pages

Tuesday, July 3, 2018

DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
3 Julai 2018 | 19 Syawal 1439

DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH

1.     Kuasa politik DAP yang sentiasa mahu pihak lain tunduk serta mengikut telunjuk parti itu semakin ketara pasca PRU14. Sikap berkeras DAP menuntut jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak hingga memaksa Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menarik diri mengesahkan cengkaman itu.

2.     Biarpun bernama Parti Tindakan Demokratik, sebaliknya wajah sebenar DAP adalah sering bertindak secara tidak demokratik. Jika selama ini mereka membayangi di belakang pihak-pihak tertentu yang diperalat atau dibonekakan, namun dengan kedudukan politik dimiliki, DAP menjadi semakin angkuh.

3.     DAP telah menggenggam erat PAN, kemudian mengikat PPBM dengan menundukkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah saling berseteru, sekarang cuba memaksa PKR. Tidak cukup dengan 'menguasai' lima kerusi Exco Kerajaan Perak, mereka juga menghambur ketidakpuasan hati terhadap jumlah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

4.     Kerakusan DAP itu semakin ketara bila tetap membolot jawatan Yang Dipertua Dun Perak dan ianya layak dibaca sebagai usaha penguasaan DAP ke atas PH itu sendiri. Rakyat harus memerhati dan menilai perkembangan-perkembangan ini secara kritikal serta mengenali DAP dengan sebenar-sebenarnya.

5.     PKR dan PPBM serta seluruh ahli politik khususnya diingat agar mempunyai pendirian jelas dan tegas serta pertimbangan utuh terhadap kepentingan rakyat dan negara. Jangan kerana kepentingan politik, robekan dan gugatan yang dilakukan secara halus mahupun terang-terangan ini dibiarkan secara lewa.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"Sedia Memerintah"

YB MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

3 comments:

  1. Tumpang sekaki ke lebai pas? Masa bincang hari tu kau jual mahal.

    ReplyDelete
  2. Melayu PH adalah melayu BANGSAT.

    ReplyDelete
  3. Samalah dengan mak pak engkau sekali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com