pages

Thursday, June 7, 2018

Zahid Hamidi BERTEMU Tun Mahathir hari ini, Apa Yang Dibincangkan Agaknya?


"Pertemuan tersebut berkisar tentang perbincangan mengenai perkembangan semasa politik negara.
"Pertemuan ini pastinya didambakan oleh semua pihak dan kami berterima kasih di atas layanan mesra Tun Mahathir," kata Ahmad Zahid ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan intipati pertemuan selama lebih 40 minit itu.

"Pertemuan juga ada berkait dengan isu-isu masa lampau, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua," katanya.

Ahmad Zahid kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.



Rakyat Tidak Lupa Kata-Kata Zahid, "Mahathir a/l Iskandar Kutty"

Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya. Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty". Sambil memegang telefon dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)." Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid mendakwa tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

6 comments:

  1. "Pertemuan juga ada berkait dengan isu-isu masa lampau, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua," katanya.

    hmmm.... mungkin perbualannya macam ni:

    Saya minta maaf Tun. Saya kata Tun berbinkan arwah datuk Tun. Saya tau, ayah Tun nama Mohamad. Cikgu Mohamad. Iskandar tu datuk Tun. Saya tau ibu Tun orang Melayu. Nenek Tun juga orang Melayu.... Mintak maaf naa...

    ReplyDelete
  2. Malaysia tidak lagi memerlukan manusia jenis ini.Termasuk lah dia punya master.

    ReplyDelete

  3. Yang aku tahu orang yang MALU memperkenal nama sebenar bapanya atau atok adalah anak luar nikah sahaja....
    Kerana nisab terputus.

    ReplyDelete
  4. Dia ckp lebih kurang mcm tu laa..tapi ada tambah ckit lagi..duit umno 114 juta sila pulang kan ya tun...itu amanah....

    ReplyDelete
  5. Dah mula dah kemasukan anjing2 liar yg cari makan ke dalam parti kita. Banyak lagi akan masuk terutamanya pemimpin yg muda. Yg berjuang dan dihina semasa menyokong PH akan diketepikan. Tak percaya tunggu dan lihatlah.

    ReplyDelete
  6. Kontraktor Kelas F apa khabar kalian??? ������������������������

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com