pages

Wednesday, July 11, 2018

DAP BERJAYA buka 7 cawangan lagi di Kelantan, Sek GEDEBE Klate Pah Mano Blako?




KOTA BHARU, 11 Julai (Bernama) -- DAP membuka tujuh lagi cawangan parti itu di Kelantan dalam usaha melebarkan sayap di negeri yang dikuasai PAS sejak 28 tahun lalu.

Pengerusi DAP Kelantan Chua Chin Hui berkata cawangan tersebut ialah Pengkalan Chepa dan Suara Muda di sini, Kampung Balai (Bachok), Kampung Lemal (Pasir Mas), Tumpat, Kuala Krai dan Machang.

Beliau berkata sebelum ini DAP mempunyai cawangan di Kampung Gajah Mati dan Jalan Kebun Sultan di sini, tetapi kurang aktif.

Jumlah keanggotaan juga dijangka bertambah daripada 200 kepada 700 orang selepas pembukaan cawangan baharu itu, katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan  Aidilfitri DAP Kelantan di sini, malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Chua berkata DAP sudah lama bertapak di negeri ini, malah pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Garong (sekarang DUN Kota Lama) tetapi keadaan politik semasa sebelum ini menyebabkan DAP tenggelam.

"Namun dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) diharap DAP dapat kembali aktif dan bersama-sama parti dalam PH merampas Kelantan daripada PAS," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai PH yang telah melepasi hari ke-60 sebagai kerajaan Persekutuan, Kit Siang berkata pihaknya tidak akan menganggapnya sebagai tempoh 'berbulan madu' malah akan terus melaksanakan janji dan bekerja kuat untuk rakyat.

-- BERNAMA

5 comments:

  1. Sek gedebe klate mampus isap pil kudo blako. Sek 3 line ke 15 line ke semua mabuk kudo dan kerja dgn ceti cina. Tak blh harap langsung. Semua mampus dgn kapir

    ReplyDelete
  2. Mula tapak pastu tendang

    ReplyDelete

  3. Tak apa, PRU 15 ini BN tak bertanding di Kelantan, dan kita harap semua penyokong2 UMNO akan undi calon PAS.

    ReplyDelete
  4. Mula tapak pastu tendang

    ReplyDelete
  5. Mula tapak pastu tendang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com