innity

pages

Friday, June 1, 2018

[SETUJU] Veteran Umno gesa PENGERUSI BN NEGERI letak jawatan

Abdul Rahman (duduk, kiri) bersama Veteran Umno selepas selesai mesyuarat.
BATU PAHAT - Veteran Umno Johor menggesa semua Pengerusi BN negeri meletakkan jawatan masing-masing atas dasar tanggungjawab mereka setelah tewas dalam PRU14.

Dalam masa yang sama, Veteran Umno Johor juga mengharapkan kepimpinan tertinggi Umno dan BN di peringkat pusat mahupun bahagian agar segera menghentikan perebutan kuasa dalam parti itu sendiri.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Mohd Yunos berkata, tindakan berkenaan adalah selaras dengan tanggungjawab yang dipikul oleh bekas Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang meletakkan jawatannya setelah BN tewas.

Menurutnya, pihaknya berharap langkah yang sama dapat dilakukan di peringkat negeri terutamanya negeri yang tewas kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

“Sepatutnya pengerusi BN negeri perlu memastikan kemenangan milik BN dan bukannya kalah teruk dan rakyat menolak parti keramat ini dengan memberi peluang Pakatan Harapan (Harapan) untuk mentadbir negara.

“Dan kini masanya untuk Umno dan BN muhasabah diri dan dalam masa yang sama mencari kepimpinan baharu untuk menunjangi parti keramat ini,” katanya semasa sidang media Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor di Hotel Pinetree, Batu Pahat.

Abdul Rahman berkata, semua pemimpin Umno-BN perlu berhenti untuk berebut jawatan sesama sendiri dan pulang ke pangkal jalan serta duduk semeja bagi mendengar segenap suara ahli demi kebaikan parti.

Katanya, Umno dan BN tewas atas kesilapan sendiri dan Veteran Umno berpendapat parti keramat ini sudah dihukum oleh rakyat selepas 60 tahun serta sudah tiba masanya berubah secara total. - SH


1 comment:

  1. sokong itulah yg terbaik,sebenarnya susah umno nak bangun lagi selagi muka 2 yg menyakitkan hati rakyat selepas era tun m ni masih bergayut utk bertanding,5 tahun tak lama.pru 15 kalau kalah juga maknanya rakyat memang talak 3 dgn umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com