pages

Monday, July 9, 2018

(CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH


BANGI, 25 Syawal 1439H, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyifatkan kenyataan aktivis Pakatan Harapan (PH), Fadiah Nadwa Fikri memperlekehkan institusi diraja di negara ini sebagai satu dakyah liberalisme yang beriman kepada negara republik.
Menyifatkan peguam itu tidak memahami sejarah negara dan pembentukan Malaysia, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Fadiah juga adalah cubaan menanam kebencian rakyat terhadap raja.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan aktivis PH itu yang mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.
Fadiah berkata, meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu pemikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin menegaskan, menghormati raja bukan bermakna meletakkan mereka di kelas yang lain.
Malah, katanya, Islam juga mengajar umatnya untuk menghormati orang tua, pemimpin, orang berilmu, apatah lagi raja.
“Ini tidak bertentangan dengan Islam. Zaman khalifah dulu pun ada penghormatan sedemikian dan ia dianggap akhlak yang baik.
“Malah, bukan Malaysia saja ada raja tapi Jepun, England, Sepanyol, Arab Saudi dan lain-lain negara Arab. Sehingga kini masih relevan dan ada yang lebih maju daripada banyak negara-negara yang tidak beraja.
“Negara yang tidak beraja juga bukan tiada masalah, malah ada yang lebih teruk dari segi akhlak, sosial dan lain-lain seperti Amerika Syarikat dan lain-lain,” katanya.
Beliau menegaskan, mempertahankan institusi raja bukanlah bersifat peribadi walaupun ada kelemahan.
“Itu kita harap raja-raja boleh baiki, tetapi yang penting institusi sebagai lambang raja berperlembagaan yang diamanahkan untuk menjaga agama dan bangsa Melayu,” katanya.

10 comments:

  1. Melayu kondem melayu..
    Lawyer ni dari mana..?musytari ke..?

    Jari tgh utk lawyer acah moden ni..

    ReplyDelete
  2. Sajat berazam dpt ank tahun nii..takde plk pihak2 berwajib ambil tindakkn..pedang sama pedang dap untung...?????

    ReplyDelete
  3. Dari isu tutup sekolah tahfiz.. isu lgbt.. kini timbul pula isu sistem beraja sudah kuno..!!

    Ini bukan harapan baru yg kita nak..!

    Kita nak harapan baru yg selaras dgn tuntutan islam dan sentiasa memelihara kedaulatan raja2 dan bangsa melayu demi malaysia makmur..!

    Bukan hapus sana hapus sini.. kuno sana kuno sini.. lgbt sana lgbt sini.. akhirnya melayu hilang di bumi sendiri..! Islam hanya pada nama sahaja..! Ohhh tidak..!!!

    ReplyDelete
  4. mana mopti mopti penceramah bebas dan penceramah tak bebas skg.. suma masuk gua...

    kah kah kah kah dolu dah cakap hukum pluralisma.. liberalisma.. langung tak di endahkan lansung tak diketengahkan... asyik asyik sial jawab bab hukum melancap dalam islam

    dolu dolu kalau berceramah siap nyanyi... lawak lawak.. geli geli .. nak.kawin 4 sambil nyanyi lawak lawak lagi...

    skg ni suma jadi mangang.. syiah .. ahmadiah dah depan mata mopti ulamak penceramab bebas dan yak bebas lansung tak bonyi lagi... klu bonyi banyak tak masyukkkkkk jawabnya.....

    ReplyDelete
  5. Aku rasa la
    .raja beraja ni dh tk main dah..sekarang kita mesti balik ke zaman kuno..zaman kebebasan..bebas utk buat apa saja..balik ke zan batu..cuma zaman batu tkder kondom jew..tukar2 bini pun boleh..bini aku ko ambik mlm ni..bini ko bagi aku la mlm ni..jemu la bertahun2 mkn ayam kampung..nk mkn ayam pekan plk..
    Tk salah kata menteri ugama ph..janji suka sama suka..di buat tampa org nampak..dalam rumah..urusan peribadii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulamak mopti dan penceramah bebas dan tak bebas ni yg paling suka kot urusan peribadi dosa oeribadi janji ceramah masyukkkksbb suma dah haramjadah jadi setan bisu...

      Delete
  6. skg baru rakyat penceramah agama bebas dan tak bebas serta alim ulama moti mopti yg cakap pasal islam semua bacul belaka... jadi setan bisu...!!

    ceramah geli geli lawak lawak bodoh.. nyanyi nyanyi dah bole tutup buku dah bacul haramjadah...!!

    ReplyDelete
  7. Budak ini belum kena buku dengan ruas..

    ReplyDelete

  8. Mari kita buat analisa mudah berkaitan dengan Semenanjung saja.

    Jumlah pengundi Melayu hampir 7 juta

    Jumlah undi BN adalah lebih dp 3 juta 99 peratus Melayu

    Jumlah undi PAS lebih daripada 2 juta

    Jadi jumlah undi Melayu dalam PH hanya satu juta lebih saja.

    So bagaimana mungkin kumpulan Melayu yang kecil dalam PH cuba memberi pandangan kepada kumpulan Melayu yang lebih besar dalam UMNO dan PAS berkaitan hak2 Bumiputra.

    ReplyDelete
  9. buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolok kan
    Budak loyar tu baru nak belajar
    nanti dia tahu dia di mainkan…

    hidup melayu hidup islam hidup institusi raja berpelembagaan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews