pages

Saturday, July 7, 2018

LGBT: Pandangan Menteri Agama itu SALAH di sisi ISLAM


Kenyataan YB. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) adalah *bersalahan dengan sudut pandang Islam dan peruntukan undang-undang negara*.
2. Pandangan yang beliau kemukakan itu dilihat sebagai *mengiktiraf* perlakuan LGBT sebagai hak seseorang *selama ia dilakukan dalam ruang peribadi masing-masing*.
3. Beliau berpendirian demikian kerana menganggap kesalahan tersebut semata-mata *urusan antara individu terbabit dengan Tuhan sahaja; tidak ada kena mengena dengan orang lain*. Kefahaman ini ternyata *sangat silap kerana LGBT melibatkan pencerobohan terhadap hak masyarakat dan sifat tabii kemanusiaan.*
4. Perlakuan liwat sebagai contoh merupakan satu *jenayah dalam Islam dan juga jenayah dalam undang-undang negara* sama ada dibuat secara sembunyi apatah lagi terang-terangan.
5. Jenayah Liwat sangat keras dalam Islam sehingga Nabi s.a.w. bersabda :
( مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ )
_”Sesiapa yang kamu temuinya melakukan amalan kaum Lut maka bunuhlah pelaku dan orang yang diperlakukan”_
(Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah dinilai sahih oleh al-Albaani)
6. Meskipun negara kita tidak menjadikan hukuman tersebut sebagai undang-undang, tapi ia menunjukkan betapa besarnya jenayah liwat.
7. Menurut tokoh ulamak terkenal Imam Ibnu Qayim dalam karya beliau al-Jawaab al-Kaafi, “Oleh kerana kerosakan perlakuan liwat antara kerosakan terbesar maka hukumannya di dunia dan akhirat juga adalah antara hukuman yang paling besar”.
8. Azab Allah ditimpakan kepada seluruh umat Nabi Lut a.s. akibat perbuatan sebahagian mereka yang berkelakuan sumbang. Ini menunjukkan, perlakuan tersebut adalah suatu bencana kepada semua orang sekiranya ia tidak dicegah.
9. Undang-undang negara juga ada memperuntukkan beberapa kesalahan jenayah berkaitan perlakuan LGBT. Antaranya ialah *Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan yang menyatakan berkenaan kesalahan hubungan seks luar tabii.*
10. Berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan polis, sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut seksyen 377B dari 2010 hingga 2014, sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 377C dalam tempoh lima tahun tersebut.
11. Seksyen 25 dan Seksyen 26 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pula menyatakan berkenaan kesalahan liwat dan musahaqah iaitu melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan. Begitu juga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain.
12. Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 memperuntukkan dalam Seksyen 25, “Mana-mana orang *lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan* dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
13. Seksyen 26 pula memperuntukkan “Mana-mana orang perempuan yang melakukan *musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan* dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
14. Ini menunjukkan *undang-undang negara sama ada sivil atau syariah memperakui bahawa perlakuan LGBT ini adalah merupakan jenayah* dan pelakunya boleh dikenakan tindakan tanpa mengira sama ada ia dilakukan secara tersembunyi atau terangan-terangan.
15. Saya khuatir, pendirian longgar oleh seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dalam isu ini akan membuka ruang selesa dan meyakinkan kepada golongan LGBT untuk terus *mendesak agar perlakuan dan golongan LGBT diiktiraf di negara ini.*
16. Lebih saya bimbang, jika sikap menteri seperti itu akhirnya menjadikan Malaysia *menerima syor supaya mengiktiraf orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat* ; meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat kerana menganggap ia tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman; dan memansuhkan enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkaitan yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi” seperti yang dituntut oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO).
17. Sekali lagi saya mengharapkan agar pemimpin Pakatan Harapan tidak memberi mesej kepada rakyat Malaysia bahawa *mereka tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama* malah bersikap liberal melampau dalam isu-isu agama dan undang-undang yang bertujuan memelihara keharmonian awam.
18. Mandat kepada Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan oleh rakyat adalah untuk *merobohkan kezaliman dan penindasan bukannya merobohkan agama Islam dan undang-undang.*
19. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada pelbagai bencana akibat usaha menghalalkan LGBT.
Sekian.Sejahtera Bersama Islam
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

15 comments:

  1. Pandangan peribadi saya seprang muslim biasa

    1. Masa dah tiba untuk mereka yang berlatarkan agama (but not limited to those muftis) untuk satu meja dan coba terjemahkan apa yang sebenar kandungan dan ajaran alquran sebelum coba gunakan hadiths (yang diriwayatkan oleh perawi2 yang belum tentu sahihnya inspite of this and that sanad etc etc).

    2. Look at ourselves muslims and our practices (not arab traditions) in order to move ahead and forward. Hilangkan prasangka dan pemahaman berbeza2 itjmak ulama secata objektif....contoh ditekan pada form instead of substance.

    3. Have a fresh outlook of apakah tuntutan agama berpandukan islam dalam alquran.....

    ReplyDelete
  2. Mungkin mohd khairuddin atau sengaja menyelewengkan, menyesat tafsiran agama islam itu sendiri.

    Hukum Allah adalah tetap dan tidak boleh dipersoalkan, tetapi apabila PAS "menambah baik" dan "mencantikkan" lagi hukuman sebatan sedia ada sepertimana RUU tambahan yg diperkenalkan oleh PAS dan disokong UMNO.

    ini ada satu cadangan kepada mujahid,

    Mana2 rakyat malaysia yg mengundi parti PAS dan umno pada PRU14 yg lalu, maka secara otomatik hukuman hudud dilaksanakan terhadap mereka jika mereka didapati bersalah melakukan jenayah dan bersalah?

    Sebagai contoh,

    Mohd Khairudin memiliki bini2 yg cantik, harta, rumah mewah dan kereta mewah....adakah sumbernya halal? atau haram?

    Begitu juga macai2 umno najib yg beri komen dlm blog ini, adakah mereka mempunyai fakta? untuk menyokong komen mereka?

    Jika tiada maka, adalah molek kiranya RUU tambahan PAS ini di sabitkan, diperuntukkan terhadap mereka2 yg menyokong hudud ciptaan PAS ini.

    Kenapa tidak boleh? perundangan islam PAS kepada mereka yg menyokong? Bukankah mereka menyokong hudud ciptaan PAS ini?

    Sistem perundangan sedia ada boleh saja diubahsuai, hanya masukkan kad pengenalan,bersetuju dan kamu sudah tertakluk dengan undang2 hudud ciptaan PAS ini.

    Jangan takut jika kamu berkata benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara luak k pop jawab mana2 puak PAS n UMNO buat hukum hudud yg bukan puak ini buat hukuman lain.. banaha ada penyokong k pop yg fikir sedap montot bila bercakap dan menulis..

      pasal budak k pop ni uneducated people ayot mudah goreng fitnah pas tu lokos kena kencing dng janji dicapati..

      Delete
    2. Tak kisah le paham ke tidak? Yg rakyat tahu anak Hj Yusof Rawa ni dahulu pernah berkata nak buat roadshow berkenaan RUU355. Ada MP mereka yg berkata ketika itu mereka yg ingin melaksana RUU355 terlalu tergopoh gapah? Sudahkah anda menyiapkan roadmapnya? Suka rakyat mengingatkan inilah masa terbaik kerana kuasa berkenaannya kini terletak ditangan anda. Dalam masa 5 tahun anda mampu melaksanakannya...

      Delete
  3. Kat Mesia Baru brlum 100 ari macam macam ada...

    kita bangga ada Kunyit dan Tomato

    Mentri Kunyit ada

    Mintri Tomato ada

    Mintri Agama LGBT dah ada...

    Mintri Membawang Fitnah di ketuai PM kita ooopss... notmypm

    Mopti pulak dah masuk longkang truss diam ... mintak Aljub dan Al Kuty bagi pencerahan pasal mintri Agama kita yg tersohor ini pula... tak kan nak mintak samat sait si peludah bahasa nak jawab pulak... mmmeee takkk la ..!!

    ReplyDelete
  4. Bila anak Hj Yusof Rawa ni nak buat roadshow berkenaan RUU355? Dah siap ke belum roadmapnya? Ramai yang ingin membantu. Kini kuasa dah ada ditangan anda, rakyat pencinta Islam diluar sana tertunggu2...

    ReplyDelete
  5. Tak salah rakyat dulu Mr Bean ada berkata pihak sana tergopoh gapah nak laksana RUU355. Sekarang anda dan anak Hj Yusof Rawa punyai 5 tahun untuk buat siri2 roadshow, educate all rakyat, explain roadmaps to public, sesi engagement with pihak2 berkenaan, para cendikiawan, professors, mufti2, ulamak2 dan semua stakeholders. Kuasa berkenaan agama Islam kini berada dutangan anda, anda mampu melakukannya?

    ReplyDelete
  6. bersyukurlah dgn mesia baru,berkat budaya baru keluaran ph,kita mkin maju boleh buat roket pg bulan,blum 100 hari lg kan ada 40 hari,

    ReplyDelete
  7. Nampaknya ramai betul Melayu Islam yang telah masuk perangkap jahat MalaysiaKini yang liberal tu.

    Dalam interview penuh Dr Mujahid langsung tiada apa yg bercanggah dengan tuntutan Islam, tapi yg ditularkan ialah tajuk dan cebisan beberapa ayat yang mengelirukan.

    Saya yakin Melayu Islam tidak ramai yang melanggan MalaysiaKini kerana itulah mereka tidak dapat membaca keseluruhan interview tersebut.

    Nasihat saya kepada pemimpin2 PH terutama yg Melayu Islam, berhati-hatilah. Nampaknya MalaysiaKini semakin rakus memperjuangkan liberalisme.

    Hari ini ajer, seorang penulis tetap MalaysiaKini menulis artikel yang bertajuk Konsep Bumiputera ialah punca ketegangan kaum di Malaysia.

    Bukankah itu semua bara api yg sedang menyala dalam sekam?

    ReplyDelete
  8. itukan namanya kebebasan media salah satu manifesto ph..dan bebas untuk dibahaskan.tak masuk jerat pun cuma kalau atikel tu salah nasihatkanlah msiakini.

    ReplyDelete
  9. "Nampaknya ramai betul Melayu Islam yang telah masuk perangkap jahat MalaysiaKini yang liberal tu".

    Contoh melayu muslimcyang anggap dia saja yang betul. Dan kaitkan ada usaha malaysiakini perjuangkan liberalisma

    Nasihat saya buka ruang untuk memahami antara satu sama lain. Ingatlah hidupku matiku kerana Allah. Mereka dengan pemahaman mereka dengan pemahaman kita. Masing2 cari keredhaan Allah. So jangan hanya kita saja yang betul mereka semua salah......

    Miga Allah tunjuk kita kejalan YANG BENAR DAN DIREDHAINYA bukan aturcara yang kita nak impose ke atas mereka tak sehaluan dengan kita.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dlm kubur sendiri jawablah msiakini takda nk tolong cover..

      Delete
  10. Merokok itu haram sebab mrmbazir, mumudaratkan kedihatan diri dan orang lain, menyebabkan pencemaran udara, sepertimana dalam surah al baqarah yang mana Allah ada sebut dalam satu ayay yang menyuruh manusia supya menegah diri dari terjerumus ke lembah kebinasaan dan membiarkan kaum keluarga turut terjebak ke lrmbah kebinasaan, yang ni pasal apa para alim ulamak tak bising sangat pun, malahan ada ustaz yang bekepul-kepul hisap rokok di kawasan masjid.

    Saya bukan la menyetujui golongan lgbt, tetapi seperti ustaz mujahid kata la, dosa tu dosa individu tu dengan Allah, lain la di pi liwat secara paksa yang kategori rogol.

    Dalam Islam, perbuatan menghendap orang buat maksiat pun dah berdosa, pi la rujuk hukum dengan ulamak.

    Nabi dulu pun, ada sorang mai mengaku kat baginda bahawa orang tu berzina, tiga kali mengaku Nabi tak terima pengakuan dia, kali keempat baru Nabi terima.

    Dalam Islam bila buat dosa, bila Allah tak bongkar dosa tu, tu makna Allah bagi peluang ke orang tu untuk bertaubat.

    Golongan alim ulama kena buat task force untuk menelesaikan isu ini, ramai orang Islam yang jadi tak faham hukum dan bertindak keras perti khawarij, perlu ingat juga, sesiapa yang memandai-mandai menambah dan mengada-adakan sesuatu syariat, dia telah membuat bidaah.

    Saya setuju dengan menteri, dalam isu ini, kita jangan tumpu kepada mrnghukum saja, kena ke arah mendidik, orang yang buat maksiat tu orang yang jauh dari agama, kalau mereka dihukum dengan berat, adakah itu akan medekatkan dia dengan agama atau menyebab orang itu makin jauh dengan agama?

    Jangan sampai orang yang jahil itu anggap Islam sebuah agama yang kasar, keras dan suka menghukum hingga orang sedemikian tinggalkan Islsm, jadi atheis, atau anut agama lain secara senyap.

    Mana lebih banyak mudarat dalam perkara ini. Kalau yang buat maksiat tu ustaz, ustazah, tok guru, orang yang pandai dalam agama, layakla dihukum berat, sebab dia tau hukum, tapi dia langgar juga.

    Macam zaman saidina umar jadi khalifah, dia hukum peminum arak 80 rotan, sedang ikut hudud 40 rotan, sebab orang zaman tu tau hukum, tapi langgar juga.

    Macam muda mudi yang ditangkap berduaan dalam hotel, ada yang baca al quran pun tak reti, sembahyang pun tak tau, hukum hakam lain lagi la tak tau.

    Kalau orang jahil macam ni diberi hukuman berat, kita bimbang mereka ni akan memberontak jiwa mereka dan makin jauh dari agama.

    Lebih elok ke arah mendidik, yang ditangkap tu hantar pi mengaji agama, pusat tahanan tu tukar jadi pusat mengaji agama, sekurangnya kita berusaha selamatkan mereka.

    Supaya di akhirat kelak bila ditanya oleh Allah, kita dah main peranan selamatkan mereka.

    Jangan pula di akhirat, bila mereka nak dihumban ke neraka, mereka tarik kita sama, sebab kita dok sibuk hukum hingga merekz makin punya rasa yang buruk kepada agama dan jadi makin jahat lepas di hukum.

    Di sini alim ulama kena ikhlas bagi pandangan demi kemaslahatan ummat Islam yang seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji pendidik sapa bayar?kerajaan ke atau rakyat? antar je kursus kat sg buloh tengok barai ke tak tahan dinding.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com