pages

Wednesday, June 20, 2018

Penjelasan Isu Pemberian Duit Raya MB kedah (kata CG, duit raya aku, ko yg panas)


Isu pemberian duit raya dimajlis sambutan raya MB Kedah

1.Pada mulanya saya tidak berhasrat untuk menjawab isu ini kerana isunya tidaklah besar.Ianya bukan isu pecah amanah atau tidak ada intergriti maupun rasuah.Ianya juga bukan isu melakukan kezaliman kepada orang lain.
Tetapi oleh kerana isu ini dimulakan oleh cybertrooper Umno dan di sambut oleh ahli maupun pimpinan Pas,maka saya kira isu kecil ini mahu di politikkan oleh pihak pembangkang yang kesan luka pilihanraya baru-baru ini masih berdarah.
Diatas alasan ini saya mengambil keputusan untuk membuat pencerahan supaya rakyat awam faham apa yang sebenarnya berlaku.

2.Majlis sambutan raya YAB MB Kedah telah di uruskan sepenuhnya oleh Pejabat Perbadanan Menteri  Besar Kedah (MBI).Sekalung tahniah diatas kejayaan menguruskan acara besar ini yang telah menerima  kehadiran pengunjung lebih dua puluh ribu orang.
Mereka datang seawal jam 10 pagi,bertali arus tidak putus-putus.
Dua tempat makanan disediakan,didalam dan diluar dewan.
Pengunjung rata-rata memberi pujian makanan banyak pilihan dan semuanya sedap.

3.Kanak-kanak juga berlari sana-sini kegembiraan disamping ibu bapa pula menikmati keadaan yang santai,majlis yang teratur dan di sambut oleh Yab Menteri Besar sendiri dan isteri bersama barisan Exco.

4.Ribuan kanak-kanak yang hadir samada berjalan sendiri bersama ibu bapa mereka maupun yang masih kecil berada di dukungan ibu bapa masing-masing.

5.Memasuki laluan utama ke dewan mereka berpusu-pusu masuk bersalaman dan bersuafoto dengan MB sementara MB dan isteri menghulurkan sampul duit raya berisi Rm 5.Dihujung barisan ini tangan kanak-anak yang sudah dapat duit raya ini akan di cop.

5.Dan inilah yang telah dijadikan isu oleh pihak tertentu.Jawapan saya kepada isu ini adalah seperti berikut :

A.Mekanisma cop ini dibuat untuk memastikan mereka hanya dapat duit raya sekali.Ini untuk memberi peluang kepada semua dan seramai mungkin dapat merasai duit raya ini walaupun nilainya kecil.
Saya juga terlibat menghulurkan duit raya ini.Ramai yang sudah dapat datang untuk kali kedua dan saya menolak dengan baik kerana setiap mereka yang ambil dua kali bermakna mereka telah menutup peluang orang lain.
Malah ramai orang-orang tua juga minta duit raya dan kita menolak kerana ini untuk kanak-kanak sahaja.Memberikan kepada mereka juga bermakna menutup peluang yang sepatutnya untuk kanak-kanak.

B.Saya kira jauh lebih penting tujuan mekanisma cop di tangan ini dibuat adalah untuk mendidik erti amanah dan intergriti serta disiplin seawal usia lagi.
Inilah isu utama mengapa rakyat melakukan perubahan dalam Pru baru-baru ini.Rakyat mahukan sebuah kerajaan baru yang bekerja untuk rakyat dengan penuh sifat amanah dan intergriti.
Saya kira kita mesti berubah dari segi mentaliti lama,walaupun isu cop ditangan ini nampak kecil tetapi kesan mendidik bermula dialam kanak-kanak ini sangat lah besar.

Kenapa hasrat ini harus dibantah?.

Ayuh kita sama-sama membina pemikiran kearah reformasi politik baru.

Dr Ismail Salleh
Exco Penerangan Kedah.

25 comments:


  1. Tahun hadapan mungkin bebudak itu pergi ke rumah orang yang memberi duit raya tanpa mengotorkan tangan.... So MB boleh kurang perbelanjaan duit raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang tua yg tak bawa anak mungkin cop tu dirasakan kotor padahal cop tu cat air, boleh basuh jerr.
      Cop tu juga gambar kartun, kanak-kanak cukup suka.

      Kalau encik nak tau, trend zaman sekarang, hari raya anak-anak dara pula akan lukis ukiran guna inai kat tangan, macam pengantin. Bagi mereka, semua tu cantik tapi yelah mungkin bagi Encik... semuanya kotor kan... kecuali kalau UBN yg buat... kan? kan? kan?

      Delete

  2. Bapak borek anak rintik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji tak simpan jongkong emas dlm rumah..simpan bilion dlm akaun sendriiii..

      Delete
  3. Orang malaysia dari bebudak sampai tua bangka kalau x diajar hard way kata orang putih ..akan jadi macam yang tua bangka sekarang..tengok aje yg lempar sampah keluar tingkap..bertabur sepanjang jalan ke pantai timur kelmarin orang islam ke kapir? Yang parking bersimpang siur masa solat tarawih sampai menyusahkan pengguna jalan yg lain tu orang kapir ke?yang tapau nasik orang berbuka masa ade lagi kariah yg belum dpt berbuka tu orang kapir ke?yg pegi raya rumah orang terkinja2 makan bertabur macam ayam makan dedak tu anak kapit ke? Ni lah mentaliti orang melayu typikal yg x kan boleh diubah sampai bila2..dan aku setuju bebeno budaya mengecop ni sbg satu bentuk pendidikan dr usia kanak2..syabas

    ReplyDelete
  4. ha ha ha alasan yang bodoh dicipta. Hakikatnya budak-budak bukannya kaki penipu nak ambil duit raya banyak kali.

    ReplyDelete
  5. raya tahun depan boleh la bebudak tu semua pegi collect duit raya kat orang yang suka politik kan hal ni.ye la kalau collect kat dia kan tak kena chop tangan tu dan boleh collect duit raya tu 2 3 kali.
    hehehe settle the kettle.

    ReplyDelete
  6. Duit raya ni bukan fardhu atau wajib.
    Tapi yang tak reti bahasa tu dapat sekali tak cukup. Tamak le gamak nya tu.

    ReplyDelete
  7. Betul ke duit aku

    ReplyDelete
  8. Poorahlah UMNO cybertroopers, buatlah kerja yang lebih bagus sikit dgn mengukuhkan kembali pucuk UMNO yang sedang mereput. Ini tidak, hanya mencari kesalahan dan suka masuk kelambu orang lain. Malu sikitlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poodah PH menang kerana menipu rakyat dengan janji kosongggg.

      Delete
  9. Menegak benang yg basah..ki ki ki
    .macai2 yg selalu mengampu admin mana..komen laa..ki ki ki..duut raya org pn bagi 5 ringgit..10 ringgit pun ada..tk sampai berkira dgn sedekah atau sumbangan..income baru 5k..mb income berapa puluh k...
    Duit raya tu dr poket mb sendiri kan..tkkan kedekut beekita..taik idung masin..ki ki ki..patut la macai pn sama..gst 2-3 posen pn kecoh..kepala terjun longkang ...ekir ngikut sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIAQ PI MUKHRIZ LA NAK BAGI BERAPA PUN, JANJI TRADISI BERI DUIT RAYA TETAP DITERUSKAN.TRADISI YANG PENTING, BUKAN DUIT.AWAT LA HANGPA NI MASIH DOK DENGAN PEMIKIRAN 'CASH IS KING' LAGI.ASYIK DOK PIKIAQ DUIT SAJA,LAIN X MAU PIKIAQ..ADA SEPULUH MACAM HANG,LINGKUP NEGARA..AWAT, HANG INGAT MUKHRIZ ADA DUIT BANYAK MACAM NAJIBUN KA?KALO NAJIBUN BOLE LA DOK HULOQ BERPULUH, BERATUS RINGGIT BUAT DUIT RAYA PASAI DIA ADA HARTA BANYAK BERKOYAN HASIL DERMA TOK ARAB.KI KI KI KI

      Delete
  10. bangang punya MB duit raya tu ciput sgt takut ssgt budak budak rata dapat duit angpaw 2 atau 3 kali kena cop lagi.. klu projek kroni billion nnti kena cop jugak ke takut dapat 2 atau 3 kali projek nnti..

    ini contoh kjaan yg diasaskan fitnah jijik.. karma yg kecil pun tuhan tunjukkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piraaah...
      Berbillion konon.
      Yang puluhan dan ratusan billion umno/BN pulun tu ko tak sebut?

      Delete
    2. CIPUT X CIPUT,ITU TETAP DUIT RAKYAT,BUKAN DUIT BAPAK HANG..MANA BOLEH DAH DAPAT SEKALI, NAK PI MINTA LAGI?ABIS ORANG LAIN XYAH DAPAT KA?DASAR PEMIKIRAN CASH IS KING..

      Delete
  11. Depa dok bising pasai depa jenih ambik hat orang kut
    Takpun jenih nak dia aja lebih dari org lain
    Perangai teruk bn

    ReplyDelete
  12. Pak PA$ suruh anaknya pusing 2x..dah kantoi.. pastu bikin jarum...😂

    ReplyDelete
  13. Pak PA$ suruh anaknya pusing 2x..dah kantoi.. pastu bikin jarum...😂

    ReplyDelete
  14. Jawapan haprak weh. Buat kerja bodoh. Bagi duit raya cop pula ditangan. Kedekut nak mampus agwknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERJA BODOH APANYA KALO ITU ADALAH LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN DUIT PERBENDAHARAAN NEGERI DIURUS DENGAN BAIK DAN AMANAH.KO NAKATAKEDEKUT KE APA KE,BAGI MUKHRIZ,RM1 PUN TETAP ADALAH AMANAH.INGAT, LA NI ZAMAN MALAYSIA BAHARU LAH.BUKAN LAGI ZAMAN PARTI KORUP DAN KLEPTOKRASI DULU.

      Delete
    2. Kedekut ke tidak, sekurang-kurangnya ada jugaklah diorang bagi duit raya. Ko hado?

      Delete
  15. Itu ja macai yg berani pertahan kn mb...mada yg lain..ki ko ki..baru tau yer...dulu jadi pembangang.asal ada isue kecil..ko sapu..khakk tusd kahah hijau...pemilihan omno tkder kena mengena dgn cop tangan bagi duit raya....datang la..2-3 kali..kalau rajin..
    Kan ada cara lain..buat Q..pasang tali..kalau nk ajar rakyat berdisiplin..klu ada ny nk beratur lg.pasal 5 henggit..biar dia pi beratur jauh belakang..berapa ramai yg sanggup..
    Mmg ada la juga yg sanggup menipu ambil 2 kali..itu kan resmi pemimpin ph..suka kencing..tk gitu admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI LAGI BANGGANG,MEMANG HASIL PEMIKIRAN CASH IS KING.BUAT QUE PASANG TALI KONON NAK AJAR RAKYAT BERDISIPLIN,TAPI PADA MASA YANG SAMA CARA TU X MENDIDIK RAKYAT UNTUK JADI AMANAH SEBAB DIORANG BOLEH PUSING QUE SEMULA LAGI SEKALI.X KE BODOH NAMANYA?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews