pages

Sunday, July 8, 2018

"MENTERI BUDAK" kaki penipu, Direktori KBS masih ada Numan Afifi



SYED SADDIQ HENTIKAN WAYANG STADIUM, JELASKAN FAKTA INI KEPADA RAKYAT

Semakan jam 7.00 petang hari ini pada laman sesawang Kementeri Belia dan Sukan, nama Numan Afifi masih tertera sebagai pegawai khas.

Pada 6 Julai, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan ada melantik pegawai khas,

"Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi. Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada."

Penafian ini bercanggah dengan maklumat-maklumat yang terdapat di laman sesawang Kementerian Belia dan Sukan. Email rasmi Numan Afifi juga masih aktif dan sah.

Fakta menarik lagi, Numan Afifi adalah orang penting yang terlibat secara langsung dalam kempen PRU14 bagi parlimen Muar. Ini menguatkan lagi bahawa, lantikan sememangnya berlaku sama ada secara rasmi ataupun tidak. Ia adalah ghanimah bagi kemenangan PRU14.

Ia membangkitkan kemarahan ramai orang kerana Numan Afifi juga adalah aktivitis bagi gerakan LGBT.

Hentikan wayang politik murahan, dan jelaskan kepada rakyat pekara sebenar.

Jika pekara yang sudah terbukti dengan fakta sebegini masih mahu menafikan dan menipu, apakah mereka juga tidak akan menipu dalam soal ketelusan menguruskan harta negara ?

12 comments:

  1. damacai,nguyit dan bob kasim adalah satu,sel otak tak leh cantum,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersangka baik admin,mungkin dia terlewat nk update ke,atau terlupa ke yelah kita di beri 2 tangan dan kaki mana boleh buat semua dlm 100 hari.siang dia nak zumba mlm pulak nk p cari sampah bila masa ada kat opis tuan admin,yabeda bedu....

      Delete
  2. Macai harami najib adalah salah satu puak di laknat Allah, sehingga terbukti numan afifi melakukan liwat sepertimana anwar ibrahim di mahkamah, maka ianya sekadar tuduhan, tuduhan2 ini sudah pasti di kira di hisab di mahkamah akhirat.

    Korang dah bersedia ke?

    ReplyDelete
  3. "Jika pekara yang sudah terbukti dengan fakta sebegini masih mahu menafikan dan menipu, apakah mereka juga tidak akan menipu dalam soal ketelusan menguruskan harta negara ?"
    .....

    Faktanya adalah selama 60 tahun umno mentadbir diurus dengan baik bermula zaman TAR hinggalah zaman Tun, malangnya kegiatan menipu menyeleweng merompak bermula zaman pak lah, di tambah "baik" oleh zaman najib dengan kroni dan macai2nya.

    Sebagai contoh,

    Rakyat mengalami zaman emas di zaman pentadbiran Tun dr.M, kami rakyat melihat pelbagai projek, taman perumahan, bandar baru dibuka dengan giat dan rancak.

    Kami rakyat melihat deretan rumah teres, setiap sebuah rumah mempunyai 2-3 kereta, motosikal 2-3 buah

    Rumah pangsa untuk rakyat tidak terkecuali, ada kereta2 terpaksa di parking diatas jalan2 awam, padang2 sehingga menjadi sesak.

    Piring astro pula melambangkan rakyat hidup bahagia....

    Zaman najib? Hanya macai2 dan bersubahat yg mendapat faedah hasil kegiatan haram najib, jangan lupa laknat Allah adalah pasti terhadap macai2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman najib Pon project Banyak , kereta satu rumah 3 4 bijik..bersepah sepah rumah Naik lrt2 lrt1 di extend mrt1
      mrt2..takkan itu dikira rompak duit rakyat..

      Delete
  4. jangan salah kan dia.. itu berdosa dosa dia hanya dengan tuhan.. walau menipu membohong menfitnah dan bejubo sesama jantan atau seangkatan denganya iti berdosa .. dosa itu dangan tuhan saja..

    tak gitu Mujahat@mintri Agama & LGBT...??

    ReplyDelete
  5. Aku Suka blog kau...belasah Mana yg salah..tanpa mengira parti politik..terlalu budak utk jadi menteri ..semata2 nak padamkan rekod najib jadi menteri paling muda, lantik Sadik sigaraga..adoiiiiiiii..

    ReplyDelete
  6. Masa najib memerintah dan lantik tomboy Pengerang Johor...tak ada bantahan pun!! Saja buat berita murahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tegur bukan bermakna kita sokong UBN. Kita tegur sebab kita sayangkan kerajaan PH.

      HAKAM sebuah Ngo mengatakan kita tidak harus menghalang seseorang daripada diambil bekerja hanya kerana orientasi seks mereka. Tapi itu pandangan Ngo yg pemimpinnya bukan Islam.

      Kita tidak mahu Numan Afifi diambil bekerja dengan mana-mana pemimpin/ menteri beragama Islam sebab si Numan ni terang-terang dan dgn bangga mempromosi usaha dia memperjuangkan LGBT. Sama ada dia sendiri tu gay atau tidak, kita tak tahu jadi kita tak boleh buruk sangka. Yang jelas dan sahih adalah dia pejuang LGBT maka kita marah dan kita tidak mahu dia diupah oleh Sadiq.

      Tambah lagi KBS tu kementerian yang melibatkan orang muda. Ibu bapa Muslim mana nak anak2 mereka terlibat dalam aktiviti / program KBS kalau pegawai yg bertugas ialah pejuang LGBT yang terkenal?

      Tolong laa Sadiq oiii.... dengarlah teguran rakyat nih!

      nota: Azalina memang tomboy TETAPI dia tidak pernah memperjuangkan LGBT. Dan hanya kerana dia tomboy, tidak bermakna dia lesbian. Jangan buruk sangka! Berdosa.

      Delete
    2. " nota: Azalina memang tomboy TETAPI dia tidak pernah memperjuangkan LGBT. Dan hanya kerana dia tomboy, tidak bermakna dia lesbian. Jangan buruk sangka! Berdosa."

      Yup aku setuju kenyataan ini..!

      Tetapi berbeza dgn Numan Afifi..! Secara terang-terangan kita sudah boleh tahu akan sokongan beliau terhadap beberapa aktiviti LGBT yg dikendalikan sebelum ini..

      KITA PERLU BERUBAH MENJADI MALAYSIA BARU YANG DIBERKATI ALLAH..! BUKAN DILAKNATI ALLAH..!

      Delete
  7. Masih ramai lagi bapak budak, mengapa budak berhingus juga yang dipilihnya. Cukuplah dengan menteri zumba yang lepas..
    harap PH jangan lantik budak sebagai menteri.. rakyat malaysia bukan budak-budak,,

    ReplyDelete
  8. Harap Tun M akan buat rombakan kabinet bila keadaan negara dah reda sikit. Kali ni biarlah pilih yang matang dan berkaliber. Yang baru nk belajar jadi menteri bg jawatan rendah dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews