innity

pages

Wednesday, June 6, 2018

SPRM mencari dua individu berkaitan kes SRC

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meminta bantuan orang awam mengesan dua individu yang sedang dicari sejak September lalu bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.
Mereka adalah Mohamed Redzuan Adamshah, 43, dan Toh Lean Seng, 45, dengan alamat terakhir masing-masing di Kuala Lumpur.
Pihak yang mempunyai maklumat tentang lokasi dua individu berkenaan boleh menghubungi Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03 8870 0529 atau 010 318 7757 atau emel roslihusain@sprm.gov.my.
Menurut sumber, dua individu berkenaan dicari bagi membantu siasatan kes SRC sejak 2015. Namun, pengumuman awam hanya dibuat oleh SPRM pada September lalu.
Berdasarkan rekod Bank Negara, Mohamed Redzuan pernah disabitkan kesalahan pada 2004 di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengurupan Wang 1998.
Semakan pada pangkalan data imigresen menunjukkan kedua-dua mereka tidak dibenarkan keluar negara.
SRC International sebelum ini dikenali sebagai syarikat subsidiari 1MDB yang ditubuhkan pada 2011 namun diambil alih setahun selepas itu oleh Kementerian Kewangan.
Syarikat itu telah meminjam RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk modal pelaburan.
Malaysiakini pada 30 Mei lalu melaporkan SRC International tidak mampu membayar hutangnya kepada KWAP dan kini ditanggung oeh Kementerian Kewangan.
SRC International juga disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan dana daripada syarikat itu didepositkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum ini membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku namun kerajaan baru Pakatan Harapan membuka semula siasatan ke atas kes berkenaan. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com