa undang2 hudud yg PAS cipta? Bgtau sikit..ape yg aku nampak PAS cuba menegakkan undang2 Allah..sumuanya dh termaktub dalam alquran dan hadith. Kalau betul aku cabar sekali lagi...mana satu yg dikatakan undang2 hudud ciptaan PAS?

      Delete
    2. 9.54 Ko tak baca penerangan mujahid? Undang2 sedia ada PAS minta tambah hukuman sebatan, kenapa PAS tidak perkenalkan hudud di terengganu dan kelantan? Sekarang bukan lagi kerajaan bn, maka boleh la laksanakan?

      Delete
    3. Tambah hukuman sebatan macam mana tu? Bgtau jelas skit...

      Delete
  6. Mana pergi penasihat dan penolong penasihat agama parti amanah negara - PAN Tuan guru tuan haji Ustaz Ahmad Awang dan Abdul Ghani ?

    ReplyDelete
  7. Pembunuh adik Adam Rayqal pun tak boleh didakwa sepatutnya ... Sebab dosa tu dia dengan Allah. Cam tu ka Pak Menteri

    ReplyDelete
  8. Gejala LGBT sememangnya adalah satu keadaan atau gejala yang akan melemahkan sesebuah negara dan sebarang gejala yang melemahkan negara adalah dibawah tanggungjawab pemerintah untuk menanganinya, kerana pemerintah adalah pembuat dasar kepada tindakan. LBGT sama kesannya dengan gejala dadah, kedua duanya bermula dengan kesan melemahkan sesuatu kelompok manusia secara berdikit dimana akhirnya melemahkan negara kerana negara dianggotai ahli yang tidak berfitrah dan ‘sihat’ seperti apa yang Allah SWT tetapkan. Kalau pemerintah sayangkan masa depan negara, keluarga dan individu yang sihat, pemerintah kenalah mulai menganggap bahawa gejala ini bukan biasa dan adalah satu “Social Dysfunction” dan “Gender Identity Crisis” yang tidak mustahil untuk diatasi melalui intervensi psikologi sosial, psikologi klinikal, kesihatan klinikal dan tidak lupa, pendidikan, keprihatinan masyarakat dan kefahaman. Pelbagai kementerian boleh bekerjasama dalam jangkamasa yang panjang dan secara sistematik seperti yang utamanya kementerian kesihatan dan lain lain kementerian. Malaysia juga tidak kurang hebat memiliki pakar pakar kesihatan, psikologi, pembangunan sosial dan sebagainya. Rakyat tidak dapat berbuat apa untuk menyokong usaha pembentukan kekuatan negara sekiranya pemerintah tidak menzahirkan pendiriannya dan objektifnya keatas gejala ini. Pernahkan satu pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dinegara ini ataupun dunia berdoa memohon dikurniakan anak selain dari seorang anak lelaki atau perempuan? Tentu tidak. Dasar yang di bina dalam hal ini bukanlah bersifat menekan atau memburu, dasar ini perlu berteraskan tanggungjawab sosial dengan kasih kepada sesama umat sambil dengan serius melaksanakan intervensi pemulihan gejala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak heran dgn isu lgbt dgn sinopsis yg berjela..dr zaman pompei lg..biarlah bakat2 penjilat tegar macam di perlukan dlm ph,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com