SILA KLIK

pages

Monday, July 30, 2018

[ANALISA POLITIK] Jika PAS-BN bergabung PRU14, PH tak merasa jadi Kerajaan

GABUNGAN PH TERHUTANG BUDI PADA PAS, JIKA PAS DAN BN BERGABUNG PH TEWAS PADA PRU-14 YANG LALU.
SHAH ALAM - Di sebalik sindiran PH terhadap Pas, gabungan itu sebenarnya terhutang budi dengan Pas.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa ini kerana jika Pas-BN serius mahu bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU14 lalu.
Jelasnya, dakwaan ini  berdasarkan kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja jika BN-Pas bergabung.
"Sementara kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-Pas di 126 kerusi Parlimen jika Pas-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14 lalu," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Menurut Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu, perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-Pas di 29 kerusi Parlimen.
"Iaitu di Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Tanjong Malim, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Bentong, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Tangga Batu dan Sri Gading," jelasnya.
Katanya, perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen dimenangi Pas ke dalam gabungan BN-Pas membabitkan kerusi-kerusi Pendang, Jerai, Sik, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Justeru tegasnya, PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada Pas kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang.
Sumber: Sinar Online..

7 comments:

  1. Mat kangkung..semua analisis dia mengenai pru14 semua kelaut..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Saudara Ted Manoff. Lagi satu, sekiranya PAS dan BN bergabung secara rasmi (terang-terangan) pada PRU 14 yang lalu, sebahagian penyokong BN dan sebahagian penyokong PAS yang tidak bersetuju akan gabungan itu akan sekurang-kurangnya berkecuali, kalupun mereka tidak mengundi PH. Dengan hal yang sedemikian, pola pengundian akan berubah dan tidak berlaku seperti analisis pensyarah tersebut. Takkanlah perkara sedemikian pun pensyarah tersebut tidak pandai melakukan bacaan politik. Walau bagaimanapun, jika BN dan PAS mahu mencuba teori tersebut, eloklah mereka bergabung secara rasmi mulai sekarang. TAK PAYAHLAH BUAT BISING DENGAN PELBAGAI KEMUNGKINAN. BERGABUNG SAHAJALAH. SAYA DAN MUNGKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA SEMEMANGNYA MAHU MELIHAT PERKARA INI. Silakanlah PAS dan BN bergabung, kalau kamu semenangnya berjiwa besar. Tak payahlah berkokok sahaja, tapi akhirnya ekor kamu bergelumang najis. Silakanlah. Sila...

    ReplyDelete
  3. Sudahlah kelantan pekak ni. Mu jaga Tganu dan Kelantan sudahlah. Negeri lain engkau jgn sebuk. Tak sedar diri lagi, nak terkucil lagi!!!.

    ReplyDelete
  4. Si Prof Bongok ni tak habih2 nak cari 'angle' to promote himself.

    Please look into detail regards his credentials. Where did he got his PhD from? Who was his viva examiner?

    Did he really passed his PhD viva? Any corrections? Who is his supervisot?

    Which University gave him Professorship? How many papers he authored? How many books? Papers he authored are for conferences or for journals? Refereed journals? How many masters and phd students has he supervised?


    If he even has a 'dent' on the above he should be drag down and 'spit on'. Cos he is just pensyarah cabok!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The most stupid professor ever in Malaysia,his comment doesn't make any sense........!!

      Delete
  5. Profesor belacan ,ANALisis dia tak boleh pakai

    ReplyDelete
  6. kalau dilihat kepada keputusan PRU14 mmg betul cakap dia. tapi kalau sebelum PRU14 Pas dan BN bergabung alamat Terengganu dgn Kelantan pun belum tentu Pas dapat bentuk kerajaan. keputusan akan jauh berbeza dari PRU14 sedia ada. mana la mamat ni dapat sijil2 dia. ke laut dalam analisis. kesian betul tgk mamat ni.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com