pages

Sunday, July 29, 2018

Benarkah Ajaran Ayah Pin "Tuhan Segala Agama" TIDAK SESAT di sisi PH??

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.
Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat. Asal-usul Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Saksikan video Ayah Pin di bawah, di pertengahan video tersebut terdapat aksi-aksi yang menarik.



Ramai yang keliru dengan Kenyataan Menteri Agama Pakatan Harapan, Mujahid kerana Ayah Pin juga menjaga semua agama iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Saksikan video di bawah.




Kenyataan Menteri Agama Pakatan Harapan di atas telah disanggah oleh Mufti Wilayah Persekutuan

*Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan*

Setelah menekuni perbahasan berkenaan Maqasid Syari’ah dan dharuriyyah Hifz al-Din dari segi makna dan kehendaknya, maka kami berpendapat bahawa Hifz al-Din adalah bermaksud memelihara dan menjaga agama Islam.

Kami bersetuju dengan pandangan Dr. Jasser Auda, pakar rujuk Maqasid Syari’ah kontemporari yang berpandangan, kebebasan beragama tidak termasuk di bawah hifz al-din, tapi termasuk di bawah cakupan ayat ‘لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ dan dibahaskan dibawah siyasah syar’iyyah, tanpa menafikan terdapatnya ijtihad ulama’ kontemporari yang meletakkan kebebasan beragama di bawah hifz al-din.[6]

Konsep kebebasan beragama tsabit dalam Islam melalui pelbagai ayat al-Qur’an, hadith dan sejarah Islam, sepertimana yang telah diputuskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan pemimpin umat Islam apabila mereka melakukan perjanjian dengan penduduk negeri yang telah dibuka seperti perjanjian Saidina Umar dengan penduduk Iliya’. Begitu juga perjanjian Khalid al-Walid dengan penduduk Anat yang telah disebut oleh Abu Yusuf dalam kitabnya al-Kharaj. (Lihat al-Kharaj, hlm. 146)
Tiada berlaku dalam mana-mana tempoh zaman pemerintahan Islam yang memaksa golongan non-Muslim untuk meninggalkan agamanya atau menegah mereka daripada melaksanakan urusan syiar agamanya selagi tidak mengganggu dan memberi ancaman terhadap umat Islam.
Ini menepati apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW berkenaan penduduk Najran. Antara ucapan Baginda SAW ialah:
...عَلَى أَنْ لاَ تُهْدَمَ لَهُمْ بَيْعَةٌ ، وَلاَ يُخْرَجَ لَهُمْ قَسٌّ ، وَلاَ يُفْتَنُوا عَنْ دِينِهِمْ مَا لَمْ يُحْدِثُوا حَدَثًا...
Maksudnya: ..agar tidak diroboh biara mereka, tidak dikeluarkan atau dihalau pendeta dan paderi mereka serta tidak difitnahkan mereka atas agama mereka selama mana mereka tidak melakukan sesuatu yang menggugat keamanan…
Riwayat Abu Daud (3041)
Satu kaedah yang masyhur yang terdapat dalam kaedah umum pada hak golongan bukan Islam yang wajib dihormati dan dipelihara:
لهم ما لنا، وعليهم ما علينا
Dr Muhammad Syahat al-Jundi, Profesor Syariah Islamiah dan anggota Majma' Buhuth al-Azhar berkata: "Semua hak orang bukan Islam sama seperti hak orang Islam. Makanya fuqaha' Islam telah menyebut hak ini dalam kaedah ini iaitu: Bagi mereka sebagaimana yang kita dapat daripada hak dan kebebasan dan ke atas mereka dari kewajipan sebagaimana ke atas kita.”
Kebebasan beragama yang diangkat oleh Islam juga tidaklah bermakna Islam memelihara agama syirik dan kufur, namun kebebasan tersebut adalah bagi memelihara kesatuan masyarakat berbilang agama dan bangsa, sebagaimana yang amat ditekankan oleh konsep fiqh at-ta’ayush as-silmiy.

Kebebasan beragama dan menghormati hak penganut agama lain pula tidaklah bermakna memberikan layanan sama rata kepada setiap agama. Keadilan bererti memberikan hak kepada yang berhak dan pada kadar yang tepat. Kata Syeikh ‘Abdul Qadir ‘Audah, jika persamaan semuanya di antara yang bersamaan maka ia adalah keadilan. Sebaliknya, jika persamaan semuanya di antara yang berkhilaf dalam akidah maka ia adalah kezaliman yang melampau. (Lihat al-Tasyri’ al-Jina’i fi al-Islam, 1/332)

Berdasarkan perbahasan para ulama’ juga, kami berpandangan pemeliharaan kebebasan beragama boleh dianggap secara tidak langsung sebagai wasilah untuk mencapai maqasid memelihara kesucian, keagungan dan kehormatan agama Islam. Agama Islam dipandang mulia apabila ia meraikan kebebasan beragama, dan suasana kebebasan beragama yang harmonis juga akan memberi persepsi yang positif dalam kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam.
Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
*SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri*
*Mufti Wilayah Persekutuan*
*13 Zulkaedah 1439H bersamaa 26 Julai 2018*

17 comments:

  1. Tak salah kita lantik syiah jadi pemimpin..berbangga lah menteri kita ramai yg syiah..amenn

    ReplyDelete
  2. Putar belit akhirnya diri sendiri terbelit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kau dibelit oleh taik.

      Delete
  3. Biar betull nii Cg..kenapa plk delete komen..

    ReplyDelete
  4. ted manoff sedih komen kena delete, hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab komen ko komen taik..hihihi

      Delete
  5. dalam PH sekarang menteri2 ni liberal, ada yg syiah, yg jahil agama mcm tun M, berapa kerat je yg ok

    ReplyDelete
  6. ted taik kuat mkn taik ayah pin.

    ReplyDelete
  7. Alahai CG, komen takder maki hamun pon, bukan seperti macai2 al harami tu

    ReplyDelete
  8. Menteri pon tk reti agama mcm mana boleh jd menteri, ayah pin lagi bagus mat salleh pon jd pengikut dia walau tk lulus spm pon

    ReplyDelete
  9. Menteri agama ni... tergolong dlm agamawan yg dibayar upah oleh pemerintah. Jadi paham2 ajelah.

    ReplyDelete
  10. Mujahil mujahat mujangan mujanda mujondol mujadi babi

    ReplyDelete
  11. Cg,ted ni sbnr nk tutup periuk nasi..bertenggek kat cg siang mlm dgn komen provoke spya orng meluat dgn dia so takdalah ramai ilmiah nk komen melainkan komen amarah..dia ni sbnar parasit secara perlahan2 jatuhkan rating cg....lg pun topic cg adalah untuk kita lawan fakta cg kalau tak betul..M O ted ialah menenggelamkan ilmiah dgn menjadikan dia sbgai sasaran untuk mengalihkan fakta sebenar tentang isu kerajaan ph..lg pun cg bukanya tulis atikel dlm blog ni..takkan cg tak perasan dia letak pasir dlm periuk cg..salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu Ted ni mcm ada niat tk elok je, atau mmg dia dpt upah utk serang blog CG, psywar PH mmg di Upah utk serang blog2 muslim, diaorg ada siri perjumpaan dgn Tun M

      Delete
    2. Satu jer cara nk ajar orng yg curah pasir dln periuk nasi orng lain,tak yah layan komen dia sbb komen dia hanya recyle cerita 10 tahun lepas..cg ketengahkan isu 2018,biar dia komen sorang2..kalau dia ada fakta dia akan jawab dgn fakta terkini..bkn recyle kemudian carut lpas tu diam ala gurkha..

      Delete
  12. Nah selain ayahpin, ada tuhan harun, tuhan kutty, tuhan pekong dll sekarang ada pula ayah mujahid.

    Wow hebat ajaran puak pee.eh ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com