pages

Saturday, July 14, 2018

BIADAP lawan Tun M:Gobind, Kulasegaran Bersungguh Bantah Zakir Naik


Sejak kebelakangan ini, banyak pihak yang tidak henti-henti menyoal pendirian kerajaan Malaysia berkaitan kehadiran berterusan Dr Zakir Naik di Malaysia.

YB Gobind Singh dan Kulasegaran tidak perlu masuk campur urusan dan menyerahkan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kepada kerajaan India kerana beliau tidak melakukan sebarang jenayah dan beliau memegang status Penduduk tetap (PR) yang sah di Malaysia. 

Dr Zakir Naik memegang taraf penduduk tetap sejak enam tahun lalu, iaitu sebelum daripada kewujudan mana-mana alegasi yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak berkuasa India, sememangnya berhak kepada haknya di bawah taraf itu, untuk dilindungi oleh kerajaan Malaysia, selagi Dr Zakir Naik, tidak menyalahi mana-mana syarat taraf kedudukannya dan tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah di Malaysia.

Dr Zakir hanya sekadar menyebarkan agama Islam secara ilmiah melalui ceramah, dialog dan siaran media yang diasaskan olehnya.

YB tidak perlu membuat ekstradisi Dr Zakir Naik ke India kerana beliau telah menjadi mangsa politik perkauman dan keagamaan di India kerana wujud sentimen perselisihan antara penganut Hindu dan Islam di India. 

Kes beliau di India berbentuk halangan ke atas beliau untuk mengamalkan kewajipan dan hak beragama iaitu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Jika Dr Zakir Naik dihukum, hukuman itu adalah berasaskan amalan agama beliau. Ini adalah antara sebab YB perlu mengenepikan ekstradisi. 

Dr Zakir Naik hanya sekadar melaksanakan hak asasi beliau untuk menyampaikan ilmu dan beliau langsung tiada kaitan dengan aktiviti keganasan. 

Penangkapan dan hukuman yang mahu dikenakan ke atas beliau semata-mata kerana melaksanakan hak asasi ini tentunya bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bersuara. 

YB...sebagai seorang peguam, anda telah gagal untuk mengkaji kedudukan sebenar isu ini di sisi undang-undang dan kedudukan kes ini. 

Isu rangkaian telekomunikasi dan Multimedia di Negara ini lebih serius dan perlu diperbaiki jika nak dibandingkan dengan isu Dr Zakir Naik yang tidak ada kena mengena dengan YB

STAY FOCUS YB, RAKYAT SEDANG MEMERHATI. 

AYUB 
SETIAUSAHA BAHAGIAN
PPBM
PUTRAJAYA

9 comments:

  1. Ini juga sandiwara yang perlu dilakonkan untuk kepuasan kepada kaum mereka sendiri.

    Apakah mereka setia kepada Malaysia atau kepada India.

    Apakah mereka mahu ikut rule of jungles atau rule of laws..

    Kalau keterlaluan, apa kata KDN simpan mereka sekejap.

    Adakah atas sebab ZN akan menyebabkan DAP keluar dari PH? No way... Lim guan eng takkan mahu melepaskan jawatannya atas sebab² bodoh dan faktor ZN.

    Tugas parti DAP sekolahkan dua ekor itu. Mereka bukan manusia kalau tak faham keputusan PM.

    ReplyDelete
  2. Inilah padahnya diperintah PH.

    ReplyDelete
  3. Kenapa kau orang sibuk dgn hal negara India? Kau tu menteri di Msia. Kau ada Tun sbg PM. Ikut perintah PM Msia lah

    ReplyDelete
  4. Itu lah warna parti biaDAP yg sebenar yg mana ramai yg tertipu dalam pru lalu kurang ajar,rasis,anti Islam .Dia sendiri lupa dia menumpang di bumi orang Islam .Dey ! Tambi 2 ekor sedar diri sikit.Dapat kerakyatan pun ihsan jus soli orang melayu.

    ReplyDelete
  5. Tahniah le kpd yg mengundi PH.

    ReplyDelete
  6. Cina dgn cara cina, india pula dh mula besar kepala, bila melayu hilang kekuasaan politik kaum lain mula berani mencabar islam dan orang melayu

    ReplyDelete
  7. Asal najib jatuh saja. Melayu mampos pun takpa. Eieke

    ReplyDelete
  8. Salam - Saya nampak gelagat DAP ni mengingatkan saya cerita Datuk saya yang berkhidmat sebagai pegawai Polis semasa Perang Dunia 2, selepas Jepun kalah ramai orang Cina telah jadi Raja seminggu sebelum English datang. Ramai orang Melayu dibunuh kerana dendam pada orang Melayu semasa perintahan Jepun, arwah Datuk tak kecuali, 3 orang Cina untuk menangkapnya di rumah, mereka silap tak tahu arwah adalah guru Silat - habis ditikam pemuda Cina tu. Lantaran kekalahan BN, banyak incident mcm di Kepong berlaku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com