pages

Thursday, July 19, 2018

Ahli Parlimen KEBAL bercakap di Dewan? Baca dulu


KEKEBALAN AHLI PARLIMEN
Umum berpandangan bahawa setiap ahli Parlimen kebal daripada undang-undang apabila mereka bercakap atas kapasiti wakil rakyat di Parlimen. Sebab itu ahli Parlimen sering dilihat bebas memperkatakan apa sahaja isu biar pun kadang-kadang tidak disokong dengan hujah yang tepat jauh sekali bukti.
Secara umumnya memang ahli Parlimen boleh bercakap, berbahas, berhujah akan apa saja tajuk dalam Parlimen, bagaimana kebebasan tersebut tertakluk kepada empat perkara seperti yang termaktub dalam Artikel 63 (4) Perlembagaan.

Artikel tersebut jelas menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang diucapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara menyentuh dan mempersoal berhubung:
1. Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,
2. Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
3. Artikel 181 tentang Raja-raja Melayu dan
4. Perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.
Jika seorang Ahli Parlimen secara jelas menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 atau hasutan di bawah Akta Hasutan, maka apa yang diucapkan pada sidang Dewan Rakyat yang boleh dikenakan tindakan di mahkamah.
Ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).
Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara mesti memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.
Akta Hasutan adalah akta terakhir (line of defence), di mana ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap Raja-raja malah ke atas kerajaan.
Kenyataan-kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu adalah tergolong pada maksud hasutan di bawah akta berkenaan.
Seperti yang dinyataka n di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - Malaysia Gazette

6 comments:

  1. Sendiri mau ingat laJuly 19, 2018 at 2:29 PM

    Ya betul CG..
    Cuma nk bagi tau satu jew..mana mamat yg ckp.mp bn takut nk kena gasak dik mp ph..
    Awat petang dmlm mp ph semua lari..takut ka..ki ki ki
    Mp umno ada pahlawan bugis..lawan tetap lawan..
    Mp ph...kami ada apa..menteri tomato ada la..ki ki kink harap kn atok 93..asyik lupa ja..apa pn tk boleh
    Nk simpan najib dlm lokap tk berjaya..
    Haiii apapulak nk jadi edok luda tk tau laa..hu hu hu hu
    Ki ki ki ki

    ReplyDelete
  2. Alahai macai, baru 2 hari parlimen bersidang dan 2 bulan 10 hari PH mentadbir, salakan, tempik, teriakan, terpekik dan melolong dari macai2 harami boleh mengakibatkan babi pon boleh terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun sama juga... sama juga dgn macai PH

      Delete
    2. Ki ki kucing najib

      Delete
  3. Kucing atok renta 93 telor kna clamp

    ReplyDelete
  4. Mp ph..(assimin)
    Kawan2 tomato..baik kita pegi meeting kabinet..parah ni..sy yg mahir dlm puto memuto pn terpempan..hampir tk boleh nk putor..malu sy weiii...
    Baik korang study smpai lewat mlm..esok pagi dh boleh jawab soklan2 cepu emas..
    Ki ki ki ki

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com