pages

Friday, July 13, 2018

Dengarkan Tafsiran Memelihara Agama (hifz al-din) oleh Menteri Agama Islam




Isu hifzuddin

Perbahasan toleransi (samahah) Islam dgn agama lain perlu diletakkan pd tempat yg betul. Ia termasuk dlm bab Khasa'is (ciri-ciri) al-Shari'ah, bukan Maqasid al-Shari'ah. 

Maqasid al-Shari'ah itu matlamat syariat Islam diturunkan. Umumnya demi memelihara maslahah hamba di dunia  & di akhirat. Ia terzahir menerusi pemeliharaan terhadap agama yg haq (Islam), nyawa, akal, keturunan & harta.

Khasa'is al-Shari'ah pula adalah ciri-ciri syariat spt komprehensif (syumul), adil, toleransi (samahah), sederhana (wasatiyyah), realistik (waqi'iyyah) dll.

Ertinya, Maqasid al-shari'ah & khasa'is al-shari'ah itu 2 perbahasan yg berbeza. Namun begitu, perbahasan khasa'is al-shari'ah tertakluk kpd Maqasid al-shari'ah. Tidak boleh terkeluar drpdnya. 

Oleh itu, isu samahatul Islam @ toleransi Islam dgn agama2 lain perlu dibahas dlm bab Khasa'is al-Shari'ah bukan Maqasid al-Shari'ah. Namun, ia tetap diikat dgn Maqasid al-Shari'ah agar toleransi yg dianjurkan tidak sampai menggugat objektif pertama dlm Maqasid al-Shari'ah iaitu memelihara agama Islam (hifzuddin). Ia spt bertoleransi dgn pendakyah agama lain, penghina Islam, org murtad yg mencabar kesucian Islam dll. 

Wallahu a'lam. Moga kita diberikan kefahaman yg benar..

-Aizam Mas'ud


Islam. 

Firman Allah S.W.T.:
  
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.

(Surah al-‟Imran, 3:19)


“Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus?”

(Surah al-Nisa‟, 4:125)

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, dapat difahami penggunaan al-din dari

segi istilah bermakna peraturan Ilahi yang membawa orang yang berakal secara sukarela

kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, perkataan al-din adalah merujuk

kepada  agama  Islam  yang  terkandung  di  dalamnya  akidah,  syariat  dan  akhlak.  Ini

bertepatan dengan firman Allah S.W.T. :


“pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredai Islam itu jadi agama bagimu”.

(Surah al-Maidah, 5: 3)


“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam.”

(Surah al-‟Imran, 3:19)
  

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

(Surah al-‟Imran, 3:85)


Manakala   perkataan    hifz    bermakna   memelihara   iaitu   membela,   menjaga,

merawat, menternak binatang, mempunyai atau menyimpan, membiarkan tumbuh dan

menyelamatkan serta melepaskan. Umpamanya, Allah S.W.T menjelaskannya di dalam

al- Quran:


“Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).”
(Surah al-Nisa‟, 4:34)


“Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,”
(Surah al-Shaffat, 37:7)


Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa perkataan hifz merujuk kepada memelihara. Oleh itu hifz al-din membawa makna memelihara kesucian agama Islam dengan memastikan ia didaulatkan dan diamalkan serta dilindungi daripada sebarang bentuk pencemaran dan melaksanakan usaha pencegahan secara berterusan bagi mengelakkan para pengikutnya dari meninggalkan Islam.


Justeru dengan menjaga agama bermakna umat Islam akan menjaga dharuriyyat al-khamsah atau al-usūl al-khamsah (lima dasar) iaitu memelihara agama, jiwa,akal, keturunan dan harta. Ini kerana asas kepada penjagaan jiwa, akal, keturunan dan harta harta adalah berteraskan kepada agama. Oleh itu dari segi maqasid shar‟iyyah kepentingan undang-undang murtad adalah mengatasi undang-undang lain. Jelasnya tanpa agama bagaimana peraturan lain boleh dikuatkuasakan.



Justeru itu, Imam al-Shatibi membahagikan urusan pemeliharaan kesucian agama Islam kepada dua aspek iaitu; pertama, memastikan ajaran Islam dilaksanakan sama ada yang berkaitan dengan fardhu ain atau fardhu kifayah. Kedua, agama Islam mestilah dilindungi daripada pupus dengan memastikan penganutnya menjauhi dosa kecil, dosa besar serta perkara bid‟ah. Di samping itu, hukuman hudud hendaklah dilaksanakan bagi mereka yang murtad supaya penyakit ini tidak terus merebak sehingga merosakan struktur sosial orang Islam. Manakala Ziad Mohamad Ahmidan pula menjelaskanbahawa pelaksanaan maqasid shar‟iyyah dari sudut memelihara agama terbahagi kepada dua komponen utama iaitu:


a.       Memastikan kewujudan dan kelangsungan agama Islam, tindakan di bawah hendaklah diambil:

i.        Amalan beragama;

ii.       kedaulatan agama Islam;

iii.     dakwah bagi agama Islam

b.      Bagi mengelakkan agama Islam daripada tercemar kesuciannya dan pupus,maka hendaklah:

i.  Berjihad di jalan Allah S.W.T;

ii.   mencegah jenayah murtad;

iii.   menghapuskan bid‟ah;

iv.  menjauhkan daripada dosa dan maksiat;

v.  menghindari pendapat secara bergurau senda yang melampau.


7 comments:

  1. Sejak bila Allah suruh jaga agama lain, cuma agama lain dibenarkan tapi bukan suruh jaga, apa gila kita nak gi jaga, sewel

    ReplyDelete
  2. Maksud menteri tu, bukan jaga agama lain seperti promisi agama lain, maksud beliau bersikap adil kepada penganut agama lain.

    Zaman Nabi dan sahabat pun buat macam tu, sebab itulah bila perang sekali pun, tak boleh dengan sengaja merosakkan rumah ibadat dan sembahan kaum bukan Islam.

    Masalah oran Islam di Malaysia ini suka bersikap ekstrem dalam beragama, sampai tak boleh buat baik kepada penganut agama lain, sikap melampau seperti ini dibenci Allah.

    kita buat baik kepada penganut agama lain bukan sebab kita nak ikut mereka, tetapi atas dasar perikemanusiaan, Islam bukan agama yang pentingkan diri sendiri, kasar, atau begis, Islam agama kasih sayang, orang Islam patut jangan jatuhkan maruah dan imej Islam dengan bersikap ekstrem dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies

    1. oii macai 6.14. ko jangan hina Zaman Nabi dan para Sahabat dengan si mentri munafik ni punye keje ok.
      Ape yang kita tak adil dengan penganut ugama lain di Malaysia? Cuti dapat, kerajaan bn raikan setiap perayaan, kuil, tokong, gereja bebas dibina, mereka bebas mengamalkan ajaran mereka selagi tak mencetuskan masalah dengan Islam.

      Ape ko merepek ni macai? Pemikiran jenis ape ko ni? Liberal yang terlalu nak menjaga lebih lebih orang kafir, tetapi bermusuh kasar dengan sesama saudara Islam macam UMNO dan PAS.. ko bawak ajaran fatwa mana ikut logik akal??

      kita belum cukup buat baik pada ugama lain? ko nak suruh pegi gereja ramai2 ke mase Sembahyang Jumaat? atau pakat-pakat kongsi colok di kuil Budha sambil makan hidangan arak di kuil Hindu??


      ape ko nak sebenarnye? apakah itu yang Islam tuntut..dan lepas ko nak 'buat baik' cara ko dengan non Muslim tu.. then what's next? pakat2 boleh tukar Agama..? anak ko esok pun boleh pilih nak agama mana??

      hujah dangkal..manusia jahil murakab! pandai pulak ko tuduh orang Islam Malaysia ekstrim.. tetapi kes memurtadkan umat Islam tak ekstrim??

      ya Allah jauhilah kami dari manusia berfikiran sesat seperti 6.14 ini.. sekarang pun sudah cukup rosak..ditambah lagi golongan pengampu kafir spt ini! apa yang ada pada umat Islam lagi??

      Delete

  3. dalam sebuah negara umat Islam majoriti tiba2 semua hak nak diberi pada orang bukan Islam?
    Kalau kita berada di negara barat seperti Amerika dan Eropah ya kita mesti akur itu negara majoriti bukan Islam.. kita kena berhikmah dan cuba survive dengan kehidupan pentadbiran orang bukan Islam..

    Tapi di Malaysia.. kenapa wujud makhluk macam macai diatas?
    DIa tafsir Islam ikuat kepala lututnya lepas tu buat justifikasi orang Islam Malaysia ekstrim? bahasa kasar KEPALA OTAK kau.. ekstrim apa benda sekarang?

    semua kegiatan yang haram dalam Islam dilakukan oleh bukan Islam dengan mudah tanpa halangan.. dari hal rumah urut, judi, pelacuran, riba, makan rasuah, beri rasuah hingga kepada membina pusat ternakan babi terbesar asia.. semuanya tiada di halang.. malah minum arak mabuk macam binatang langgar mati orang lain.. pun tidak boleh disentuh?? ada makhluk di atas cakap umat Islam ekstrim?



    so?? boleh pergi blah ke Singpork.. takpun thailand..

    ReplyDelete
  4. LRT 3: Pengecilan drastik projek, bukan penjimatan kos tapi menghilangkan separuh spesfikasi asal- MCA

    Jangan kelirukan rakyat, menipu kononnya kos mrt3 'dikurangkan'?

    Siti Norhawa Mohd. Ali

    13 Julai 2018 5:44 PM

    10
    KUALA LUMPUR 13 Julai - MCA menganggap dakwaan kos projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah berjaya dikurangkan sebagai satu bentuk penipuan.

    Senator Datuk Ong Chong Swen
    Ong Chong Swen
    Naib Pengerusi Wanitanya, Senator Datuk Ong Chong Swen berkata, ia sebaliknya merupakan sebuah ‘pengecilan drastik’ projek tersebut dan bukannya penjimatan kos seperti yang diuar-uarkan.


    “Ini jelas dua perkara yang berbeza. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disaran jangan kelirukan rakyat semata-mata untuk ‘masuk bakul angkat sendiri’.

    “Susulan perubahan tersebut, tarikh siap pembinaan LRT3 akan dilanjutkan selama empat tahun, iaitu daripada tahun 2020 kepada 2024,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Kementerian Kewangan semalam mengumumkan projek LRT3 dengan jarak sejauh 37 kilometer dari Johan Setia, Klang ke Bandar Utama, Petaling Jaya akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah, iaitu RM16.63 bilion, berkurangan 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion.

    Berdasarkan laporan BERNAMA, terdapat beberapa langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek LRT3 antaranya mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.

    Selain itu, pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah turut ditangguhkan, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen tersebut manakala pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam juga dibatalkan. - UTUSAN ONLINE



    ReplyDelete
  5. apandi ali, raus, azalina othmab ada guna ayat2 alquran?...please check.

    for sure kalau mereka guna, najib tak samun duit 1MDB.....tak perlu selamatkan malaysia.....malu lagi ada..

    ReplyDelete
  6. 7.59

    bukti mana bodohhh bukti kan dulu..malu malaysia satu dooonia bila fitnah atoookk kau makan diri ... bukti bodohhhh mana bukti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews