pages

Friday, July 13, 2018

[BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?


KUALA LUMPUR: Sampai masanya umat Melayu Muslim daripada mana-mana parti pun untuk bangun dan bersama mempertahankan Islam yang kini sedang dicabar serta cuba dirombak.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik berkata, umat Islam khususnya di negara ini sedang berdepan dengan cabaran besar yang boleh merombak keteguhan akidah mereka.
"Yang tidur sila bangun. Yang lalai sila duduk sejenak memikir agama dan negara serta nasib bangsa. Yang tertipu selama ini, sila sedar kembali dan berbuat sesuatu membetulkan persepsi dan tanggapan terhadap Islam.
"Perlu diingat, jangan lagi bermain dengan kata-kata indah yang sebenarnya racun kepada agama ini. Semua perkara yang berkaitan dengan Islam sedang cuba dicantas dan dinyahkan.
"Institusi raja, institusi pendidikan agama, institusi pentadbiran Islam dan berbagai lagi sedang dicabar," ujarnya membangunkan motivasi.
Senarai beliau, kini terdapat usaha terancang termasuk dilihat memperalatkan orang Islam sendiri seperti gesaan untuk memansuhkan sekolah-sekolah tahfiz.
Begitu juga mutakhir ini nyatakan, sikap pihak tertentu memperlekeh dan mencabar institusi diraja yang menjadi penaung kepada agama Islam di negara ini.
Bahkan lagi katanya, suara-suara sumbang mahu mengiktiraf LGBT, mempertikai solat Jumaat dan meremehkan Bahasa Kebangsaan hingga mensasarkan negeri tertentu sebagai negeri Kristian.
"Masih adakah Melayu Islam yang bersekongkol atas nama kebebasan hak? Sedangkan dalam masa yang sama hak-hak Islam dan hak-hak kita sedang dikelar-kelar dan dihiris.
"Tidak terasa pedihkah hati kamu wahai saudara-saudaraku seagama? Saya menyeru semua insan yang bernama Muslim. Tidak kira apa bangsa anda dan apa parti anda, ayuh kita pertahankan agama ini," seru beliau yang juga Ketua Ulamak PAS Negeri Pahang.  - HARAKAHDAILY 11/7/2018

23 comments:

  1. Fikah kirim salam dia minta belanja gambar baru. Jangan pegang dengan jari cenekang nanti orang tau.

    ReplyDelete
  2. ustaz mokhtar

    open up your mind

    Apandi Ali AG muslim....beramanahkah? Apandi would almost have ruined the nation, had it not been for the fact that a new government was elected

    Raus CJ muslim....perlembagaan dah kata tak boleh masih mahu jawatan atas kuasa najib....beamanahkah?

    Azalina Ali menteri undang2 (male or female, lgbt???) muslim.... apa contribution...beramanahkah?

    i am a malay dan muslim. i hidup beragama berealiti berfakta dan berkebenaran. pegangan ku prinsip di atas inrerplay with rukun islam dan iman...insyaAllah jauhi diriku dari superficiality dan hypocrisy....

    ReplyDelete
  3. benarlah kata bijak pandai

    sekali dibangsatkan terus sesat

    sekali disogokkan terus bisu pekak dan buta

    agama diperkudakan untuk tarik perhatian

    maka bercelaru lah insan melayu beragama islam....sedih

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. MARILAH KITA BANGKIT ATAS NAMA MELAYU ISLAM, LUPAKAN PARTI POLITIK, LUPAKAN PKR, PPBM, PAS, UMNO, AMANAH.... JOM KITA KALAHKAN PH PADA PRU15, KITA BAGI KESEDARAN KEPADA MEREKA YG RASA ANGKUH ATAS KEMENANGAN KAFIR DENGAN MEMPERKUDAKAN PARTI2 ORANG MELAYU

    ReplyDelete
  5. BANGKIT BANGKIT, ISLAM BANGKIT, BANGKIT BANGKIT MELAYU BANGKIT, BANGKIT BANGKIT RAJA MELAYU BANGKIT, BANGKIT BANGKIT

    ReplyDelete
  6. "Institusi raja, institusi pendidikan agama, institusi pentadbiran Islam dan berbagai lagi sedang dicabar,"

    Sokong 100%!!!

    Seluruh masyarakat dunia dah tahu najib adalah penyamun, penipu dan korup!!! Tetapi 60% melayu isle undi dan sokong parti pas dan umno najib!!!

    Syabas dan Tahniah kepada melayu isle yg tidak mampu faham asas2 sebagai seorang manusia dan tidak faham undang2.

    Melayu umpama rumah yg usang, bocor sana sini, dinding dah tak der, haiwan pun sama2 menginap, tak per, asalkan boleh lelap mata ini, kais pagi makan pagi, biar hidup menderita, asalkan pemimpin2 dan macai2nya yg bercakap seperti guruh petir halilintar hidup bahagia.....

    ReplyDelete
  7. penyamun pencuri mereka menjerit jerit keriangan... bila di minta bukti dan fakta mereka berkata lagi..

    .." kami tak ada bukti bukti lagi..."

    kami cuma " hearsay" saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya najib di seret ke mahkamah dengan bling2 kelip2 kamera tu makan angin, saje je nak berkenalan dengan hakim gitu?

      Delete
  8. "Tidak terasa pedihkah hati kamu wahai saudara-saudaraku seagama? Saya menyeru semua insan yang bernama Muslim. Tidak kira apa bangsa anda dan apa parti anda, ayuh kita pertahankan agama
    ini,"

    Sokong 100%

    Ini adalah kerana pemimpin2 PAS,yg punyai bini2, kereta mewah, rumah
    mewah, yg mempunyai kredibiliti,intergriti mengakui dan amat berpuashati penerangan Arul Kanda berhubung skandal 1mdb.

    Jangan pula kita lupa suara audio nik abduh yg pada mulanya tidak mahu mengakui, selepas berada di hadapan hakim omputih di london menikus mengaku.

    Inilah isle melayu pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saman la nik abduh tak oayah fitnah dan tuduh tuduh ngokkk..!

      yg reality... fitnah dulu baru terkial cari bukti.. tuduh dulu skg terkialcari fakta.. fitnah jijik dulu pas tu kata kami bergurau ajer.. tuduh dan fitnah pastu minta maaf... tuduh bunuh dulu pastu baru cari pembunuh.. yg pelik syuhada jalil ibrahim dlm kes BMf smpi skg pembunuh bebas dan kaya raya bersama kroni dan anak anak...

      Delete
    2. Dah masuk mahkamah macai oiii....nak saman apa lagi?

      Delete
  9. Bila agama dan bangsa dijadikan alat politik, beginilah jadinya.

    Tan Sri Zainuddin Maidin bukannya membenci tahfiz, beliau mencadangkan pembaharuan dalam bidan pendidikan untuk Malaysia yang ldbih bersatu dan membangkitkan permasalahan dalam pendidikan tahfiz swasta ketika ini.

    Apa yang beliau cakap itu memang benar, banyak masalah di sekolah tahfiz, u keganasan, isu keselamatan, malahan isu seks songsang berlaku di sekolah tahfiz, malah ada pelaku kegiatan itu adalah ustaz yang mengajar di tahfiz, apa ini semua?

    Perkara inilah yang dibangkitkan oleh Tan Sri Zainuddin, tapi orang yang tak reti nak faham isu ni tuduh beliau penentang agama pula, ditambah golongan ustaz batu api yanv suka ambil kesempatan untuk mensensasikan diri.

    Begitu juga Tan Sri A Kadir Jasin yang dimaki hamun dengan pelbagai cercaan, dituduh penderhaka, dituduh sebagai pengkhianat, sedangkan beliau menerangkan mengenai perbelanjaan Istana Negara yang lebih suku bilion ringgit.

    Apakah orang yang memaki Datuk A Kadir Jasin itu tidak feti untjk berfikir akan betapa banyaknya wang negara untuk perbelanjaan Istana Negara sedangkan ramai rakyat masih miskin dan berhempas pulas cari rezeki untuk bagi makan minum kepada keluarga?

    Ini bukan soal derhaka atau khianat, tapi dimanakah integriti, di manakah tadbir urus wang negara, cekapkah pengurusan wang negara dengan berbelanja begitu besar sedemikian rupa?

    Lihat kepada isu, bukannya bersentimen tanpa berfikir. Tiada Tan Sri Zainuddin Maidin bukannya menentang agama, Datuk A Kadir Jasin bukannya nak hapuskan institusi beraja, tapi pengurusan kena betul, kalau buat suka hati, tentu orang akan pertikai pasai apa tak munasabah, jangan salah orang yang kritik, yang kena kritik tu patut cermin diri apa yang dia telah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke zam suruh tutup tahfiz ke? Ko baca ke tidak tulisan dia kt blog? Dia pukul rata..semua tahfiz mesti tutup. Yg terurus mahupun yg tidak terurus dgn baik. Dia nampak kuman seberang laut, gajah dpn mata, buat2 x nmpak.

      Delete
  10. Tahalulsiyasi telah menyebabkan sokongan tsunami Cina kepada DAP.
    Keengganan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO juga boleh menyebabkan keruntuhan Islam.
    Kerana kebenvian melampau Dan bukan kerana Islam
    Bilakah ahli PAS nak sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal...ahli sendiri pun jd pening..tp bukan salah pas shj..yg lain pun menyumbang jgk.

      Delete
  11. Patutnya pendidikan tahfiz dimasukkan dalam kurikulum sekolah untuk sesi petang, buat dari peringkat sekolah rendah berdasarkan tahap, insya Allah, pendidikan ugama anak-anak sekolah akan lebih baik.

    Pada sebelah pagi, belajar sekolah umum, sebelah petang wujudkan kelas agama berdasarkan kurikulum tahfiz pula.

    Maka kita perlu sekolah satu aliran, guna bahasa Inggeris sebagai pengantar seperti di Singapura, sekolah aliran lain samada vernakular cina dan tamil serta sekolah agama dimansuhkan kerana pendidikan aliran tahfiz didepadukan dalam kurikulum selepas sekolah umum.

    Masyarakat perlu faham isu ini, kita nak bentuk rakyat yang bersatu dalam pelbagai bangsa sejak kecil, dengan menggunakan bahasa inggeris ebagai pengantar, maka penguasaan bahasa inggeris akan jadi makin baik.

    Ini bukan soal pinggirkan budaya atau mendiskrimiasi pendidikan agam, tapi ini adalah supaya pendidikan negara kita ada sidtem yang tersusun serta teratur dan membentuk kebersamaan antara kaum.

    ReplyDelete
  12. 10.31

    ko klon singapork elok ko berambus ke singapork la... yg haprak super kiasu super kroni super rasis... anak dan kroni menguasai kekayaan Singapork..

    brrambos ke Singapork... bahasa inggris jadi perantara... pantek la...!! berambos ke Singapork .. apa melayu isle boleh buat dlm PH sepatutnya ko yg kens bagitau kjaan PH kami pembangkang yg terys membangkang kjaan boneka Atok ko ..?

    ReplyDelete
  13. "Yang tidur sila bangun. Yang lalai sila duduk sejenak memikir agama dan negara serta nasib bangsa. Yang tertipu selama ini, sila sedar kembali dan berbuat sesuatu membetulkan persepsi dan tanggapan terhadap Islam."

    Sokong 100%

    Ini adalah kerana selama ini kami melayu isle lalai, cuai dan apabila terjaga dari tidur, ropa2nya negara sudah berhutang 1 trillion!!!

    Kami rakyat mohon kepada lobai2 pas agar sudi menyelesaikan hutang negara 1 trillion ini, bukan banyak pun...dalam RM je, bukan dalam rupee india atau rupiah indonesia.

    Harap pak lobai janganlah berkira sangat jika mereka boleh mempunyai bini2 cantik belako, rumah2 mewah,kereta2 mewah dan naik kapalterbang business class.

    Apalah 1 trillion ini kepada lobai pas ye dak?

    ReplyDelete
  14. apa masalah bini cantik lobai kayo rayo klu sumber tak betul mana bukti...?

    jangan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kat mahkamah london

      Delete
  15. apa masalah bini cantik lobai kayo rayo klu sumber tak betul mana bukti...?

    jangan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa di mahkamah london

      Delete
  16. dah jumpa dan saman kes di london..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com