pages

Thursday, July 12, 2018

HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman


Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pemantau Malaysia Baru akan menganjurkan perhimpunan pada 16 Julai ini sebagai tanda sokongan terhadap Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata himpunan itu akan bermula dari lot parkir Bukit Aman, dan akan berarak ke Parlimen.

“Kita akan berkumpul jam 8 pagi di lot parkir Bukit Aman sempena keberangkatan YDP Agong angkat sumpah ahli parlimen.

“Kami akan mula berarak ke Parlimen jam 8.30 pagi. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir dengan membawa pita pelekat dan tali. Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini.

“Sebagai simbolik hilangnya hak Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab baginda mempertahankan Islam dan kepentingan bangsa Melayu, kita akan berarak dengan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat,” katanya dalam satu kenyataan.


Lokman berkata adakah umat Islam masih buta dan tidak nampak agama, bangsa tanah air serta kedudukan raja-raja Melayu sudah terancam dan mendakwa kerajaan melaksanakan Malaysian Malaysia DAP.

“Sudahlah Peguam Negara juga Kristian, menteri agama pun datang dari puak liberal Amanah, selepas ini pula bapa Lim Guan Eng akan diangkat sebagai speaker Dewan Rakyat.

“Kalau umat Islam masih buta dan tidak nampak kebinasaan kepada agama Islam, kepentingan Melayu, tanah air dan kedudukan raja-raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan. Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati,” katanya.

Lokman berkata kesan yang dihadapi rakyat adalah sikap ingin mencuba sesuatu yang tidak pasti.

Katanya, walaupun perdana menteri itu Melayu dan beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi diangkat sebagai perdana menteri, beliau memerintah mengikut kehendak 42 orang ahli parlimen DAP yang meletakkan pisau dilehernya.

“Sempena ulang tahun Dr Mahathir yang ke-93 ini, mari kita doakan semoga Allah memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan membuka hatinya untuk kembali ke jalan Allah.

“Moga beliau diberikan hidayah untuk menyatukan hati ahli-ahli parlimen Islam di Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan campuran baru yang bebas DAP demi menyelamatkan agama, bangsa, tanah air dan raja-raja Melayu,” katanya.

16 comments:

  1. Kahkahkahhh..meroyanlah ko sorang2..terimalah hakikat zaman bn dh berakhir..tk lama lagii mamposlah umno..kahkahhhh..🖕🖕🖕

    ReplyDelete
  2. Aku tk rasa Tun M boleh diperkuda, tgk dlm kes zakir naik, tun m dgn selamba dan berani ckp walau Dap desak gila2. Cuma mmg ada benda yg Tun M terpaksa ikut, cth lantik AG dan CJ sbb Tun M tiada alasan nak tolak calon bukan Islam yg dicdgkn oleh Dap, pastu PKR dan amanah pulak sokong Dap, Tun M nak buat mcm mana lagi terpaksa terima, mmg benar Tun M dalam keadaan serba salah, kalau Dap saja yg desak masih boleh tepis tapi kalau pkr dan amanah skali dgn Dap, Tun M terpaksa mengalah

    ReplyDelete
  3. Good cg...👍👍👍👌🤘🖖

    ReplyDelete
  4. Pasti byk komen lps nii..jumpa mlm nantii cg..🐵🐒🐶🐕🐩🐺🐱🐎🐴🐷🐖🐄🐆🐅🐃🐂🐯🦁🐮🦄🐈🐗🐽🐏🐑🐐🐐🐪🐪🐫🐪🐇🐰🐹🐀🐁🐭🐘🐿🐻🐨🐼🐾🐾🦃🦃🐔🕊🐧🐦🐥🐤🐣🐣🐓🐸🐢🐢🐍🐲🐉🐉🐳🐚🐙🐡🐠🐟🐬🐋🦀🐌💐🌸🐜🐛🐝🐝🐜🏵🕷🐞🕷🌳🌹🏵💮🌸💐🕸🌺🌼🌷🌱🍀🍁🌳🍁🍀🌿🌾🌵🌴🍂🍃

    ReplyDelete
  5. Aku pun Tak rasa kutty boleh diperkudakan . Kutty hanya boleh diperkaldaikan saja.

    ReplyDelete
  6. atok tak dikudakan atau dikaldai maupaum di lembukan....

    cuma atok telo.kena clamp kat top dog..


    kah kah kah kahh..

    ReplyDelete
  7. Memang simbolik, menutup mulut dan mengikat tangan. Mereka terpaksa berbuat demikian semasa UMNO / BN menjahanamkan negara dan memalukan bangsa dan agama. Jadi himpunan ini boleh digambarkan sebagai tanda kekangan yang mereka hadapi ketika itu.

    ReplyDelete
  8. Hebat atok, telo kena clamp pun mampu buat mulut pemimpin lain diam terkincit. Yg dok nak glamer jer bunyi tin kosong.

    ReplyDelete
  9. FUCKKKKK BN... .. KIKIKIKIK

    ReplyDelete
  10. Khairulryezal osmanJuly 12, 2018 at 7:59 PM

    Jawatan Ketua Hakim Negara adalah lebih kepada jawatan simbolik.

    Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum adalah inevitable dan sememangnya dijangka memandangkan beliau adalah antara Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan.

    Adakah Ketua Hakim Negara lebih berkuasa dalam menentukan keputusan kes?

    Tidak. Ketua Hakim Negara tidak mempunyai keutamaan dalam menentukan keputusan sesuatu kes. Nilai undinya masih satu. Dan kuorum Mahkamah Persekutuan sentiasa tiga atau lebih. Jadi siapapun yang menjadi Ketua Hakim Negara, sentiasa ada sekurang-kurangnya dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempunyai undi.

    Adakah Ketua Hakim Negara berhak menolak kelulusan atau pembentangan mana-mana RUU?

    Tidak. Pembentangan mana-mana RUU di parlimen bergantung kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat yang berkuasa penuh ke atas perjalanan sesuatu sesi Dewan Rakyat. Hanya beliau yang boleh membenar atau tidak membenar pembentang sesuatu RUU di Parlimen. Ketua Hakim Negara bahkan tidak mempunyai hak untuk didengari di Parlimen.

    Adakah Ketua Hakim Negara secara sendirinya boleh membatalkan peruntukan mana-mana Akta?

    Tidak boleh. Secara sendiri beliau tidak mempunyai kuasa tersebut. Kuasa itu hanya muncul sekiranya beliau menjadi hakim yang bersidang di dalam pendengaran kes bagi menentusahkan RUU atau Akta tersebut. Dan seperti mana dinyatakan di atas, undinya tetap mempunyai nilai yang sama sebagaimana hakim lain yang turut bersidang. Di Malaysia badan kehakiman tiada kuasa untuk memulakan apa-apa prosiding bagi membatalkan apa-apa undang-undang sekalipun percanggahannya dengan Perlembagaan Persekutuan (glaring contradiction). Selagimana isu percanggahan itu tidak dibawa ke mahkamah, undang-undang itu masih dianggap sebagai sah dan terpakai. Contohnya enakman-enakmen Hudud yang diluluskan di beberapa negeri. Walaupun jelas ianya bercanggah dan melangkaui kuasa DUN, ia masih tidak dibatalkan kerana tidak pernah dicabar.

    Adakah Ketua Hakim Negara boleh mewujudkan undang-undang baru?

    Tidak boleh. Kuasa itu terletak pada badan legislatif, bukannya badan kehakiman. Badan kehakiman hanya mentafsirkan peruntukan undang-undang dan di Malaysia sebagai negara yang mempunyai undang-undang termasuk perlembagaan bertulis, kuasa hakim-hakim termasuklah Ketua Hakim Negara untuk mewujudkan undang-undang atau remedi baharu tidak wujud.

    Tambahan: telah berlegar tulisan menyatakan bahawa Tan Sri Richard Malanjum yang membuat keputusan membatalkan keIslaman anak-anak Indira Gandhi. Ini adalah satu keanehan. Terdapat lima hakim yang bersidang di dalam kes itu dan kesemuanya sepakat memutuskan pengIslaman itu tidak sah. Nak pukul, pukul semua. Bukan hanya meletakkan kesalahan di bahu beliau seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg aku nampak, puak2 ni cuba menguasai undang2 negara, mula dgn peguam negara then ketua hakim negara, then speakér. Tiga2 jawatan ni dh boleh memanipulasikan undang2 yg ade sekarang. Tu yg mentafsir peruntukan undang2 tu..so risky...

      Delete
  11. 1. Knowing Mahathir, he has never been a leader taken for granted. DAP ke PKR ke Amanah ke will see his rationale for all decisions made. Lokman Adam is DUST that Mahathir can just blow it in the wind...useless bugger

    2. We have najib as pm raus as CJ apandi ali as AG....all muslims...DID THEY EVER LOOK AFTER MALAY ISLAM AND THECL KING?

    NAJIB PROSTITUTED HIMSELF TO CHINA IN RETURN FOR LOAN TO PAY 1MDB DEBT....now we r left with 1 trillion debt.

    Apandi cleared theif najib and failed to charge najib...why....a muslim who cannot differentiate between right and wrong?

    Raus knew about constitution but refused to resign to protect najib...a good muslim??? All bcoz of cash is king

    ......lokman adam....take a dive at klang river. U have no contribution... sampah masyarakat dan makan gaji buta setara tun faisal yang kurang IQ dan fuad yang tak reti apa apa dalam JASA

    ReplyDelete
  12. pada Melayu UMNO PAS dan di atas pagardan ngo Melayu.. Sekarang Atok dan kuncu sedang diclamping telo mereka semua oleh Top Dog... cara halus untuk atok dan kunco nya adalah membuat provokasi terhadap semua perkara melibatkan keoentingan org melayu spt isu bahasa.. islam.. sej tahfiz dll dengan harapan melayu UMNO PAS dan NGO melayu akan memberontak dan menentang kerajaan PH .

    Bila Melayu UMNO PAS dan NGO melayu memberontak menimbulkan ketegangan maka atok dan konco kunco nya ada alasan untuk ambil tindakan pada UMNO dan PAS spt mengharamkan parti melayu terbesar di Malaysia.

    Awas atok clamping sedang memasang perangkap utk menjerat parti UMNO dan PAS .. melalui anjing atok Zam akan provok sekolah tahfiz utk ditutup.. UEC mrlalui mazlee dlm isu bahasa dan Mujahat dlm isu Islam.. Awas perangkap sedah dipasang maka melayu UMNO PAS perlu waspada dan tidak terikut dengan provokasi yg sedang dijalankan.

    Cara UMNO dan PAS serta NGO melayu lain utk.menentang mereka dengan silent mode... sebarkan seluas luasnya melalui media massa spr wassup telegram skypr blog blog TV persndirian.. dan semua.media telekomunikasi dengan fakta dan bukti bukan berunsur fitnah .

    Melayu UMNO PAS dan lainnya bertindak bijak dan jangan terburu buru dan gopoh bertindak jerat atok dan konco yg sedang lemas diclamping telo mereka oleh top dog.

    Beetindak bijak dan pemula pada kebangkitan adalah PRN Sg Kandis.

    Jamgan yermakan provokasi Atok tua kutuk kaki fitnah ini.. ingat 2 tahun peralihan kuasa yg dijanjikan antara Bang Non dan Atok atau mungkin lebih awal lagi sebab tunggu masa ajer lagi atok ke alam siksaan kubo...

    Beetindak bijak wahai melayu UMNO PAS dan.NGO melayu sekelian.. yangan masuk perangkap... umo atok pun dah lanjut tunggu masa dia mampos kering atas kerusi tahta..

    kerajaan berasaskan sentimen dah persepsi fitnah tak kekal lama.



    bangkitlawanfitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...what have najib apandi ali raus do to help malay islam and the king?

      Condoning THIEVERY OF 1MDB????

      Delete
    2. condon thievery of 1mdb... we need bukti dan fakta.. bukan fitnah dah salah ke belom ni...?

      Delete
  13. pada Melayu UMNO PAS dan di atas pagardan ngo Melayu.. Sekarang Atok dan kuncu sedang diclamping telo mereka semua oleh Top Dog... cara halus untuk atok dan kunco nya adalah membuat provokasi terhadap semua perkara melibatkan kepentingan org melayu spt isu bahasa.. islam.. sek tahfiz dll dengan harapan melayu UMNO PAS dan NGO melayu akan memberontak dan menentang kerajaan PH .

    Bila Melayu UMNO PAS dan NGO melayu memberontak dan menimbulkan ketegangan maka atok dan konco kunco nya ada alasan untuk ambil tindakan pada UMNO dan PAS spt mengharamkan parti melayu terbesar di Malaysia.

    Awas atok clamping sedang memasang perangkap menjerat parti UMNO dan PAS .. melalui anjing atok spt Zam akan provok sekolah tahfiz utk ditutup.. UEC melalui mazlee dlm isu bahasa dan Mujahat dlm isu Islam..

    Awas perangkap sedah dipasang maka melayu UMNO PAS perlu waspada dan tidak terikut dengan provokasi yg sedang dijalankan.

    Cara UMNO dan PAS serta NGO melayu lain utk.menentang mereka dengan silent mode... sebarkan seluas luasnya isu isu semasa melalui media massa spr wassup telegram skypr blog blog TV persndirian.. dan semua.media telekomunikasi dengan fakta dan bukti bukan berunsur fitnah .

    Melayu UMNO PAS dan lainnya perlu bertindak bijak dan jangan terburu buru dan gopoh. Sekarang atok dan konco yg sedang lemas diclamping telo mereka oleh top dog.

    Bertindak bijak dan pemula pada kebangkitan adalah PRN Sg Kandis.

    Jangan termakan provokasi Atok tua kutuk kaki fitnah ini.. ingat 2 tahun lagi peralihan kuasa yg dijanjikan antara Bang Non dan Atok atau mungkin lebih awal lagi sebab tunggu masa ajer lagi atok ke alam siksaan kubo...

    Bertindak bijak wahai melayu UMNO PAS dan.NGO melayu sekelian.. jangan masuk perangkap... umo atok pun dah lanjut tunggu masa dia mampos kering atas kerusi tahta..

    kerajaan berasaskan sentimen dah persepsi fitnah tak kekal lama.



    bangkitlawanfitnah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com