pages

Friday, July 6, 2018

Menteri: LGBT bukan jenayah, Mereka ada hak, Itu antara dia dan Allah

LGBT ni kalau dah kibar bendera tu, bukanlah buat kerja sembunyi-sembunyi dalam bilik dah. Ini dah kira bikin movement besar, terang-terang. Ke guane? - Dr Tanaka Mustafa
WAWANCARA | Menteri agama yang baru, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), berkata setiap warganegara mempunyai hak mereka.
Justeru, beliau yang dikritik bersikap 'lunak' dengan golongan berkenaan berpendapat mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Walaupun perbuatan golongan LGBT itu berdosa namun Mujahid menjelaskan, sekiranya ia tidak mencabar undang-undang negara, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan.
"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan.
"Contohnya, minum arak berdosa, haram. Kalau dia minum secara terbuka dan berkata "suka hati aku nak minum" itu jenayah. Kerana mencabar undang-undang.
Ruang personal, ruang publik
"Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi jangan memberi galakan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa," ujarnya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Sehubungan itu, Mujahid berkata beliau akan terus melakukan dialog dan mendekati golongan berkenaan bagi memberi penjelasan bahawa perbuatan yang dilakukan mereka bercanggah dengan agama Islam.
"Di sini kita perlukan dialog. Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT, ia perbuatan bercanggah dengan Islam, melanggar moral dan adat.
"Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," katanya lagi.
Manakala itu, anggota parlimen Parit Buntar berkata usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah.
Bagaimanapun, Mujahid berkata, terpulang kepada pihak kerajaan sama ada mahu membawa usul berkenaan di sidang Parlimen akan datang atau tidak.
"Saya rasa isu ini (RUU355) ini isu politik dan bukan substantif. Sebab isu yang substantif ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan meningkatkan had hukum.
"Isunya ialah mempertingkatkan segala kelemahan yang ada di mahkamah syariah seperti macam mana perlu perkasakan lagi struktur proses, sumber manusia, gaji para hakim. Kan ia lebih substantif.
"Kalau tingkatkan had hukum adakah selesai isu-isu ini?" Soal Mujahid.
Ditanya lagi sekiranya ada 'harapan' usul itu akan dibawakan pada sidang parlimen yang akan bermula 16 Julai ini, Mujahid kata ia terpulang kepada kerajaan.
PAS punya hak bawa usul
"Saya tak tahu. Terpulang pada PAS sebab dia mempunyai hak nak bawa (usul itu). Tapi terpulang pada kerajaan hari ini sama ada lihat ia keutamaan.
"Kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini," kata Mujahid lagi.
Usul RUU 355 atau pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 gagal dibahaskan pada sidang parlimen yang lalu.
Sebelum itu, usul berkenaan dibentang tiga kali pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April 2016 oleh Hadi sebagai usul persendirian.
Namun pihak PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat yang lalu agar memasukkan usul berkenaan ke dalam sidang penggal ke-14.
Usul pindaan Akta 355 mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku syariah dan mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
Hukuman sebelum ini ialah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan. - MK

12 comments:


  1. Suka hati ko lah, kalo ko nak bina tokkong pun binalah wahai Ibnu Fathil Nor.

    ReplyDelete
  2. kalau ade promosi gay lgbt fiestval beer dlm media sosial kira mcmner pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kalau ade promosi gay, lgbt dan fiestval beer blhlah jemput menteri agama ini untuk merasmikannya, tentu meriah

      Delete
    2. Cuba baca betul2 penjelasan Dr Mujahid.

      Tajuk artikel ni ajer yg mengelirukan. CG, tak baik mengelirukan pembaca. Kebanyakan pembaca terutama orang Melayu malas membaca sebarang penulisan sepenuhnya. Mereka lebih suka baca tajuk, dan otak mereka akan terus buat kesimpulan.

      Tak baik kita buat fitnah. Bukankah kita baru ajer menjalani ibadah puasa Ramadhan?

      Dr Mujahid terang2 cakap kalau kaum LGBT tu buat kerja terang2 maka sudah tentulah melanggar undang-undang dan akan diambil tindakan. Tapi kalau dia buat senyap2 dalam bilik hotel, sapa yg tahu kecuali Allah ajer.
      Jadi mana boleh ambil tindakan kepada seseorang hanya jika dia mengaku dia gay. Yg boleh kita buat kata Dr Mujahid ialah berdakwah kepada dia dan berusaha utk bawa dia ke pangkal jalan.

      Jadi apa yg salah dgn statement tu?

      Delete
  3. Ente tanya ana jawab..
    Kalau promotion lgbt dan beer festival..boleh walau pun utk org islam..promotion aje..dia klu beli pun..dia minum dalam bilik..itu dia punya hal la..dia ada hal..betul tak mintiri agama..

    ReplyDelete
  4. kalau ade promosi gay lgbt fiestval beer dlm media sosial kira mcmner pula....ini dia dah jawab...........Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi (jangan memberi galakan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah). Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa

    ReplyDelete
  5. kah kah mintri agama ni ada bau bau syiah nihhh..

    takiyah sifat munafik sebahagian dari iman orang syiah... tak sempurna iman syiah sesorang kalau tak memiliki sifat munafik takiyah...

    kah kah kah promo main bontot kira canner mintak mentri islam madani jawab la... harap mintri islamic fundmentalis state telo dah kena clamping top dog pulak... mopti perlih lansung out masuk longkang kah kah tak bonyi bonyi lagi dah... kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua salah..kau aja yg betul..semua agamawan n ulama salah..kau lg bijak..
      bagus..teruskan ujub dan riak mu itu..teruskan..mmg jelas perangai sebegini telah dinyatakan didalam al quran..

      Delete
  6. Mopti perlis lain cawangan geng..yg mintiri ni..syiah..yg mopti lain..cuma mopti terkedu..tksangka atok sampai mcm tu pemerintahan nya..nk jaga periuk nasi ke nk komen nii...
    Nanti nanti la yek..mopti komplen..
    Cuma nk tanya satu jew..mana pegi ustax jambang...klu terenganu dia buang huruf g..kalau ikan..dia tanbag g..jadi ikang..kalu jambang..dia buang huruf g...jadi jambann..
    Mana fatwa ustax jambann nii..senyap jee..yg paham..paham lah..yg tk faham. Mu BODO...

    ReplyDelete
  7. dolu dolu prnah cakap dah hukum melancap banyak kali dah jawab.. hukum.pluralisma murtad lansung sonyap setan bisu... skg dah ado dopan mato ko hadap ajer la... kah kah kah

    alim ulamak mopti guru agama kaunsling sivik mana pirgi ni ... suma dah mati kaaa...

    tak kan nak mintak si samat peludah bahasa nak jawab plakkk.. mmeee takkk la... kote dia pun kena ludah top dig


    kah kah kah harap atok nak cakap islam mme takkk laa.. kunci clamping telo atok top dog dah sorokkan

    kah kah kah.. Malaysia Boleh Bejubo ..

    kah kah kah

    ReplyDelete
  8. ph taknak komen ke isu tajuk di atas?takkan tak da nas yg boleh di tegakkn,atau diam bermaksud sokong lgbt?

    ReplyDelete
  9. Kalau dia kena azab allah, contoh gunung berapi meletus dekat malaysia, bukan diaorang je kena dengan aku sekali kena hanat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews