pages

Sunday, June 17, 2018

Punca KEJATUHAN NAJIB didedahkan


I love PM’- pengalaman saya. 

Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan rasmi projek baru oleh PM. Pegawai inilah sebahagian dari 17,000 political appointees oleh Kerajaan BN. 

Walaupun pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC ini. 

Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosidur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga keperingkat Menteri Kewangan. 

Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops there’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut ‘his whims and fancy’. 

Itu sebab saya sangat bersetuju Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan. 

Prosidur kewangan di GLC sangat berbeza dimana tampok kuasa kewangan hanya dipegang oleh MD atau CEO dan pegawai bawahan tidak mempunyai banyak kuasa berbanding pegawai dalam Kerajaan. 

Walaupun GLC mempunyai team audit dalaman dan luaran, fungsi dan kuasa mereka sangat terhad berbanding kuasa Audit Negara didalam Kerajaan. Audit team di GLC melapur kepada Audit komiti terdiri dari ahli BOD. Ramai ahli BOD pula adalah dari lantikan politik mewakili parti BN dan Umno. 

Dengan kelonggaran ini, ahli politik umno sangat gemar memperalatkan GLC sebagai ‘gold mine’ mereka. 

Semasa pembukaan rasmi sebuah projek masjid di Klang saya saksikan sendiri bagaimana macai dan PR team PM memperalatkan GLC untuk memperkenalkan konsep ‘I love PM’ kepada orang ramai. 

Seminggu sebelum program dijalankan, PR team PM sudah mula menjalankan tugas dengan merancang setiap program secara terperinci. 

Memandangkan warga GLC dan penduduk tempatan masih tidak mencukupi untuk meramaikan majlis, team PM mempelawa ahli ahli BN/umno dari bahagian berdekatan untuk hadir bersama dimana GLC dipaksa menaja kos pengangkutan. Untuk membawa beribu penyokong umno dari bahagian berdekatan bukannya murah. 

Team PR Najib membawa semua khemah tertutup berhawa dingin, kerusi meja, pentas, genset, peralatan PA dan sajian catering untuk 5000 orang. Ini yang dinamakan ‘gravy train’ kerana ramai macai yang menyediakan nya dengan bayaran kos yang tinggi. Akhirnya semua kos akan dibilkan kepada GLC. 

Orang ramai diarahkan datang beberapa jam sebelum kedatangan PM dan team PR mengajak warga GLC memegang placard ‘I Love PM’ dan mengajar melambaikan nya dilaluan PM nanti. 

Pada masa itu saya rasa seperti kebudak-budakan kerana perkara sama dilakukan semasa saya dizaman persekolahan rendah, diajar menjerit ‘Daulat Tuanku’ ditepi jalan hadapan sekolah setiap kali Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor menziarahi Muar pada tahun 70’an dahulu, come rain or shine. 

Senior Staffs dan ahli Board of Directors pula diajar menyanyi jingle ‘I Love PM’ diatas pentas bersama Najib pada akhir majlis nanti. 

Apabila PM muncul maka beria lah semua yang hadir melambai placard dan menjerit ‘I Love PM’. Saya lihat muka Najib sangatlah riang gembira memerhatikan telatah rakyat yang sangat sayangkan PM mereka. 

Setelah selesai semua upacara pecah tanah dan ucapan wajib, maka semua senior staffs dan ahli BOD naik keatas pentas menyanyi lagu patriotik dan jingle ‘I Love PM’ bersama penyanyi undangan mengerumuni Najib, sambil yang lain menikmati makanan catering yang sangat enak seperti sajian di hotel 5 bintang. 

Begitulah bagaimana PM dijulang dan disanjung tinggi seperti sebuah sketsa yang telah di choreograph dan skrip ditulis oleh PR team Najib. 

Kemana Najib pergi, PR team beliaulah yang menentukan lakunan yang akan dilakukan oleh penyokong umno dan rakyat jelata.

Lama kelamaan Najib menjadi ‘out of touch’ dengan kehidupan rakyat marhaen dan ‘detach from reality’ sehinggakan beliau berasa disayangi oleh rakyat walaupun ianya plastik sahaja. 

Najib ibarat hidup didalam satu lakunan drama dengan macai disekeliling sebagai pelakun tambahan, director, propman dan cameraman. Beliau dikelilingi orang yang mendapat dedak dari gravy train dan tidak memahami kesusahan rakyat kerana mendapat info dari pembodek sahaja. 

Selesai upacara pecah tanah projek, GLC terpaksa menanggung bil berjuta ringgit yang perlu dibayar kepada kontraktor ‘gravy train’ untuk upacara selama 2 jam itu. 

Jauh disanubari saya terrfikir apakah tujuan dan maksudnya istilah memuja ‘I Love PM’ ini? Bukankah lebih baik konsep ‘I Love Malaysia’ sebagai slogan perpaduan rakyat berbilang kaum? 

Begitu juga idea Satu Malaysia ini yang sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Wahai pemimpin, jadilah seperti Khalifah Umar bin Al Khattab yang suka meronda diwaktu malam untuk mendengar sendiri rintihan rakyat, bukan mendapat feedback dari pembesar dan pembodek sahaja.

Semoga Kerajaan PH mengambil iktibar dari kejatuhan Najib dan Parti Sarkis ini.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
Mekah
1 syawal 1439.

11 comments:

  1. kalipah umar kan dah ade kat pulau pinang... kalipah beli banglo lajak murah

    ReplyDelete
    Replies




    1. PH janji tunai manifesto
      MyMetroMutakhir


      Tweet

      MOHAMAD Sabu memberi ucapan di Dataran Timur, Petaling Jaya. FOTO Saddam Yusoff

      Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Suraya Roslan
      cnews@nstp.com.my


      KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) berjanji akan menunaikan manifesto sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat yang mengundi parti itu sehingga tertubuhnya kerajaan baharu.

      Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, sokongan padu rakyat membuktikan mereka menentang penyelewengan dan ini yang akan berlaku jika pemimpin berlaku zalim ,.....................



      SAMA DENGAN JANJI YAHUDI !!!!

      Delete
  2. Pada 1 syawal Jumaat lepas, Najib buat rumah terbuka utk penyokong beliau di Pekan. Ada laa pihak media temu ramah beberapa tetamu yang hadir.

    Seorang Puan ni cakap, mmg dia tahu tentang semua tuduhan terhadap Najib tp di berpendirian, Najib's innocent until proven guilty.

    Seorang Tuan ni pulak ckp, rakyat Malaysia sebenarnya lebih mahu melihat kerajaan PH melaksanakan semua janji dalam manifesto mereka, bukannya nak dengar tentang kesalahan kerajaan terdahulu.

    Saya tak salahkan cik Puan tu. Ye lah, tentu sukar dia nak terima hakikat pemimpin kesayangan dia dituduh macam-macam. At least, dia tak kata semua tu fitnah so, saya fikir boleh terima laa pendirian dia.

    Tapi yg cik Tuan tu... aiyoo...!!! still in denial..!?
    Adakah ahli-ahli UBN lain yg juga brpikiran spt dia ni akan berdemonstrasi bila Najib dibawa ke mahkamah utk dikenakan tuduhan nanti? Spt apa yg penyokong2 DSAI buat pada 1998 dulu?

    Mufti2 dan lebai2 tak nak ke ambil sikap proaktif dan nasihatkan semua orang supaya jangan taksub dgn pemimpin mereka dan insaf bahawa tiada orang yg maksum pada akhir zaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. soh la deme2 tu bel popcorn banyak simpan buat stok....
      banyak episode drama kali ni.... tp takpe free tayangan kat semua channel

      Delete
  3. Najib banyak mendapat tuduhan tetapi lambat respon. Lama2 rakyat percaya Najib dan bn bersalah. Ni punca BN kalah. Apa2 pun sokongan 95% cina kat dap dan pkr dan aura madey menambahkan lagi kekalahan. Pemimpin jika syok sendiri memang akan cepat lingkop, kik3

    ReplyDelete
  4. Agreed. Muhasabah di atas apa yg telah berlaku sebelum GE14. politician yg memdapat mandat dan kepercayaan rakyat bekerjalah dgn jujur ikhlas dan penuh berintegrity. ..

    ReplyDelete
  5. Ki ki ki..najib menyambung legasi pm sebelum2 nya..siapa pm swbelum2nya..
    Madey..pm ni pn buat benda yg sama..tapi semua pemimpin yg mwnunggu Q..yes boss..ki ki ki.
    Itu budaya umno..tapi kerajaan yg munafik akan ter sungkur jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi ko nak kata semua PM kat malaysia ni semua pencuri juga ke?termasuk ayah najibun sendiri? kalau PM lain makan taik,najibun pun nak makan taik juga ke?kan x masuk akal orang yang hanya tau meneruskan legasi PM sebelumnya nak dijadikan pemimpin?kalau sekadar meneruskan legasi,so apa pula legasi najibun as PM?by the way,PM sebelum Najib was Tun Abdullah ye, bukan Tun Mahathir.ko kalau nak spin pun agak2lah,jangan sampai sejarah pun nak diputarbelitkan sama.

      Delete
  6. Replies
    1. tapi x lah seteruk kali ni.... mencuri duit rakyat tu satu hal
      pastu tekan rakyat dengan cukai melambung lagi.. pastu duit hilang jgak tak ckup2... tapi dia laki bini bermewah2...
      lupa kot bahawasanay doa orang teraniaya kan makbul....
      mendapatlah akhirnya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com