pages

Saturday, June 30, 2018

SAH Zahid Presiden baharu UMNO (Kubur Kata Mari untuk UMNO)


Umno mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai presiden parti yang ke-7, selepas mendapat 93 undi daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Pencabar terdekatnya, Khairy Jamaluddin hanya mendapat 51 undi dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dengan 23 undi, setakat 9.40 malam ini.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, Datuk Seri Mohamad Hasan meraih 75 undi berbanding Tan Sri Annuar Musa yang mendapat 55 undi, setakat 9.42 malam ini.

Ada 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan 146,000 perwakilan mengundi sejak pagi tadi dan proses mengundi tamat kira-kira 5 petang di sesetengah bahagian.

Pemilihan Umno ditangguhkan sejak 2016 bagi membolehkan parti itu menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Jawatan presiden Umno menjadi tumpuan, selepas Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan itu pada 12 Mei lalu atas kekalahan parti itu dan Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.

Jawatan presiden Umno menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara Zahid, Khairy, Razaleigh dan 2 calon kurang dikenali, Mohamed Iqbal Maricair serta Yusof Musa @ Jamaludin.

Ini adalah kali pertama jawatan presiden dipertandingkan sejak pemilihan pada 1987 yang memecahbelahkan parti itu, di mana Razaleigh kalah tipis 43 undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

9 comments:

  1. Apa nak dihairankan? Ahli2 umno yg beri undi kepada zahid adalah mereka yg sudah terbiasa menerima habuan tidak mengira halal atau haram, mentaliti subsidi yg sudah tidak boleh dibuang, apabila diberi joran, ahli2 umno menuntut ikan dihantar kerumah secara percuma.

    Khairi pun tidak terkecuali, cumanya beliau lebih bersifat strategik menabur dedak.

    hanya ku li yg jujur dan ikhlas, tetapi sayang bilangan undi ahli umno sedikit beri undi kepada beliau.

    Maka tidak hairanlah mentaliti subsidi ahli2 umno inilah yg menenggelamkan kapal bernama umno ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal ku li cenderung ke kem Tun.... tu yang kau kata dia sehabis jujur..... alangkan kepala perompak macam Tun pun hang menyokong.... apalah sangat takat flip flopers mcm Ku Li.... apasal???? Kau nak marah aku sangat kenapa?.... bukan aku yang kata Tun kepala perompak dulu yer.... kau tanya tu.... presiden dan naib presiden parti sekutu dalam pH....

      Delete
    2. "..hanya ku li yg jujur dan ikhlas..."

      maka memang tepatlah hasil survey yang disiarkan semalam iaitu hanya 1% ahli Umno yg menganggap kejujuran dan amanah ialah kriteria penting yg harus ada pada pemimpin Umno.

      99% lagi tidak pandang lansung kepada pemimpin yg jujur dan amanah.

      Aduhai umno...

      Delete
  2. Secara jujurnya, berita zahid presiden baru umno, hanya menggembirakan musuh2 politik mereka terutamanya DAP, kerana mentaliti subsidi ahli umno yg memberi undi kepada zahid tidak berubah, tidak bermuhasabah, mengesahkan bahawasanya umno dan ahli2nya sebenarnya mempunyai jiwa,mental yg lemah,layu, longlai dan pada bila2 masa boleh dikuasai dengan wang ringgit.

    Tidak menghairankan isu bahasa mandarin umpama langau kepada DAP, bunyi bendengung, rupa2nya hanya berminat menghurung najis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu langau2 yang hurungbkepala taik tu kau tak kira plak...🤣🤣🤣aloooooo...... dulu mantan pm yang dah jadi pm semula tu jugak yang korang nista2kan....

      Delete
  3. Ahli2 UMNO dh terbiasa dgn habuan. Undi TR dan KJ dpt habuk. ZH je yg masih ada RM230m tk trmasuk kiraan interest dan imbuhan2 lain hingga ke harini. Mestilah undi dia utk dedak wei.. KJ tk tau mana p RM100m tu (*wink* *wink*)

    ReplyDelete
  4. Tahniah zabid. Cerita lama dh tutup. La buku baru. Pelan2 Kasi si jantung bateri peloop. Lps tu Kita Pakatan Haranap kelam kabut. Riwayat hidup Pakatan Haranap mcm tokong dia jugak, bsrgantung kpd bateri.

    ReplyDelete
  5. Komen macam takut UMNO bangkit semula jer. Jangan risau, UMNO bukan parti berdendam. Buktinya, anak2 mat dey tetap jutawan zaman pak laj ngan najib jd pm.

    ReplyDelete
  6. ahli umno memang perlukan presiden spt dszh..ahli dah muak dengan presiden pondan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews