pages

Saturday, July 7, 2018

Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis


Adun Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan Umno dan Barisan Nasional.

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

“Saya lihat PPBM Perlis terdapat unsur yang ada dalam parti lama saya, jadi sebab itu saya tidak berminat. Jika saya mahu seperti itu lebih baik sertai Umno, bahkan saya ada jawatan.

“Saya bukan rasmi lagi menjadi ahli PKR, baru sahaja mengisi borang selepas diajak setiausaha Pakatan Harapan Kedah yang minta saya masuk PKR,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.
Ismail berkata, tujuannya memohon menjadi ahli PKR di Kedah adalah kerana tidak melihat banyak saingan dan ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti berkenaan di negeri itu.

“Saya masuk di Kedah kerana tidak ada saingan pada sesiapa, tidak ada yang merasakan kemasukan saya ini suatu ancaman atau boleh menyekat peluang mereka meningkat,” katanya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Ismail tertarik kepada PKR ialah gabungan kepimpinan lama dan baru dalam parti itu mengamalkan konsep musyawarah.

“Pertamanya gabungan antara orang berpengalaman, orang lama dan orang baru, seronok saya lihat mereka bekerja. Kedua, gabungan pemimpin lama dan baru ini bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, beliau sendiri tidak asing kepada pucuk pimpinan PKR Kedah memandangkan pemimpin seperti Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul adalah rakan lamanya.

15 comments:

  1. ni baru ultimate lalang,

    ReplyDelete
  2. biro pacak bendera pkr ada jawatan kosong tak bagi kat ultimate lalang ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tp bkn pacak bendera pkr..tp jaga parking kat stadium jugra nk tak?

      Delete
    2. kalau taknak sbb jauh,kat jetty kuala perlis ada kerja kosong supervisor ulat parking dekat sikit dgn tempat tinggal tapi socso takda,

      Delete
  3. PPBM mengambil sikap tidak menerima dgn mudah mana² wakil rakyat ex UMNO,tapi pkr sebaliknya nya pulak,?

    ReplyDelete
  4. open hous Cap Munge Atok cakap Parti dua pon bole jaga Melayu dan Islam..

    Kah kah kah..bab Islam tu ada muskil sikit.. bole ka menteri kunyit mau jaga Islam... bole ka mintri Agama LGBT jaga islam... kah kah kah bole ka species peludah bahasa jaga bahasa ...?

    kah kaah kah... atok sebelum cakap islam dan melayu bebaskan telo atok dari cengkaman clamping top dog..

    kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. open hous Cap Munge Atok cakap Parti dua pon bole jaga Melayu dan Islam..

    Kah kah kah..bab Islam tu ada muskil sikit.. bole ka menteri kunyit mau jaga Islam... bole ka mintri Agama LGBT jaga islam... kah kah kah bole ka species peludah bahasa jaga bahasa ...?

    kah kaah kah... atok sebelum cakap islam dan melayu bebaskan telo atok dari cengkaman clamping top dog..

    kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai 8.20, terimalah hakikat umno najib dah kalah....

      Terimalah hakikat bahawasanya ko adalah pensubahat penerima upah habuan haram dari umno najib....

      Hakikatnya juga penerima upah habuan haram dari umno najib tak kan terlepas dari di soal di mahkamah akhirat.....

      Delete
  6. umno lambung ppbm tanduk pkr sambut..

    ReplyDelete
  7. Umno perlis..parti adik beradik dan kroni

    ReplyDelete
  8. This is a crystal clear case of superficiality and hypocrisy

    ReplyDelete
  9. Anda mahu jawatan apa pun ambilah hatta mau bawa masuk kubur pun bawalah macam adun yg meninggal baru2 ni, bawalah semua itu masuk kubur!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun cari mkn..

      Delete
  10. ramai betu damacai tak leh tidur malam ingatkan najib,sayang lg ehh,dulu2 selalu pgng plykad i love pm ehh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com