pages

Tuesday, July 10, 2018

[AMARAN KEPADA KAFIR] Isu Zakir Naik: Kerajaan takkan tunduk desakan - Tun Mahathir

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan sebelum membuat penilaian secara teliti. -Astro AWANI / Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti semua aspek sebelum membuat keputusan berhubung isu penceramah bebas, Zakir Naik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia tidak akan dengan mudah bersetuju terhadap sebarang desakan sebelum membuat penilaian secara teliti.

“Kita tidak akan dengan mudah dipengaruhi desakan pihak lain, kita perlu melihat semua elemen sebelum memberi maklum balas terhadap desakan yang dibuat. Jika tidak seseorang akan menjadi mangsa.”


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program sehari Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Selasa.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tiada tindakan akan dilakukan untuk menghantar Zakir pulang ke India.

“Di pihak PDRM, kita tidak ada apa-apa tindakan untuk hantar dia balik ke India dalam masa terdekat, kecuali ada agensi lain, saya tidak pasti. Tetapi setakat saya tahu, tiada tindakan menghantar dia pulang ke India dalam tempoh ini," katanya.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan Zakir akan diekstradisi ke India namun pihak peguam yang mewakili penceramah itu menafikan perkara berkenaan.

Zakir meninggalkan India sejak tahun 2016 selepas beliau didakwa terbabit dengan kegiatan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.

4 comments:

  1. Terbaik Tun. Usah hiraukan mereka.
    Dan..selamat harijadi ke93. Semoga Tun sentiasa sihat walafiat

    ReplyDelete
  2. Apa lagi kafir lahanat nak kat malaysia ni? Zakir takda pun suruh bunuh depa..

    ReplyDelete
  3. Yang ni aku sokong Tun M wkupun ada benda bangng yg TunM mcm lps pandang je. Ini kerajaan pimpinan Tun m jgn biarkan musyrik yg ada niat jahat buat sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. sejarah yang dah dilupakan…

    negeri china asal datang nya orang china
    negeri india asal datang nya orang india dan seangkatan dengan nya bangla, baee,
    england asal nya datang omputih
    tanah melayu, Malaya ... asal tempat orang melayu le... so apa orang asing nak sibuk di tanah melayu, sebab besarnya kepulauan melayu... orang melayu bebas bergerak dari pulau Andaman, sumatera sampai ke irian timur, utara Australia, tropical australia….

    biar melayu memerintah negeri melayu, yang datang menumpang buat cara menumpang , hormat orang tempatan, ugama orang tempatan…kamu diterima…... kan aman bumi melayu ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews