pages

Tuesday, July 3, 2018

[DAP KENA BELAJAR ASAL USUL] Kenapa ULTRA KIASU seorang itu TIDAK LAYAK jadi menteri




Mengulas mengenai kabinet penuh baharu kerajaan Malaysia, saya fikir PM telah berfikir sedalam-dalam dengan penuh hikmah demi kepentingan rakyat dan negara. Jika tidak masakan begitu lama masa diambil untuk memenuhkan kabinet tersebut.

Apabila barisan kabinet diumumkan, orang lain tidak bising, tidak semena-mena pemuda ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Tidak perlulah pemuda ultra kiasu bising. Dah diberi betis nak peha. Ini yang dikatakan kaduk dah naik junjung. Inilah jugak makna ultra kiasu iaitu sangat tidak mahu kalah dan mahu menang sentiasa.

Cuba tanya PM kenapa beberapa calon ultra kiasu yang dikemukakan tidak terpilih. Saya jawab mudah, mereka terlalu rasis, langsung tidak faham cara hidup dan sensitiviti orang Melayu. Meneliti ucapan-ucapan pemimpin yang dicadangkan itu, ternyata ucapannya amat bahaya dalam politik Malaysia.

Kalaulah pemimpin Melayu, terutama UMNO, yang berucap sedemikian rupa, sudah tentu heboh satu dunia. Akan dikutuk habis-habis sehingga tidak muat tempayan.

Begitu juga, cuba teliti ucapan bagaimana ultra kiasu tersebut mengutuk PM dalam bahasa Cina sebelum kempen PRU 14. Saya yang Cina pun tidak boleh terima. Apabila ditularkan ucapan tersebut, masih tidak ada lagi rasa bersalah ultra kiasu ini.

Saya harap ultra kiasu dan kepimpinan mereka, pergilah belajar serba sedikit adat budaya Melayu dan bahasa Melayu. Ingatlah! Negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Suka atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu asal usul negara ini dan tuan asal bumi bertuah ini.

Saya fikir barisan kabinet tersebut sudah terlalu adil. Mengambil kira formula populasi penduduk negara ini bukannya ikut jumlah kerusi yang dimenangi.

Tidak bermakna, ultra kiasu dapat kerusi kedua terbanyak maka barisan kabinet mesti juga kedua terbanyak. Cuba campurkan keseluruhan kerusi Melayu, termasuk kerusi yang dimenangi oleh Pas, Umno dan Warisan. Jadi, itulah hakikat sebenar wakil kerusi kabinet.

Jika formula ini tidak faham, tidak perlulah komen lebih-lebih. Komen ini hanya akan menyakiti hati Melayu. Ingat, Melayu sudah terlalu banyak sangat terluka dengan sifat ultra kiasu parti ini.

Memberikan jawatan Menteri Kewangan kepada ultra kiasu adalah satu anugerah yang sangat besar ertinya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, kecuali selepas negara mencapai kemerdekaan 1957-1959 kepada Lee Hau Shik (HS Lee), dan ketika 1959-1974, kepada Tan Siew Sin.

Bayangkan besarnya kepercayaan Melayu kepada orang Cina menjaga kewangan negara. Masih tidak bersyukur lagi?

Barisan kabinet tersebut begitu mencermin wajah sebenar lanskap politik negara tercinta ini, mewakili 68% bumiputera dan 32% bukan bumiputera.

Daripada 49 Menteri dan Timbalan, 31 Melayu (mewakili 64%) dan 18 bukan Melayu (mewakili 32% bukan Melayu).

Bumiputera mewakili 17 daripada 27 Menteri. 15 daripada 23 Timbalan Menteri. Jika diperincikan mengikut pecahan bangsa, Cina, 5 Menteri, 7 Timbalan. India 2 Menteri, 1 Timbalan. Seterusnya diikuti, 1 Menteri Singh (India), 1 Dayak dan 1 Kadazan (bumiputera).

Barisan kabinet ini jauh lebih “adil” daripada kabinet terdahulu. Bersyukurlah dengan nikmat ini sebelum ia ditarik balik. Jika terlalu ultra kiasu, tidak mustahil nikmat ini ditarik balik.

Sebagai orang Cina, dengan kelebihan kuota Cina dalam kabinet berbanding dahulu, dah lama saya buat kenduri pulut kuning, nasi kunyit. Nak bagi tahu ultra kiasu perlunya kita faham adat dan budaya Melayu.

oleh:

1 comment:

  1. Tahniah Sinar Harian!

    Akhirnya kita dapat lihat pecahan ahli kabinet mengikut parti.

    Semalam bila Dapsy tu ckap Tun tidak menghormati kedudukan parti2 komponen PH mengikut sumbangan jumlah kerusi MP, saya tertanya2 juga... betul ke Tun buat gitu?

    Sekarang dah jelas, memang dah adil.

    Agaknya si Dapsy tu tak pandang kedudukan jawatan Timbalan Menteri. Yg mereka nak ialah jawatan Menteri. Tapi, bagi saya, dengan Ultra Kiasu ni, kalau bagi jawatan menteri pun tapi tak kena dengan kementerian yg mereka nak, mereka akan buat bising juga... dah memang sifat ultra kiasu. Mereka nak dictate, kita ni mereka nak sekadar kow town jerr.

    Sori laah wahai ultra kiasu weh... no can do!

    Nak kami tukar nama negara ni kepada Persekutuan Tanah Melayu semula ker? Alang2 Sabah & Sarawak duk asyik nak kuasa autonomi, baik tukar nama kepada asal jerr.

    Kalau Soviet Union boleh hilang dari peta dunia, kita juga boleh kembalikan Persekutuan Tanah Melayu ke peta dunia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews