innity

pages

Friday, June 1, 2018

[TERKINI] Hakim Ketepikan Hukum 18 Bulan Penjara Rafizi


NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap kesalahan mendedahkan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan itu sebelum ini.
Kami bersetuju dengan hujah pihak perayu (Rafizi) dan mengetepikan hukuman penjara sebelum ini.
“Mahkamah mengetepikan sabitan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan digantikan dengan bon berkelakuan baik untuk dua tahun dengan cagaran RM10,000 serta seorang penjamin,” katanya.
Terdahulu, peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh perayu bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk rakyat.
Dokumen itu kini sudah tidak diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia. Pendedahan dokumen itu juga tidak membabitkan keselamatan atau rahsia negara.
“terdapat saman sivil berkaitan pendedahan ini oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera terhadap perayu bagaimanapun ia sudah ditarik balik. Anak guam kami patut diberi peluang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Pengiran Mahmud berhujah bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu.
“Hukuman penjara 18 bulan itu sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa memandangkan dokumen itu bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Memang ada berlaku kesalahan ketika itu. Bagaimanapun ia tidak mendatangkan sebarang musibah kepada negara,”katanya.
Turut bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Kamardin Hashim.
Pada 14 November 2016, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan, mengenakan hukuman penjara 18 bulan terhadap dua pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat dan masa sama, 28 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan bagi pertuduhan pertama dan melepaskan serta membebaskan Rafizi daripada pertuduhan kedua. - MyMetro

1 comment:

  1. Tahniah.
    Lepas ni Lim Guan Eng pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com