pages

Thursday, June 21, 2018

Pengakuan Najib: saya tak jangka BN kalah teruk


Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 Datuk Seri Najib Razak percaya ada beberapa kerusi akan menyaksikan calon BN akan kecewa.
Namun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tidak menyangka parti yang dipimpinnya itu akan tersungkur untuk kali pertama sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
"Saya ada menjangkakan sedikit. Saya tak menyangka ia begini teruk.
"Saya fikir kami mungkin kalah di beberapa kerusi namun saya tidak menjangkakan keputusan sebegini dramatik dan malang.
"Ia adalah trauma seperti yang anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang bertahan dalam kuasa selama lebih 60 tahun.
"Sejarah Malaysia pada asasnya ialah sejarah Umno dan BN," katanya sewaktu diwawancara agensi berita Reuters di Langkawi, Kedah.
Najib dan isterinya Rosmah Mansor sedang bercuti di sebuah pusat pelancongan elit di pulau peranginan berkenaan. Pasangan terbabit sebelum ini sudah merancang untuk bercuti ke luar negara tetapi terpaksa dibatalkan apabila nama mereka dimasukkan ke senarai orang yang dilarang meninggalkan Malaysia oleh Jabatan Imigresen.
Pada PRU ke-14 lalu BN hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Lima tahun lalu gabungan terbabit memenangi 133 kerusi dan kekal memerintah Malaysia.
Lebih memburukkan keadaan BN, sembilan daripada 13 parti komponen mereka meninggalkan gabungan berkenaan untuk membentuk pakatan sendiri di Sarawak.
Keadaan itu meletakkan BN kini hanya menguasai 57 kerusi di parlimen.
Dalam temu bual itu Najib menyalahkan tuduhan dilempar pembangkang sebagai punca BN kecundang.
"Mereka (pembangkang) tampil dengan tuduhan yang berat untuk memfitnah saya dan kerajaan.
"Malangnya selepas satu tempoh, ia mengubah pandangan orang ramai," katannya.
Najib juga berkata Tun Dr Mahathir Mohamad - tokoh yang satu ketika dulu bersungguh-sungguh melobi untuk menaikkannya menjadi perdana menteri - pintar dalam strategi semasa mengepalai Pakatan Harapan bagi berdepan dengan BN.
"Dia tahu BN, dia tahu mengenai perkhidmatan awam. Dia tahu segala-galanya mengenai sistem yang ada, jadi dia beroperasi dari dalam dan luar. Justeru dia mempunyai kelebihan tersendiri.
"Dia agak pintar dari satu segi, merangkumkan segala-galanya dalam terma yang sangat mudah dan mengulang-ulanginya berkali-kali.
"Satu lagi isu yang saya sedih ialah kami tidak kalah kepada

4 comments:

  1. Fitnah, fitnah, fitnah.....
    Dptlah tidor lena kerana ada alasan fitnah.

    Yg kau kacau ganggu ugut sebelum ni xnk kira. Tunggu shjlah apabila diheret kemahkamah, buktikan disana fitnah. Bukan melolong dimedia sana sini

    ReplyDelete


  2. Diantara sebab2 kekalahan tersebut adalah kerana rakyat percaya bahawa PH dapat menunaikan janji2 dalam manifesto mereka untuk mengurangkan kos sara hidup.

    2. Sementara Najib pula tidak berusaha untuk menurunkan kos sara hidup...sebaliknya memberi brim....untuk menurunkan harga barangan saya fikir BN perlu mengarahkan agensi-agensi kerajaan membeli semua hasil sayuran dan daging ayam dengan harga berpatutan dan menjual semula dengan separuh harga.... Bermakna kerajaan rugilah sikit... Tapi dapat ditampung dengan GST.

    ReplyDelete
  3. Kenapa tergantung rencana ini

    ReplyDelete
  4. UMNO najib patut lenyap tinggal sejarah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews