pages

Sunday, June 10, 2018

Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14

Calon-calon muka lama yang mempertahankan Najib kleptokrat tidak layak bertanding jika mahu UMNO kembali pulih. Jika muka-muka rasuah dan mempertahankan rasuah terus kekal maka UMNO akan berkubur tanpa nesan suatu hari nanti 

KUALA LUMPUR: Langkah Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak bertanding di peringkat pusat pada pemilihan UMNO kali ini perlu dituruti pemimpin lain sebagai mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keputusan Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu dianggap tepat ketika UMNO dituntut melakukan transformasi politik dan kepemimpinan dalam mengembalikan keyakinan rakyat.
Pakar geostrategis, Azmi Hassan, berkata UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin termasuk di peringkat cawangan seperti Hishammuddin yang mengambil tanggungjawab bagi kekalahan BN atas keprihatinan terhadap senario politik semasa.
Beliau berkata, mana-mana pemimpin yang sebelum ini berpaut kepada pengaruh Datuk Seri Najib Razak dan kurang mengkritik kepimpinan Ahli Parlimen Pekan itu perlu mengambil tanggungjawab itu.
Katanya, jika Hishammuddin menawarkan diri bertanding dan kemudiannya menang, Ahli Parlimen Sembrong itu akan terus dikaitkan dengan era kepimpinan Najib, sekali gus tidak membantu transformasi drastik diperlukan parti itu.
"Tidak dinafikan status Hishammuddin pada PRU-14 agak berpengaruh dalam UMNO, namun pengaruh ini dikaitkan dengan presiden (Najib). Oleh itu ketiadaan Najib pasti melemahkan kedudukan Hishammuddin terutama sekali ketika pemilihan.
"Teladan perlu dicontohi oleh pemimpin lain untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dengan lebih ramai lagi mengikut jejak langkah Hishammuddin.
"Lazimnya jika parti politik tewas pada pilihan raya, hanya pemimpin tertinggi yang mengambil tanggungjawab seperti Najib. Namun kemelut UMNO adalah berbeza kerana masalahnya berakar umbi hingga ke cawangan, sekali gus menuntut pemimpin di peringkat itu turut memikul tanggungjawab sama," katanya.
Keputusan tidak bertanding jawatan peringkat pusat diumumkan Hishammuddin dalam satu kenyataan.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul melihat keputusan Hishammuddin bukan disebabkan kebimbangan bakal ditolak ahli pada pemilihan akan datang, sebaliknya untuk melihat UMNO kembali kuat dengan fokus mengembalikan Johor kepada BN pada PRU akan datang.
Beliau berkata, tanpa sebarang jawatan akan memudahkan Hishammuddin bergerak bagi membantu UMNO menjadi lebih kuat.
"Tidak semestinya dengan tidak memegang jawatan tidak dapat membantu parti malah saya lihat kejujuran Hishammuddin dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
"Saya lihat Hishammuddin mempunyai prinsip bahawa tidak ada gunanya memegang jawatan tinggi dalam parti jika tidak memegang jawatan utama dalam kerajaan.
"Kita kena menghormati pendirian beliau dan beliau masih boleh menyumbang kepada parti UMNO walaupun tanpa sebarang jawatan," katanya.
Hingga kini beberapa pemimpin sudah menyatakan kesediaan bertanding jawatan tertinggi termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Usahawan, blogger dan penganalisis bebas politik, Rahmat Azim Abdul Aziz menawarkan diri bertanding jawatan presiden, manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk jawatan timbalan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, setakat ini antara yang menawarkan diri ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

8 comments:

  1. Rahmat Azim tu usahawan?
    Ahli perniagaan jugak?

    The type yang ada banyak duit and business minded jugak?

    Hmmm.... takde ke yg jenis anak orang kampung... hidup susah.. tapi pintar... belajar rajin.. berjaya jadi profesional (doktor falsafah ke.. jurutera ke.. doktor ke.. saintis ke... peguam ke...? )

    Yang tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung...

    ReplyDelete
  2. UMNO PERLU DIUBAH SECARA MENYELURUH BUKAN TIGA SUKU..!!

    PRESIDEN

    Zahid Hamidi - SEMESTINYA TAK LAYAK!

    Rahmat Azim Abdul Aziz - perlu dipilih oleh perwakilan jika tiada calon lain bertanding!!

    Ku Li atau tok pa tak bertanding ker..??


    Timbalan Presiden

    Annuar Musa - TAK LAYAK!!!!!!

    Mohamad Hasan - calon disenangi rakyat!!! PERLU DIPILIH PERWAKILAN!!


    Naib Presiden

    Tajuddin Abdul Rahman - TAK SESUAI.!

    Ismail Sabri Yaakob - TAK CUKUP WOW FACTOR UTK UBAH UMNO!

    Shahidan Kassim - sayang sekali terpalit dgn isu kontroversi yg melibatkan raja di perlis

    Johari Abdul Ghani - CALON YG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UTK DIPILIH BAGI KERUSI NAIB PRESIDEN..!! RAJIN MEMBANTU RAKYAT..!

    Khairy Jamaludin - PETAH BERHUJAH TETAPI TERPALIT DGN PELBAGAI ISU.. ANTARANYA KUASA TINGKAT 4 SEWAKTU PAK LAH JADI PM DAN ISU 100 JUTA DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DULU..!

    Mahdzir Khalid - TAK LAYAK UTK KERUSI NAIB PRESIDEN!!

    Mohamed Khalid Nordin - CALON INI JUGA BOLEH DIPERTIMBANGKAN UTK KERUSI NAIB PRESIDEN!


    KETUA PEMUDA

    Asyraf Wajdi Dusuki - LEBIH BERKELAYAKAN BERBANDING CALON2 LAIN! MEMPUNYAI PENDIDIKAN YG BAGUS! PENGETAHUAN AGAMA YG BAIK DAN SEMANGAT KEMELAYUAN YG TINGGI..!

    Khairul Azwan Harun dan Jamal Yunos - SEMESTINYA TAK LAYAK!!!


    ReplyDelete
  3. Hapusterus umno ni

    ReplyDelete
  4. Money kera babun dalam hutang tu layak

    ReplyDelete
  5. Ki ki ki..korang sokong madey,anuar atau guana eng..sekarang tetap kan...nnti senang..nk ludah..ki ki ki..sbb madey dh gerakkan plan D..cari sokongan adun bn...nnti korang jilat balik kahak..

    ReplyDelete
  6. Tak pe lah, nak ulang lagi sekali, bahawasanya, umno perlu diganti pemimpinnya bermula dari presiden hingga ke ketua cawangan dengan wajah baru, muka baru dan wajah muda yg berkhidmat untuk rakyat.

    Umno 1.0 perlu diganti dengan umno 2.0, dileburkan dan diberi acuan yg baru.

    Doktrin baru umno 2.0 adalah rakyat adalah Tuan Kamu, tiada lagi rasuah, tiada lagi penyelewengan, salahgunakuasa, tiada lagi kontrak untuk ahli2 dan kroni2nya sahaja, tiada lagi tempat tertinggi parti untuk golongan elit dan bangsawan.

    Melihat kepada barisan kepimpinan terbaru umno yg ada hari ini, maka benarlah kata2 najib si pencuri, kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia,

    "Layar dikembangkan, sauh dilabuhkan"

    Maksudnya adalah, kapal ni hanyalah berpusing2 dalam bulatan,tiada halatuju, kapal yg gah besar, kukuh, kemas suatu masa dahulu kini sudah mula bocor sana sini dan dimasuki air, tenggelamnya kapal umno bukan disebabkan faktor usia, tetapi hasil kerja tangan kapten itu sendiri dan macai2 haraminya.

    ReplyDelete
  7. Jangan malu wahai umno!!!

    Jika umno 2.0 bertukar doktrin, bermuhasabah dengan diri sendiri amat penting, ubat yg pahit wajib diambil, introvert amat penting dalam saat genting umno hari ini.

    Tiada individu introvert yg boleh dijadikan sandaran mahupun panduan melainkan saudara komrad lim kit siang.

    Mohon umno 2.0 belajar belajar belajar dan hadamkan (jika perlu dirotan! Kerana pemimpin2 umno mempunyai otak sangat tepu, sehingga sel2 otak mereka tidak boleh berhubung) panduan tunjuk ajar dari lim kit siang bagaimana ingin mengubah umno yg jauh tersesat sebagaimana se sesat2 nya hj hadi dan pas, penerima habuan wang haram dari najib si pencuri wang milik rakyat, kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia.

    Jika ingin berjumpa saudara komrad lim kit siang, beberapa kaedah protokol perlu dilakukan iaitu,

    Berdiri tegak, diamkan diri kamu sebisu bisunya, apabila dipanggil maka datanglah kamu dengan merangkak rangkak, seterusnya menghampiri 10 meter terakhir, perlu gulingkan diri kamu menghadap lim kit siang.

    Amalan merafak sembah ini sama seperti dilakukan apabila mengadap raja thailand.

    Tanya lim kit siang apa rahsia DAP yg bergerak sebagai 1 pasukan, unit berdisiplin, teratur (ingat lagi persamaan seperti disebut Allah?) Apa rahsia DAP yg dipandang jujur? Apa rahsia DAP sehinggakan MCA Gerakan dan MIC hancur lebur?

    Sudah tentu saudara komrad lim kit siang bersedia berkongsi pengalaman pahit manis, suka duka hidupnya kerana konsep sharing is caring adalah dekat di hatinya.

    INI KALI LAH!!! KITA KASI UBAH!!!


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com