pages

Friday, June 29, 2018

[VIDEO][KETUANAN MELAYU] Temubual eksklusif bersama Naib Presiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni



KOLEKSI KENYATAAN-KENYATAAN DAP 

(1) “KEMPEN untuk satu Malaysian Malaysia baru sahaja bermula. Negara Malaysia baru kita semua mahu ialah negara di mana ada kesaksamaan dan keadilan untuk semua kaum dan kelas, di mana tidak ada warganegara-warganegara Malaysia kelas pertama dan kelas kedua dengan memisahkan mereka kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera’”

(Surat terbuka dan Jemputan kepada penduduk Sungei Way dari Lim Kit Siang pada 7 Januari 1969)

(2) “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada perbezaan di antara ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera’”

(Ucapan Lim Kit Siang di Dato Kramat, Pulau Pinang, pada 25 Januari 1969)

(3) “DAP sentiasa mendesak supaya Regimen Melayu dibubarkan”

(Kenyataan Lim Kit Siang pada 18 April 1969)

(4) “Kita mahu Cina, Inggeris dan Tamil menjadi bahasa-bahasa rasmi, supaya mereka boleh digunakan dalam ucapan-ucapan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, surat-menyurat kerajaan, notis-notis awam, dan lain-lain. Kita mahu Perikatan berhenti memisahkan rakyat kepada ‘Bumiputera’ kelas pertama dan ‘bukan-Bumiputera’ kelas kedua”

(Surat terbuka kepada pengundi Melaka dari Lim Kit Siang pada 7 Mei 1969)

(5) “Kita di dalam DAP menentang kuasa politik berada dalam tangan orang-orang Melayu”

(Ucapan Lim Kit Siang di Suleiman Court, Kuala Lumpur, pada 7 Mei 1969)

(6) “Kesetiaan seseorang Warganegara Malaysia tidak boleh dan tidak mesti disamakan dengan kepetahannya di dalam Bahasa Malaysia”

(Ucapan Lim Kit Siang di Ipoh, Perak, pada 18 Ogos 1973)

(7) “DAP telah lebih dari sekali mengisytiharkan kesediaan kita untuk menghadiri satu sidang meja-bulat semua parti politik serta persatuan dan pertubuhan Cina, termasuk Tung Chung dan Chiau Chung, untuk membincangkan sama ada adalah mungkin untuk mencapai satu program tindakan bersama untuk mempertahan, melindungi dan mempromosi hak-hak dan kepentingan-kepentingan sah orang-orang Cina dalam perlembagaan, politik, ekonomi, pelajaran, sosial dan kebudayaan”

(Ucapan Lim Kit Siang di Grisek, Johor, pada 17 Ogos 1981)

(8) “Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Islam agama rasmi dan kebangsaan, dalam cara sama Bahasa Melayu diisytiharkan bahasa rasmi dan kebangsaan”

(Ucapan Lim Kit Siang di Melaka pada 23 September 1985)

(9) “Pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera, yang telah diinstitusikan, adalah penyebab terbesar perpecahan dalam negara”

(Ucapan Lim Kit Siang di Universiti Sains Malaysia pada 22 Januari 1986)

(10) “Saya dengan ini mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan”

(Ucapan Lim Kit Siang di Selangor Chinese Assembly Hall pada 10 September 1995)

(11) “DAP mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan segera”

(Ucapan Lim Kit Siang di Bintulu pada 15 September 1995 dan di Bagan pada 20 September 1995)

(12) “Kita mesti mengharamkan semua parti politik yang mendiskriminasi sesama rakyat Malaysia dengan membataskan ahli-ahli mereka kepada satu kaum atau satu agama”

(Ucapan Lim Guan Eng di Pemukiman Pemimpin DAP Negeri Perak pada 1 Mei 2005)

(13) “Perlembagaan Merdeka 1957 mendiskriminasi rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera, yang memisahkan rakyat Malaysia kepada warganegara-warganegara kelas pertama dan kelas kedua”

(Ucapan Lim Guan Eng di Makan Malam Ulangtahun ke-40 Cawangan Batu 14 DAP Puchong pada 10 Disember 2006)

(14) “Bagaimana boleh kita bentuk semangat untuk satu negara yang diikat oleh satu legasi bersama bila rakyat Malaysia dipisahkan kepada warganegara-warganegara Bumiputera dan bukan-Bumiputera kelas pertama dan kelas kedua”

(Kenyataan Lim Guan Eng pada 29 Ogos 2007)

(15) “Akhirnya, mustahak untuk saya kemukakan tiga ciri perjuangan politik saya dalam 52 tahun ini. Pertama, bahawa ini kerana impian Malaysia untuk mewujudkan satu negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, bahawa DAP berjuang untuk semua rakyat, tidak mengira kaum. Ketiga, mereka yang sokong DAP bukan sokong Chinese Malaysia atau Indian Malaysia, tapi mahu menyokong satu “Malaysian Malaysia”

(Ucapan membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas oleh Lim Kit Siang pada 15 Mac 2018)

Sumber Artikel: http://www.harakahdaily.net/…/6342-berj…

Sumber Video: Temubual eksklusif bersama Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

6 comments:

  1. Isma oh isma .. Kenapa tk bersuara ketika najib jadii pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ted.... isma ni sblum pru memang hentam BN dan Najib.... kau ni mcm bodoh tak membaca ker?

      Delete
  2. Lim Kit Siang ni boleh cakap apa dia nak cakap. Dia ada mulut dan ini negara demokrasi. Kita tidak nafi kata-kata Lim Kit Siang ni selama lebih 50 tahun ni memang menyakitkan telinga dan menyakitkan hati. Tapi kejayaan Lim Kit Siang setakat hari ini adalah hanya menumbangkan BN. Perlembagaan Persekutuan masih lagi menjadi perisai Persekutuan Malaysia.

    Perkataan "ketuanan" Melayu ni aku memang tak pernah suka. Sakit telinga. Kalau nak jadi tuan, perangai pun kena macam tuan jugak la. Ada terlihat begini ? Ok la boleh jadi aku tak cukup Melayu. Nasib badan.

    Yang tercipta nya ungkapan "ketuanan" Melayu ni semata-mata bagi mengelabukan mata oramg Melayu bagi mengekalkan kedudukan politik orang-orang Melayu yang berkepentingan - political elit class. Perhatikan betul-betul. Lebih 70 tahun dah elit class ni memimpin Melayu, tapi Melayu teepinggir masih ramai. Selesaikan yang ini dulu. Lepas tu baru selesaikan ancaman Lim Kit Siang ni.

    ReplyDelete
  3. Ayuh isma, jika terdapat mana2 hak org melayu yg telah diambil diusik dicuri dan ditipu sepertimana umno lakukan, kita bawa ke mahkamah.

    Zaman Jualan air liur murahan dah tak boleh pakai, rakyat hanya mahu melihat nasib kehidupan mereka terbela tidak pula dianaiya dan dizalimi.

    Setakat penggunaan bahasa mandarin....kebih elok, isma mentarbiahkan rakyat negeri kelantan dan terengganu supaya bersifat lebih terbuka.

    ReplyDelete
  4. Habis tu, skrg kau punya kutty tak boleh buat apa2 lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau ni dah buta ke ?
      Ini jenis ketuanan tempurung.
      Bukak minda sikit.
      Berhenti baca utusan melaysia

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com