pages

Wednesday, July 4, 2018

[KECOH] Tommy Thomas Mohon Bicara Kes Najib Dalam Bahasa Inggeris

Tommy Thomas Mohon Bicara Kes Najib Dalam Bahasa Inggeris Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. 

Beliau yang sebelum ini pernah mengakui kurang fasih dalam Bahasa Melayu, memohon perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam Bahasa Inggeris. 

“Saya mohon prosiding dalam mahkamah dibuat dalam Inggeris,” katanya dalam bahasa Melayu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas 4 pertuduhan dibacakan dalam bahasa kebangsaan. 

Sebelum ini, bekas peguam terkemuka itu berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu. 

“Masalahnya dengan amalan swasta yang saya lalui selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen…saya mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Saya berjanji akan memperbaikinya,” katanya sebelum ini. 

Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan kekecohan di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kual Lumpur mendesak sidang media Peguam Negara Tommy Thomas diucapkan dalam bahasa Melayu sehingga membuatkan sidang media dibatalkan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews