pages

Sunday, July 8, 2018

Jauhi Najib jika UMNO mahu raih sokongan rakyat semula


Realitinya UMNO sudah kalah pilihanraya dan hilang kuasa yang dipegangnya sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Realitinya juga, punca utama kalah dan hilangnya kuasa UMNO adalah disebabkan Najib Razak yang diselubungi deretan skandal, pembaziran dan kemewahan yang akhirnya mengakibatkan rakyat meluat dan menunjukkan kesatuan dengan menumbangkannya melalui peti-peti undi.

Jika UMNO tidak dipimpin oleh Najib atau sekiranya anak Tun Razak itu sedia mengundurkan diri sebelum pilihanraya yang lalu, keputusan suara rakyat pada 9 Mei lalu mungkin menghasilkan natijah yang berbeza.

Namun sekarang ini, selain UMNO sudah kalah dan menjadi pembangkang, parti itu juga dipimpin oleh barisan kepimpinan yang baru dengan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan menjadi presiden dan timbalan presidennya.

Walaupun kepimpinan baru UMNO adalah warisan mereka yang menyokong dan mempertahankan Najib, mereka seharusnya lebih berani bergerak ke hadapan dengan cara yang berbeza.

Najib kini adalah bekas Presiden UMNO dan sudah pun dituduh di mahkamah dengan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu berkaitan rasuah berkaitan SRC International.

Di samping itu, berdasarkan siasatan yang masih berterusan berhubung 1MDB dan penemuan wang tunai serta barangan kemas bernilai lebih RM1 bilion di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib, bekas Perdana Menteri itu dan isterinya, Rosmah Mansor juga dijangka akan berdepan dengan lebih banyak pertuduhan berkaitan rasuah, penipuan, penyelewengan, pecah amanah serta penggubahan wang haram.

Bermakna, untuk beberapa lama, Najib adalah titik hitam pekat dalam sejarah UMNO yang tidak mungkin kehitamannya dapat dipadamkan begitu juga.

Najib adalah sejarah gelap yang membawa nasib buruk dan malang yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada UMNO.

Tetapi, meskipun setelah ketiadaan Najib, UMNO kekal sebagai sebuah parti politik yang perlu meneruskan perjuangannya sehingga bila-bila selagi mereka yang menjadi pemimpin dan ahlinya yakin dengan perjuangan berasaskan nasionalisme itu.

UMNO juga perlu meyakinkan rakyat untuk terus bertanding, memenangi pilihanraya dan menjadi kerajaan semula. Tidak ada mana-mana parti yang hanya ingin menjadi pembangkang buat selama-lamanya.

Sekiranya UMNO benar-benar ingin meraih kembali sokongan dan kepercayaan rakyat, perkara pokok yang harus dilakukan oleh kepimpinan baru ini ialah segera menjarakkan diri daripada Najib, selain tentunya mengambil pendekatan yang sesuai dengan selera semasa masyarakat pelbagai lapisan.

Najib adalah bala dan malapetaka buat UMNO. Itu adalah fakta. Parti itu kalah kerana Najib dan ia tidak mungkin dapat meraih kembali sokongan rakyat sekiranya masih lagi sibuk dengan urusan untuk mempertahankan Najib.

UMNO mesti melupakan Najib dan membiarkan kes mahkamah yang dihadapinya adalah urusan peribadi yang harus diselesaikannya sendiri bersama barisan peguamnya memandangkan beliau hanyalah bekas presidennya saja.

Selagi UMNO bersekongkol dengan Najib, selagi itulah ia akan gagal mendapatkan kembali sokongan rakyat. Memang Zahid Hamidi diketahui sebagai “budak Najib”, tetapi jika kepimpinannya juga lebih sibuk dengan mempertahan, membela serta menganggap Najib sebagai makhluk suci yang perlu didewakan, ia hanya mengesahkan lagi beliau tidak lebih sebagai proksi bekas Perdana Menteri itu semata-mata.

Proksi Marcos tidak pernah wujud di Filipina dan semua proksi pemimpin yang terkait dengan skandal yang kemudian berjaya ditumbangkan juga tidak pernah diberi ruang untuk bernafas di mana fasa kepimpinan di seluruh dunia, logiknya mana mungkin proksi kleptokrasi Najib juga mahu disokong kembali oleh rakyat negara kita.

Membela dan mempertahankan Najib ketika kuasa dalam tangan pun sudah merupakan suatu kesilapan, melakukan perkara yang sama lagi setelah ketiadaan kuasa dan inginkan kembali sokongan yan hilang, sudah tentu merupakan suatu kesilapan yang lebih besar buat UMNO.

Pilihan kin ada ditangan kepimpinan baru UMNO, khususnya Zahid Hamidi - mahu melangkah ke hadapan dengan imej dan wajah baru atau akan tetap dikenali sebagai "saki baki penyamun" yang kerjanya hanya mempertahan "penyamun" juga dalam mengisi perjuangannya selepas ini. (ShahbudinHusin 08/07/2018)

13 comments:

  1. betul,saluran 30 dan 40 semuanya nk muka baru dlm mjlis tertinggi parti,tp yg dipilih tetap proxy najib,kalau najib bersalah nnt,mcmnalah nk tegakkan benang basah pd rakyat,

    ReplyDelete
  2. tak perlu nak ajar umno mentadbir la.. ajar kementerian kunyit dulu camner nak buat kerja.. kementerian ni nnti jadi sarang kunyit jambu atok kejap lagi.... sukan tah ke mana kunyit jugak yg bertabur nnti..

    mintri pendidikan UEC tolong pantau la .. sejak atok krna clamp telo dng top dog suma caca marba... kunyit tomato membawang suma ada..


    kah kah kah.. harga tomato dikira stabil harga kunyit dan bawang dijangka naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa kacau macai harami 10.05 terserlah....umno mentadbir? Umno dah kalah dah, dari meroyan, lebih baik bertaubat atas tikar sembahyang macai harami oii....

      Delete
  3. itu berdosa tapi itu dosa dia dengan tuhan... kah kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Betul tu..!!!

    Jika tidak memang sampai bila2 lah rakyat akan lihat najib itu umno dan umno itu najib..!

    Najib dan umno tdk dapat dipisahkan..!

    Jika begini.. memang umno akan terus kecundang..!

    ReplyDelete


  5. Kalau kami menjauhi Najib, sudah tentu kami akan mendekati PAS. Bahkan dalam PRU lepas. Ramai penyokong UMNO telah mengundi PAS termasuk saya. Untuk pengetahuan Shahbudin dan boss2 dan geng2 nya, Kami sesekali tidak akan berkompromi dengan DAP.

    ReplyDelete
  6. Jika umno mahu meraih sokongan rakyat, budaya wang yg sudah bermukim dalam parti umno ini wajib dihapuskan.

    Budaya projek untuk kroni juga wajib dihapuskan.

    Budaya mengupah, memberi habuan kepada macai2 mereka wajib dihapuskan.

    Budaya mengupah lebih teruk sifatnya kerana macai2 takder hujah,fakta untuk menyokong perbuatan memberi komen sehingga menghasilkan maksiat dilaknat Allah.

    Ya betul macai2 mendapat kemewagan dunia, tetapi keturunan mereka tergadai.

    Fitnah ditabur oleh macai, bolehkah di maafkan?

    ReplyDelete
  7. Najib belum dibicarakan jadi masih tak pasti bersalah kan. Jadi aku tetap bersama Najib, kik3

    ReplyDelete
  8. Najib umno dengan penipuan penyelewengan dan penyamunan terhadap wang dan harta rakyat,

    skandal scorpene yg masih tiada penghujungnya,

    skandal seks dengan artis2 tempatan dan najib pernah berkata, memberitahu rakan2nya altantuya mmemberi kebenaran di liwat? Sepertimana kenyataan bersumpah p.i Bala?

    Rosmah dengan bomoh2nya sehinggakan ada mendakwa salah sebuah rumah mereka mempunyai kuil kecil?

    Anak perempuan berkahwin dengan lelaki kazakh,ibu lelaki kazakh dikenali sebagai pencukur wang, saman terhadap ibunya oleh peniaga kerana menipu, anak lelaki najib pula melakukan maksiat di taiwan.

    Seorang lagi anak perempuan najib menghadapi kanser, seorang lagi rosmah tidak akui sebagai anak.

    Semua ini bala yg diturunkan, ditunjuk oleh Allah, rakyat masih tak nampak?

    Kepada rakyat sekalian, bolehkah kita mempercayai umno najib ini? Bolehkah kita mempercayai kroni2 najib yg masih memegang kuasa?

    Kroni2 najib itu sendiri mempunyai pelbagai skandal dan penyelewengan....

    Bolehkah rakyat memberi kepercayaan kepada umno lagi? Sedarlah wahai rakyat, umno masih lagi tidak berubah.....

    Dan memberi sokongan, bersubahat kepada umno ini, seperti mana parti pas bersubahat dengan umno najib, seperti mana orang melayu memberi undi, sokongan kepada parti pas dan umno, samalah juga mengengkari larangan dan laknat Allah terhadap mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ��������������������

      Delete

  9. Di Malaysia ada tiga pilihan, PAS, PH, dan UMNO.

    Bagi orang yang percaya kan Mahathir adalah orang paling berkuasa, mereka akan memilih PH,

    Bagi orang yang percaya ALlah lebih berkuasa, mereka akan memilih PAS.

    Bagi orang percayakan Mahathir telah melakukan kesalahan lebih besar daripada Najib, mereka akan memilih UMNO.....simple kan??

    ReplyDelete
  10. Bungkus hapus terus umno ni takde menafaat bagi rakyat

    ReplyDelete
  11. Khairy jamaludin mesti tubuh parti baru muda segar bersih maju progresif global

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews