pages

Tuesday, July 31, 2018

PRK sg. Kandis: kenapa PAS TIDAK UNDI PH? ini jawapannya


Saya menerima soalan yg agak banyak dari beberapa pihak. Ada dari ahli pas sendiri. Ada dari ahli umno dan atas pagar. Tak kurang juga dari penyokong PH yg mungkin nak siasat apa pendirian Pas mengenai PRK Sg Kandis.

Sya tak mahu jawab bagi pihak Pas. Sbb sya hanya ajk kecil dlm Pas Pusat. Namun saya nak jawab bagi pihak diri saya sendiri. Jika serasi dgn pandangan anda maka kita telah ada persamaan. Kalau tak serasi maka kita saling menghormati perbezaan itu.

Dalam soal PRK sg Kandis. Siapa yg patut kita berikan undi?. Sebelum saya jawab soalan itu perlu kita ingat bahawa dlm PRK Sg Kandis yg masuk bertanding hanya dua penjuru sahaja, iaitu PH dan BN/ Umno. Kedua2nya parti sekular yg sudah pasti menjadi bebanan kpd Islam. Umno telah melakar sejarahnya yg panjang dan kita tahu sikap parti itu terhadap Islam. PH juga telah menanggalkan topengnya dan mempamirkan wajah sebenarnya terhadap Islam. Oleh itu bagi saya undi kita kali ini bukan soal siapa yg kita patut berikan kememangan. Tetapi sebenarnya siapa yg patut kita kalahkan.

Kalau pun kita berikan undi kpd PH itu bukan kerana kita mahu PH menang. Tetapi kerana kita mahu BN kalah. Begitulah sebaliknya. Jika kita berikan undi kpd BN, bukan kita mahu BN menang tetapi kerana kita mahu PH kalah. Siapa pun yg menang mereka tetap bukan parti yg mahu daulatkan Islam. Namun perlu di lihat..antara kedua2 parti yg mendatangkan mudharat kpd Islam itu, manakah yg lebih ringan kemudharatannya?. Ini adalah kaedah fiqh yg telah disepakati oleh ulamak2 fiqh. 

Asalnya setiap kemudharatan itu tidak kira ringan atau pun berat hendaklah dihapuskan. Atas dasar ini lah maka ulamak fiqh mendatang kaedah;  الضرر يزال. Kemudharatan itu hendaklah dihapuskan. Kerana Rasulullah saw bersabda: لا ضرار ولا ضرار. Iaitu tidak ada kemudharatan dan tidak memudharatkan. 

Namun apabila terdapat dua kemudhatan secara serentak dlm satu masa maka ulamak2 fiqh menyelesaikannya dgn kaedah ;الضرر الأشد يزال بالضرار الأخف kemudharatan yg lebih berat hendaklah dihilangkan dengan kemudharatan yg lebih ringan. Atau kaedah الأخف الضرورين iaitu memilih yg lebih ringan kemudharatannya antara dua kemudharatan. 

Jika dilihat antara BN dan PH, pada pengamatan saya PH lebih mendatangkan kemudharatan kpd Islam berbanding BN. Berdasarkan statment2 pimpinan PH kita dapat saksikan sikap mereka terhadap Islam. Lebih2 lagi dlm keadaan parti2 melayu islam dlm PH boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yg tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam. 

Mungkin ada yg bertanya. Apabila kita kalahkan PH dan BN menang, apakah Islam dapat dilaksanakan sepnuhnya melalui kemenangan BN itu?. Sbb itu awal2 tadi saya sudah sebut. Undi kita kali ini bukan soal siapa menang tetapi soalnya siapa yg patut dikalahkan. Memikirkan keburukan yg bakal muncul jika PH menang hendaklah diutamakan daripada memikirkan apakah kebaikan nya jika BN menang. Ulamak fiqh mengatakan; درء المفاسد مقدم جلب المصالح menolak kemudharatan ( kerosakan) hendaklah didahukukan daripada mengambil kemaslahatan.

Kita mengundi BN bukan kerana kita mengiktiraf ideologi umno itu benar tetapi kerana kita mahu PH itu kalah. Kerana kemudharatan yg didatangkan oleh PH jauh lebih merosakkan berbanding BN. Saya fikir tidak sukar untuk melayu muslim yg pernah mengundi PH untuk mengundi BN pada kali ini. Bukannkah dlm PRU 14 yg lepas anda gagahkan tangan mengundi PH walaupun disebalik lambang PKR itu ialah DAP dengan alasan menolak Najib dan BN lebih diutamakan. Kini sampai pula masanya menolak PH adalah lebih aula dan utama. 

Kekalahan PH di PRk Sg Kandis tidak banyak memberi kesan kpd kerajaan Pusat PH. Namun perlu disedari bahawa kekalahan PH disungai kandis bakal menghantar message kpd PH pusat bahawa walaupun mereka sudah menang dan menguasai pusat namun mereka tidak patut menjadi " gajah yg turun minyak". Hormati rakyat, hormatilah Islam dan Bangsa Pribumi Melayu.

Kesimpulannya saya mahu memberitahu kepada pengundi di sg Kandis undilah BN untuk mengalahkan PH.

UMS
LPT to Kuantan
30.julai.2018

Trend GUGUR Kes pemimpin PH: Zunar, N Surendran, R Sivarasa dibebaskan dari tuduhan hasutan


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kebimbangan berhubung trend penguguran kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, apa yang lebih merisaukan adalah kes-kes tersebut melibatkan jenayah seperti hasutan dan pembocoran maklumat.

Menurutnya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembebasan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar dan beberapa individu lain dibebaskan daripada dakwaan hasutan mereka semalam.

Selain Zunar, bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa turut dibebaskan dari tuduhan hasutan mereka.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan, badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif.

“Kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

“Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan kehakiman negara terus dihormati,” katanya.

Azalina juga mahu semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Di bawah Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Bagaimanapun, trend pengguguran kes-kes Mahkamah yang melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan,” katanya.-SH

Kulasegaran hilang kredibiliti' - Rais Yatim


KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran sudah kehilangan kredibiliti kerana tidak pandai 'membawa diri' sejak menjadi anggota Kabinet.


Menerusi Twitternya hari ini, beliau berkata, implikasi amat besar apabila seseorang menteri atau penjawat awam digesa meletak jawatan ekoran kenyataan berhubung orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India adalah penduduk asal Tanah Melayu.


"Bila seseorang menteri atau penjawat awam digesa letak jawatan lantaran mulut celupar mengenai satu-satu isu yang berimpak negatif nasional, implikasinya amat besar.


"Menteri ini sudah hilang kredibiliti sebab tak reti bawa diri sebagai anggota Kabinet," katanya.


Beliau yang juga bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu turut memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar tempatan yang bertajuk 'Desak Letak Jawatan' ekoran dakwaan kononnya Kulasegaran mengeluarkan kenyataan terbabit dalam satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP itu menegaskan kenyataan beliau sengaja diputar belit oleh pihak tertentu dan fitnah berkenaan sengaja dibuat untuk meniupkan isu perkauman dan propaganda terhadap sejarah Malaysia.

Monday, July 30, 2018

Prof Zainal Kling: Kula Segaran harus disaman, derhaka kepada Raja-raja Melayu


Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi melibatkan Melayu, terdapat desakan agar Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meletak jawatan kerana dianggap mencetuskan ketegangan antara kaum.

Namun, Pengerusi Biro Sosio-Budaya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling merasakan Naib Presiden DAP itu bukan sahaja perlu meletakkan jawatan malah perlu disaman kerana melakukan penghasutan.
Malah, Zainal turut mendakwa Kula Segaran menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang selepas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mengatakan orang Melayu merupakan pendatang di Malaysia.

"Bila dia (Kula Segaran) tuduh orang Melayu sebagai pendatang di alam Melayu, ia bermakna dia menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang. Jadi dia perlu disaman kerana tuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang dalam wilayah negaranya sendiri.

"Kenyataan itu merupakan penghasutan dan penderhakaan kepada Raja-raja Melayu," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]

Tambah beliau, meskipun Kula Segaran telah meminta maaf namun Zainal berpendapat Ahli Parlimen Ipoh Barat itu meminta maaf hanya kerana rasa bersalah selepas masyarakat menghentamnya.

"Jadi sekarang dia (Kula Segaran) rasa bersalah orang komen macam-macam, dia minta maaf. Saya lihat dia cuba nak mengulangi pandangan DAP terhadap orang Melayu, peling terkesan apabila dia tuduh orang Melayu sebagai pendatang.

"Kita nak dia faham bahawa orang Melayu ada di benua Cina, benua India, Melayu ada di mana-mana pun. Kalau tuduh Melayu pendatang di alam Melayu walau dari Bugis, Jawa, Filipina, Sumatera berpindah ke Tanah Melayu, itu bukan imigrasi tapi migrasi.

"Perpindahan dalam wilayah sendiri kita (orang Melayu) katakan perantauan. Kita tak gaduh, mana kita pergi pun tak mengapa sebab itu daerah kita. Jadi kita bukan imigran," ujarnya.

Jelasnya lagi, orang Melayu bukanlah imigran seperti orang Cina serta India yang datang dari benua lain ke Wilayah Melayu kerana imigran seperti itulah yang dikatakan 'pendatang'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya minta maaf: Kula Segaran]

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal merasakan perkataan 'mereka' yang digunakan Kula Segaran ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru ini merujuk kepada orang Melayu.

"Dia kata tak sebut Melayu tapi sebut mereka. Mereka itu siapa? Mesti ada objeknya. Mana boleh sebut mereka tapi kosong. Memang dia tuju kepada Melayu, siapa lagi.

"MPM sokong desakan supaya dia letak jawatan tapi lebih penting bukan hanya minta maaf tetapi dia perlu dikenakan hukuman sebagai penghasut dan penderhaka kepada Raja-raja kita," katanya. - Sinar Harian

(ISLAM Jadi MANGSA) India batal kerakyatan 4 juta penduduk


GUWAHATI: India membatalkan kerakyatan empat juta penduduk Assam menurut rangka senarai kewarganegaraan kontroversi yang mencetuskan kebimbangan pengusiran ramai penduduk Islam yang bertutur bahasa Benggali.
Ketua Pendaftar India, Shailesh, dalam satu sidang akhbar berkata, hanya empat juta daripada lebih 30 juta pemohon kewarganegaraan yang dikecualikan dalam pendaftaran.
"Ini adalah hari bersejarah bagi Assam dan India secara keseluruhan.
"Kami mencapai kemajuan berhubung penerbitan rangka lengkap pertama Pendaftaran Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC).
"Mereka yang tiada dalam senarai, bagaimanapun berpeluang merayu dan memasukkan nama mereka dalam senarai akhir," katanya. - AFP

Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat


OLEH: Dr. Maza

Apakah Hasil Pertemuan Dr MAZA dengan Dr Ramasamy di Putrajaya Tadi? 

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah memilih untuk hadir dalam pertemuan tersebut. Ini kerana sikap  sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun. Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini. Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran. 

Apakah hasil pertemuan tadi? 

Sekurang-kurangnya TIGA perkara dipersetujui; 

1. Isu LTTE : Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LTTE ialah pihak polis. Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM. 

2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum. 

3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai. 

Suasana Pertemuan 

Pertemuan berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan. Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara. 

Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama.

Pemberian 200,000 kewarganegaraan gugat kedaulatan negara


20 Syawal 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahukan kerajaan mempertimbang semula keputusan meluluskan 200,000 kerakyatan pemohon di negara ini.
Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yahya berkata, UMMAH bimbang perkara tersebut akan menyebabkan manipulasi serta salah guna oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sehingga boleh menggugat kedaulatan megara.
UMMAH juga bimbang implikasi yang bakal terjadi seandainya permohonan ini tidak diperhalusi dengan baik seperti hak-hak yang bakal mereka terima contohnya hak keistimewaan Bumiputera dan hak memilih pemimpin,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada Perlembagaan dan kemanusiaan.
Aminuddin berkata, sekiranya kerajaan bertegas dengan keputusan itu, kerajaan digesa mengemukakan beberapa syarat kepada mereka yang memohon kerakyatan tersebut.
Katanya, jika mereka benar-benar layak diberikan kerakyatan, saringan serta kriteria yang ketat haruslah dikenakan supaya Malaysia supaya pemohon tidak peduli akan identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.
Justeru, UMMAH mencadangkan beberapa kriteria-kriteria yang wajib pemohon penuhi sebelum kerajaan meluluskan 200,000 permohonan itu.
Pertama, kerajaan perlulah memastikan pemohon fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi memudahkan proses integrasi di dalam komuniti rakyat Malaysia.
Kedua, pemohon yang memohon wajib mempelajari dan mendalami budaya-budaya yang wujud di Malaysia dan wajib mengangkat identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.
Ketiga, setiap daripada pemohon yang memohon perlu di selidik latar belakang mereka supaya tiada daripada mereka datang dari latar belakang yang boleh merosakkan struktur keharmonian sosial di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Keempat, UMMAH menuntut kerajaan memaklumkan senarai pemohon-pemohon yang akan diluluskan mengikut bangsa dan negeri atau negara asal mereka supaya rakyat tahu akan latar belakang mereka,” katanya.-ismaweb

Prof Agus: Hormat Pilihan Rakyat, Henti Bentuk "Kerajaan Dalam Kerajaan"



HORMATI PILIHAN RAKYAT: HENTIKAN IDEA PEMBENTUKAN “KERAJAAN DALAM KERAJAAN”

Oleh: Prof Dr Mohd Agus Yusoff

1. Apabila PH menang dalam PRU yang lepas, saya menaruh impian besar untuk melihat negara kita ditadbir secara demokratik dengan menghormati pilihan rakyat.  

2. Namun hari ini, membaca berita Haji Husam Musa mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bersama 10 ahli lain untuk bertindak sebagai penyelaras dan penghubung antara menteri (kerajaan pusat) dan rakyat, hati saya tersentak.

3. Biarpun perkara ini belum muktamad, saya harap idea ini tidak diteruskan. Jika idea ini diteruskan, maka tidak ada bezanya kerajaan hari ini dengan kerajaan dahulu yang ada JPP. Hentikan cara dahulu yang ada dua penghulu, dua penggawa, dan dua JKKK. 

4. Apa yang menjadi hak kepada negeri, salurkan kepada kerajaan negeri kerana itulah pilihan rakyat dalam sistem politik demokrasi yang kita perjuangkan selama ini.

5. Mulakanlah perubahan cara berpolitik kita sekarang kerana itulah janji “Malaysia Baru” yang kita mahu bina bersama.

Lembaga Pengarah Khazanah:Adakah PH LANGGAR Manifesto



Adakah kerajaan Persekutuan telah melanggar manifesto mereka sendiri? 

Adakah Khazanah Nasional Berhad diklasifikasikan sebagai GLC mahupun GLIC.

Adakah Khazanah tidak perlu lantikan politik mewakili kerajaan sebagai Lembaga Pengarah?


#manifestowatch

Raja-Raja Melayu tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam


KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.
Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.

BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
FELO di Oxford Centre for Islamic Studies, Datuk Dr Afifi al-Akiti.
Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.
Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya, berkata keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.

PROFESOR Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.
BEKAS Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot.
DATUK Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Fungsi jawatankuasa itu antaranya adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan.
“Dalam menjalankan tugas-tugasnya, jawatankuasa tertinggi ini juga akan menerima memoranda dan berbincang dengan pihak yang berkepentingan, termasuk mereka yang sudi dengan sukarela menyampaikan pendapat masing-masing,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menegaskan, penubuhan jawatankuasa tertinggi terbabit selari dengan kedudukan Islam yang termaktub mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
“Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormati prinsip dan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, di mana institusi agama terus ditambah baik demi mempertahankan Islam, di samping terus menyebarluaskan nilai-nilai kesejagatan Islam di negara ini,” katanya.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, hasil kajian jawatankuasa tertinggi itu kelak akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja dengan cadangan penambahbaikan bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan agar ia berada di atas landasan yang betul. – Berita Harian

[Dasar liberal PH] Prof Teo Kok Seong: Ramai pihak ambil kesempatan TERMASUK yang RASIS, KOMUNIS


Dasar liberal dan kebebasan bersuara yang digalakkan kerajaan baharu PH didakwa menyebabkan ramai pihak mengambil kesempatan.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ini termasuklah tindakan segelintir pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan membangkitkan kemarahan khususnya orang Melayu.

Beliau berkata, antaranya ialah isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kenyataan menteri mengenai kedatangan orang India di Tanah Melayu serta pengiktirafan komunis dalam sejarah negara.

Cukup menyedihkan apabila akhir-akhir ini terdapat banyak sangat kenyataan daripada orang bukan Melayu yang menyakitkan hati orang Melayu. Ini semua kerana kerajaan baharu ini menggalakkan dasar liberal.

“Maksudnya, mereka galakkan rakyat bebas bersuara dan galakkan perubahan. Galakan itu telah menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan dengan membangkitkan isu sensitif,” katanya kepada Sinar Harian.

Kok Seong berkata, semua pihak perlu bertekad menghentikan semua perkara yang boleh jejaskan hubungan kaum di negara ini lebih-lebih lagi menjelang bulan kebangsaan.

Saranan saya kepada pemimpin tertinggi kerajaan yang rata-ratanya Melayu, khususnya perdana menteri dan timbalan perdana menteri, mereka harus lebih tegas menegur pemimpin DAP yang nampaknya sekarang agak lantang menuntut pelbagai perkara,” katanya.

Menurutnya, tidak salah sekiranya kerajaan ingin membawa dasar yang lebih liberal tetapi harus dilakukan secara perlahan-lahan.

Ini tidak sampai tiga bulan mereka memerintah nampak sangat dah besar kepala. Ini cukup berbahaya kepada hubungan etnik.

“Kalau nak lebih saksama dari banyak segi, ia harus dibuat perlahan-lahan. Tak boleh mendadak seperti sekarang supaya orang Melayu tak terkejut dan marah,” katanya.

[ANALISA POLITIK] Jika PAS-BN bergabung PRU14, PH tak merasa jadi Kerajaan

GABUNGAN PH TERHUTANG BUDI PADA PAS, JIKA PAS DAN BN BERGABUNG PH TEWAS PADA PRU-14 YANG LALU.
SHAH ALAM - Di sebalik sindiran PH terhadap Pas, gabungan itu sebenarnya terhutang budi dengan Pas.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa ini kerana jika Pas-BN serius mahu bergabung maka PH tidak akan menang dalam PRU14 lalu.
Jelasnya, dakwaan ini  berdasarkan kemenangan PH di 113 kerusi Parlimen akan bertukar menjadi hanya kemenangan di 84 kerusi Parlimen sahaja jika BN-Pas bergabung.
"Sementara kemenangan BN di 79 kerusi Parlimen pula akan bertukar menjadi kemenangan gabungan BN-Pas di 126 kerusi Parlimen jika Pas-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14 lalu," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Menurut Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu, perubahan ini berlaku melalui kekalahan PH dan kemenangan gabungan BN-Pas di 29 kerusi Parlimen.
"Iaitu di Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Tanjong Malim, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Bentong, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Tangga Batu dan Sri Gading," jelasnya.
Katanya, perubahan ini juga berlaku melalui kemasukan 18 kerusi Parlimen dimenangi Pas ke dalam gabungan BN-Pas membabitkan kerusi-kerusi Pendang, Jerai, Sik, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Justeru tegasnya, PH patut bersyukur dan berterima kasih kepada Pas kerana tidak bergabung dengan BN dalam PRU14 lalu kerana jika tidak maka pastilah PH masih kekal sebagai pembangkang.
Sumber: Sinar Online..

[KOMUNIS PASCA MALAYSIA BARU] JANGAN LUPA 1,346 anggota polis dibunuh dan 1,601 cedera



SAYA TAK PERLU MINTA MAAF - CHIN PENG
Aku sempat menemubual Chin Peng secara eksklusif dalam satu pertemuan sulit di Hadyai, Thailand tidak lama sebelum dia mati. Pertemuan itu berlangsung di Hotel Lee Garden, tempat yg sama waktu PKM menandatangani perjanjian damai dengan Malaysia pada tahun 1989 dulu.
Dan ini ayat yang dia kata padaku dan akan aku ingat sampai bila-bila. Aku tanya pada dia, U tak nak minta maaf ke pada anggota-anggota keselamatan kami yang kamu bunuh?
"Saya tak perlu minta maaf. Dalam perang kalau kita tak membunuh, kita yang akan dibunuh!"
Pada golongan yang nak sangat negara menyanjung perjuangan komunis pasca 'Malaysia Baru' ni, tahukah korang, sepanjang 12 tahun era darurat iaitu dari tahun 1948 hingga 1960, seramai 4,425 orang anggota pasukan keselamatan telah terkorban dan cedera angkara kezaliman PKM.
Daripada jumlah itu, seramai 1,346 anggota polis terbunuh dan 1,601 cedera. Jumlah anggota polis yang meninggal dunia ini merupakan 72.2% daripada jumlah keseluruhan ahli pasukan keselamatan yang terkorban iaitu seramai 1,865 orang.
'Arkitek' kepada segala kejadian tersebut tak lain dan tak bukan adalah Chin Peng sendiri.
Selamat 'menulis semula' buku sejarah. Pasti Chin Peng orang paling gembira ketika ini kalau dia masih hidup!

HANG TUAH BUKAN CINA


HANG TUAH BUKAN CINA

Pusara Hang Tuah mashsyor dikatakan ada di Palembang dan di jaga rapi serta di beri penghormatan tinggi oleh melayu Sumatera Selatan-Palembang padanya.

Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, geng Cholarian, dan juga Melayu Appologedik akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka

Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.

Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.

Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Radeng ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.

Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, Kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?

Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”.

Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?

Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.

Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?

Jawapan: Nama Hang Tuah disebut dalam naskah yang menjadi sumber utama Sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin. Sebanyak 7 Bab diletakkan di dalam kitab sejarah Melayu ini. Kalau Hang Tuah ialah lagenda, kenapa sampai 7 Bab diperuntukkan untuk menceritakan mengenai Hang Tuah?

Juga Hikayat Hang Tuah turut menjadi sumber utama. Bagaimana kalian menolak Hikayat Hang Tuah walhal UNESCO sendiri mengiktiraf naskah sejarah ini sampai menjadikan salah satu daripada Warisan Dunia pada hari ini.

Jika anda menolak kewujudan Hang Tuah, sama juga seperti anda menolak kewujudan Melaka kerana sumber yang menceritakan mengenai Hang Tuah ialah Sulalaltus Salatin. Kalaulah watak Hang Tuah itu tidak wujud, masakan teks sejarah Melayu utama menyebut nama Hang Tuah lebih 170 kali.

Di Jepun, ianya terkait dengan catitan Kerajaan Ryukyu.

Di India, ianya terkait dengan catitan serta gambaran seorang Laksamana bertengkolok yang di pahat di atas batu Kerajaan Bijayanagara.

Di Turki pula ianya terkait dengan Kerajaan Uthmaniyyah.

Semua mencatatkan tentang laksamana hebat dan agung dari Melaka yang singgah ke sebagai wakil diplomasi, yang sememangnya merupakan tugas seorang laksamana di Melaka.

Ketiga-tiga negara ini masih menyimpan catatan mereka tentang laksamana ini, melalui surat-surat, manuskrip dan sebagainya. Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin, dua manuskrip Melayu ini pula dengan jelas mencatatkan Hang Tuah pernah sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke kerajaan-kerajaan yang disebutkan. Sebagai contoh di Bijayanegara, Hang Tuah bertarung dengan Pendekar India dan memenangi pertarungan itu. Di Turki, Hang Tuah menjadi wakil sultan Melaka membeli ubat bedil bagi kelengkapan meriam dan pertahanan Melaka.

Soalan: Ada bukti lain Hang Tuah ni Melayu?

Jawapan: Hikayat Hang Tuah dengan jelas menyebut tentang kemelayuan Hang Tuah.

Bagaimana Hang Tuah boleh dikatakan sebagai cina padahal dalam naskah utama sejarah yang menceritakan tentang Hang Tuah dengan jelas menyebutnya sebagai Melayu?

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’ ( Ms : 390 ) “…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” - (Hikayat Hang Tuah, halaman 390-391)
-HE-

Mufti Perlis :PH PERLU MEMBUANG VIRUS PEROSAK INSPIRASI RAKYAT



Oleh: Dr. MAZA

PH PERLU MEMBUANG VIRUS PEROSAK INSPIRASI RAKYAT

Ramai yang ingin melihat dan mengimpikan Negara Malaysia yang cemerlang urustadbir, berintegriti tinggi, pembahagian kekayaan yang adil, kehidupan rakyat yang rukun, harmoni dan damai. Dengan itu akan lahirnya semangat patriotik dan cintakan negara.  Menjunjung perlembagaan dan menghormati apa yang patut dihormati. Untuk inspirasi itulah, rakyat pelbagai kaum dan latar pemikiran berusaha memenangkan Pakatan Harapan (PH). Hari kemenangan mereka merupakan hari kegembiraan rakyat, samaada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Sementara penyokong korupsi menangisi kemenangan itu.

Selepas menang, nampaknya terdapat dalam kalangan pimpinan PH itu mereka yang bukan merupakan pembawa inspirasi rakyat sebaliknya virus yang merosakkan masa depan negara. Mereka sepatutnya menumpukan kepada isu-isu bagaimana mengukuhkan semula rakyat selepas PRU, malangnya mereka sibuk dengan isu yang boleh membawa kepada krisis perkauman dan agama. Sepatutnya ditumpukan kepada urustadbir dan pembentukan sistem pentadbiran yang membawa impak kepada integriti tinggi dan perpaduan kalangan rakyat.

Maka, yang terlibat dengan pengganas LTTE sibuk mahu menghantar pendakwah muslim ke India. Ada pula yang viral 'Melayu sebagai pendatang'. Ada pula yang minta menteri Melayu yang tidak mahu tunaikan hasrat kaumnya letak jawatan. Pelbagai tuntutan yang bersifat pada waktu yang masih di awal kemenangan. Macam-macam lagi tingkahlaku yang membakar perasaan perkauman dalam dada rakyat.

Mereka itu merupakan virus dalam PH yang mesti dibuang segera. Hari demi hari perasaan kecewa dan dendam perkauman mula diserapkan. Dari rasa gembira dengan PH mula menjadi rasisme yang tinggi. Setiap saat kita melihat perasaan ingin bangkit dalam kalangan majoriti rakyat membalas tindak tanduk perkauman mula merebak. Jika tidak dibuang virus-virus ini dalam PH, di bawah pentadbiran baharu ini boleh membawa kepada konflik perkauman dalam negara ini yang sukar diubati nanti. Bak kata pepatah YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.

-DR. MAZA


p/s:Admin CG: Sila komen menggunakan bahasa yang elok dan tidak mencaci dengan kata-kata yang kesat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews