pages

Friday, July 6, 2018

[INI BAGUS] Syed Saddiq Terima Teguran PAS Untuk Jadi Lebih Baik

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima teguran seorang pemimpin PAS berhubung etika berpakaian ketika bersenam bersama kakitangan kementerianya baru-baru ini.
Syed Saddiq berkata dia menerima teguran untuk menjadi lebih baik.
“Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka, saya akan perbaiki diri, saya akan terus fokus kepada amanah di kementerian dan Parlimen Muar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili menasihatkan Syed Saddiq supaya menunjukkan contoh lebih baik dalam etika berpakaian, sambil memuatnaik gambar menteri itu bersenam dengan memakai seluar pendek atas paras lutut.
Muhtar memuatnaik gambar itu di Facebook Rabu lalu.
Tidak dapat dipastikan acara yang dipaparkan dalam gambar itu, tetapi Syed Saddiq pada hari pertama bertugas mengajak kakitangan kementerian bersenam sebelum atau selepas waktu bekerja. - FMT

1 comment:

  1. Buat Syed, dalam tempoh pembelajaran tiada siapa yang bodoh dan tiada siapa yang pandai. Cuma dalam perebutan dunia, kita mungkin berada pada nombor sepulih atau kalau kita bernasib baik kita akan berada di kedudukan pertama. Tolong jangan fikir bila kita berkedudukan diatasia hanya anugerah dari Allah dan jangan anggap ia adalah hak. Ia hanya satu pencapaian yang sementara dan sebagai insan kita hendaklah terus belajar. Teguran atau cacian adalah satu proses untuk kita agar kita pandai dalam mengambil keputusan.
    Setakat ini anda dilihat dah mula belajar dan menerima teguran adalah menunjukkan kita diperhati dan ambillah setiap teguran adalah untuk menjadikan andayang lebih baik.
    Senang dan susah, anda perlu sentiasa berada dalam jamaah. Carilah kawan seramai mungkin dan kyrangkan musuh sehingga tiada.
    Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberi sokongan semasa kita susah dan jangan dilupai mereka ini yang bersama berjuang untuk menaikkan anda.
    Belajar dan terus belajar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews