pages

Monday, June 4, 2018

[SELALU BERGANTUNG PADA ANWAR] Wan Azizah Tak Ada Tokoh Jadi TPM

 ................................................................................................
Aktivis pro pakatan itu turut membandingkan Wan Azizah dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang dikatakan berjaya keluar dari aura bapa dan suaminya sebaik dilantik menjadi pemimpin kerajaan.
.................................................................................................

Aktivis wanita, Asiah Abd Jalil menyifatkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin negara.
Asiah melalui laman Facebooknya berkata, walaupun menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri namun Wan Azizah dilihat sering dibayangi pengaruh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila saya melihat Wan Azizah, saya mula faham kenapa ramai ulama’ begitu skeptikal dalam perihal melantik wanita sebagai pemimpin. Sebab seorang wanita, biar setinggi mana pun jawatannya, masih terpaksa tunduk kepada suami dan berada di bawah bayang-bayang suaminya saja.
“Saya rasa melantik seorang wanita seperti Wan Azizah sebagai TPM wanita pertama di Malaysia hanyalah satu sindiran kepada feminism,” katanya.
Menurutnya lagi, sehingga kini Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga masih belum menunjukkan sebarang kebolehan yang boleh dibanggakan.
“Adakah kita patut berbangga sebab buat pertama kalinya kita ada TPM wanita? Tidak sama sekali.
“Saya dah cakap tentang hal ni dalam komen-komen saya, sejak hari pertama selepas perlantikan TPM, masa itu dia tengah sibuk nak sambut suami balik rumah.
“Okaylah, kita tunggu dan lihat, (tapi) ali-alih dah tiga minggu pegang jawatan pun, belum ada apa-apa yang wow untuk diperkatakan. Okaylah, kita tunggu dan lihat lagi,” bidasnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, aktivis pro Pakatan Harapan (PH) itu turut membandingkan Wan Azizah dengan bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang dikatakan berjaya keluar dari aura bapa dan suaminya sebaik sahaja dilantik menjadi pemimpin kerajaan.
Terdahulu peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim turut dilihat membidas Wan Azizah yang disifatkan sebagai boneka.
“Anwar, tolong bagi ruang seketika (kerana) isteri anda adalah TPM. (Kepada) Wan Azizah, berkelakuan seperti seorang Timbalan Perdana Menteri (ketika menjalankan tugasan rasmi) dan bukan sebagai seorang isteri.
“Duduk sahaja di rumah jika itu yang kamu mahu (kerana) politik bukan tempat anda,” bidasnya sambil memuatnaik gambar Azizah yang sedang asyik mendengar perbualan Anwar bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi. – SuaraTV

3 comments:

  1. JanganNgada cepat mengkritik saja tengok orang buat kerja la

    ReplyDelete
  2. Tu..Anuar tngah mengintai kelemahan tun..1...dh pasti..12 krusi jewcampur party pie
    ..lebih satu dr pas

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar kisah ayah, anak dan seekor keldai?
    Moral od the story..tiada apanpun yang kita buat akan memuaskan hati semua orang dan orang yang sakit hati x akan pernah puas menyakiti hati kita...ada paham adik kakak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews