pages

Sunday, July 8, 2018

‘Bantah pusat hiburan, pelacuran bukan sekolah tahfiz’


24 Syawal 1439H, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya membantu memperbaiki kelemahan sekolah tahfiz, bukannya menggesa supaya ditutup. 
Katanya, sebagai orang Islam, bekas Menteri Penerangan itu perlu menyokong perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam. 
“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.
Zainuddin dalam blognya semalam, mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.
Zainuddin juga mahu Mujahid mencegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai pakaian seragam.
Mengulas lanjut Shukri berkata, Zainuddin tidak seharusnya menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan yang tidak jelas, sebaliknya memandang penubuhan institusi itu sebagai satu tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu kifayah.
“Jika dia mempersoalkan penubuhan institusi tersebut tidak memberi masa depan kepada generasi baharu Islam, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab memperbaiki kelemahannya dan membawa pendekatan supaya institusi ini mempunyai hala tujunya?” katanya.

6 comments:

  1. Sebahgian pusat tahfiz yg uzur wajar ditutup dan dimodenkan mengikut peredaran masa..sistem pelajaran wajar dipantau dan jgn terlalu tekankn budaya arab semata-mata..pakaian juga wajar diubah agar sedap mata memandang..pusat tahfiz yg slh guna pelajar utk kutipan derma juga wajar dikenakn tindakkn..jika terlalu byk pusat tahfiz elok ditutup separuh agar pihak berwajib boleh memantau dgn mudah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Partly betul..pasal pakaian jubah tu berlapang dadalah..kat mana yg xsedap mata memandangnya? Sebab tutp aurat ke yg jd xsedap nk pandang tu?

      Delete
  2. kalau tutup cukai macamna,hutang negara dah lionking nie,smpai bila nk menabung..

    ReplyDelete
  3. Alangkah baiknya jika jurusan sains dan teknologi diterapkan dalam matapelajaran utama sekolah tahfiz?

    ReplyDelete
  4. Nak modenkan kenapa nak tutup, bantula.. Tutup sekolah cina dan tamil tu dulu, buat semak je

    ReplyDelete
  5. Betul apa kata Mufti .tak salah sistem pembelajaran serta pelajar pondok. Ini bilaorang tak suka ideologi parti kita . Tak sealiran nak dimusnah .mana Akai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews