pages

Thursday, July 12, 2018

Dari Sekolah Pondok, Tahfiz menjadi Pensyarah di Universiti Oxford



Sekali lagi institusi pengajian Islam yang sudah berakar umbi di tanahair sejak ratusan tahun lama menjadi ‘spotlight’ masyarakat umum Malaysia rentas agama dan etnik, apabila seorang pelajar Tahfiz persendirian menemui ajal atas dakwaan didera oleh pembantu warden sekolah tersebut yang juga merupakan seorang bekas banduan.

Rata-rata masyarakat umum mengkritik dengan penuh emosi. Kita faham, hal melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak kita tidak harus dipandang enteng. 

Lalu ada yang mahu institusi pengajian agama didaftarkan dibawah seliaan JAKIM (agak mengejutkan kerana sesetengah daripada mereka ini, jika diamati, ada yang sering menuduh JAKIM suka mengongkong kehidupan Muslim di Malaysia membuta-tuli), malah ada juga mahu institusi agama yang tidak didaftarkan ini ditutup. 

Umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sudahkah kita lupa tokoh-tokoh hebat yang telah dihasilkan daripada institusi agama seperti sekolah agama tradisi seperti pondok, madrasah dan sekolah tahfiz? Kes-kes yang berlaku walaupun serius sebenarnya agak terpencil. 

Perlukah kita tunduk kepada segelintir daripada pengkritik Islam yang sentiasa bersiap-siaga mahu memburukkan Islam dan Muslim

Tidakkah kita sedar bahawa sistem sekolah agama tradisi seperti sekolah pondok yang kita amalkan sudah beratus tahun lama, modulnya sedang diguna-pakai salah satu universiti tersohor dunia? 

Tahukah kita bahawa Universiti Oxford contohnya juga mengambil pakai sistem pondok dikampus-kampusnya

Hal ini diakui sendiri oleh salah seorang pensyarah universiti tersebut yakni Dr Muhammad Afifi Al-Akiti BA (Queens), MA (Oxon), Mst (Oxon) Dphil (Oxon) sendiri dalam salah satu majlis beberapa tahun lepas di Malaysia. 

Beliau merupakan felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester Oxford. 

“Pengasasan Universiti Oxford contohnya, adalah sebagai sebuah pondok, lebih daripada 900 tahun lalu, kalau di Indonesia, di Kediri contohnya, ada 40 ke 50 sekolah pondok dalam satu-satu bandar, Kediri tu macam Oxford. Kita ada 30 kolej seperti di Universiti Oxford dan tiap-tiap kolej itu mengeluarkan ulama. Tiap-tiap madrasah itu memang mengajar semua subjek. Jadi sehingga hari ini Oxford sememangnya tidak pernah melupakan asal usul…” 

Malah terdapat beberapa ciri yang diamalkan di pondok-pondok seluruh Nusantara yang masih boleh dilihat diamalkan di Universiti Oxford, kata pemikir yang telah mengeluarkan satu fatwa berkenaan ‘Suicide Bomber’ pada tahun 2005, bertajuk ‘Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civillians’ yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama dunia dan mendapat perhatian dan pujian para akademik dan aktivis yang cintakan kedamaian di seluruh pelusuk dunia. 

Sehingga ke hari ini Universiti Oxford masih mengamalkan bacaan doa sebelum makan dalam satu-satu majlis makan, pemakaian jubah tradisi ilmuan Andalusia, pemakaian Turban ala Mushab Al-Quran, ikrar dengan Guru, sistem tutorial atau Talaqi, sistem Irshad dan Taqdi, sesi Bahas memperkasakan mantik, Istiqlal bebas daripada politik kepartian dan didanai dengan sistem Waqaf untuk kekal bebas daripada mana-mana pengaruh. 

Kalau kita tengok, moto Universiti Oxford sendiri berasal daripada kitab samawi yang berbunyi, ‘Ya Tuhan Kami, Tambahkan Ilmu Kami’. 

Universiti Sekular yang terkenal di dunia menggunakan moto daripada kitab samawi, Alhamdullilah” katanya pada satu majlis Itjima Pondok Malaysia pada tahun 2014.

9 comments:

  1. mamat mana ari tu nak tutup tahfiz tu, dia masuk ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat tu otak sikit....

      Delete
    2. Shabas! Tapi dari statistik berapa yg sebegini?

      Delete
    3. negative thinking. ramai islam hanya pada nama. Islam ni macam musuh dia. dicarinya apa saja kelemahan org Islam. tujuannya nk kondem. sebab. iblis dah berjaya hasut org mcm ni. kesian tengok org sewel ckp pada org lain sewel. so stupid. my advice, simpan sikit bebal tu. bila bebal komen, ramai bebal lain pulak tumpang sekaki. yele, bebal ka ramai dalam msia ni. buat persatuan le. persatuan bebal msia @ perbebal.

      Delete
  2. Sekolah tahfiz wajar dibebaskn dari budaya arab..berapa peratus pelajar tahfiz nii berjaya dalam pekerjaan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, setakat ni belum pernah dengar lulusan sekolah tahfiz yang jadi gelandangan.

      Seorang pelajar saya berjaya lulus SPM dengan gred 1, 24 aggregat (ini sistem SPM dulu) walaupun semasa dia berada di Tingkatan 5, dia belum fasih berbahasa Melayu dan langsung tidak faham bahasa Inggeris. Sebagai guru bahasa Inggeris, saya rasa panik pada mulanya. Saya siasat macamana dia boleh tak reti BM dan BI. Rupa-rupanya dia lahir dan bersekolah rendah di Mekah. Di sana mmg BI langsung tak diajar di sekolah rendah. Tp pelajar ni seorang hafiz. Berdasarkan pengalaman saya, seorang yg ada quran di dada, mereka mudah menyerap ilmu dan murah rezeki. Benar telahan saya. Dalam SPM, dia lulus kertas BI walaupun tidak kredit tapi lulus!

      Selepas SPM, dia tak mahu masuk Universiti. Dia dapat kerja dgn sebuah agensi pelancongan sebagai pemandu pelancong ke Timur Tengah. Memang murah rezeki. 2 tahun selepas SPM, dia datang jumpa saya bawa kad jemputan kawin (dia jadi menantu tokey agensi pelancongan tu). Dan dia bertutur dgn saya dalam bahasa Inggeris! Katanya, dia picked up from his conversation with foreign tourists.

      I'm so proud of him. Ini hanyalah satu daripada ramai lagi pelajar saya yang hafiz dan hafizah, yang kini telah cemerlang dalam kerjaya masing2.

      Yakinlah tuan, Allah tidak akan sekali-kali mensia-siakan orang yang menghafal al-quran dan beramal dengan ajaran daripadanya.

      Delete
    2. bebaskan sekolah tahfiz dari budaya arab yang diiktiraf oleh syarak? sebab apa? mengapa tak suruh sekolah tamil bebaskan budaya india, sekolah cina bebaskan budaya cina, sekolah kristian bebaskan budaya kristian. hampir 100% ada pekerjaan, and ramai yang sukses. kepada yg nk hentam islam tu, my advice; macam anjing menyalak bukit. baru lepas minum todi ke, tiba2 bebaskan budaya arab dari tahfiz. anjing tak bodoh macam ko, aku rasa le

      Delete
    3. so stupid. very funny. I think you just a lousy badass. I have been in US so many times. Muslims school can practice so called 'budaya arab' with full freedom. tiba2 ada mangkuk hayun di msia, yg macam katak bawah tempurung, berkata; sesungguhnya, Sekolah tahfiz wajar dibebaskn dari budaya arab. kelakar weii. keep your stupidity on your own. dont reveal it. kesian dok bawah tempurung, tiba2 rasa dah moden sebab ada henpon dan komputer. most people like you are always third class minded

      Delete
  3. Saya kenal ramai pelajar tahfiz. kawan2 saya ada sekolah tahfiz. setakat ni takde dari sekolah tahfiz yang papa kedana. ramai juga yang buat bisnes, ada yang jadi ustaz. memang ada kualiti depa ni, dan kadar jenayah dikalangan depa ni hampir sifar. kualiti ini yg kita perlukan. bagi yang yakin dengan kapir, memang apa saja yang ada kaintan dengan Islam, akan dikutuk dan condemn. biasa le tu. macam anjing menyalak bukit. standard tu le melayu yg anti islam ni. apa sangat le anjing tahap tu. berak pun tak reti nk basuh. lg mau sembang pasal Islam. sekolah tahfiz ni tidak terbuka kepada kapir. hanya untuk Islam sahaja. so biar aje org islam setelkan hal ni. yg bukan islam, korang jaga sekolah cina kristian masing2. tak payah le sibuk bising2 mcm anjing menyalak bukit. kita tak heran pun korang menyalak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com