pages

Wednesday, July 4, 2018

((LIVE)) [NAJIB DIDAKWA] Suasana di Mahkamah pagi ini

ANGGOTA polis membawa anjing pengesan bagi memastikan keselamatan di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh pihak SPRM berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Luqman Hakim Zubir



Riot police arrive at the Kuala Lumpur Court Complex where Datuk Seri Najib Razak will be charged this morning.
The situation here is still calm, but the former prime minister and his supporters have yet to arrive.


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta menjadi tumpuan pagi ini kerana bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka didakwa berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib, yang akan mencecah usia 65 tahun pada 23 Julai ini, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 2.
Beliau dijangka menghadapi lebih 10 tuduhan pecah amanah oleh seorang petugas awam atau ejen yang dikaitkan dengan kes SRC International di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 20 tahun, berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.
Tommy Thomas akan muncul buat kali pertama dengan tugas barunya sebagai peguam negara dalam kes terhadap Najib.
Peguam bela terkemuka itu akan mengetuai pasukan pendakwa.
Difahamkan kes itu akan disebut di depan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan, Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di depan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Tuduhan itu dijangka dibacakan kepada Najib di Mahkamah Sesyen dan tidak ada pengakuan akan direkodkan daripada beliau. Pengakuan hanya direkodkan apabila kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di aras 4.
Dalam kalangan 6 bekas perdana menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.
Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan SRC International.
Bekas perdana menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM 2 kali pada 22 dan 24 Mei lalu bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews