SILA KLIK

pages

Thursday, June 21, 2018

Pemuda Amanah:Najib Tido ke Tiada Kawalan ke atas Jho Low


KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL

TIADA KAWALAN KE ATAS JHO LOW; ADAKAH DATUK SERI NAJIB RAZAK TIDUR KETIKA MENJADI PENGERUSI 1MDB

1. Adakah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidur ketika menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana menyatakan dalam temubual dengan Reuters bahawa beliau tidak ada kawalan ke atas tindakan Jho Low berkaitan transaksi 1MDB. Adalah mustahil Datuk Seri Najib Razak tidak tahu tentang peranan Jho Low dan penggelapan dana 1MDB kerana Article 117 Memorandum and Articles 1MDB mengkehendaki segala komitmen kewangan 1MDB termasuk pelaburan perlu melalui kelulusan bertulis Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. 

2. Keperluan yang dinyatakan secara jelas oleh Article 117 ini sememangnya mengikat Datuk Seri Najib Razak terhadap beberapa transaksi yang dibuat secara salah dan curang kepada syarikat yang dikawal Jho Low antaranya bayaran USD700 juta kepada Good Star Ltd dan bukannya kepada PetroSaudi International serta USD3.5 bilion kepada Aabar Investment PJS Ltd sehinggakan disaman di Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London. Walaupun telah dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2016 bahawa wujud penyelewengan dalam kedua-dua bayaran tersebut, namun tetap tiada sebarang tindakan diambil oleh mantan Perdana Menteri itu.

3. Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja gagal bertindak ke atas Laporan PAC tersebut, sebaliknya Laporan Audit mengenai 1MDB pula diklasifikasikan di bawah OSA. Hukuman penjara 54 bulan yang dikenakan terhadap pegawai bank BSI di Singapura yang menguruskan akaun Jho Low berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah bukti jelas penglibatan Jho Low dalam transaksi salah dan curang 1MDB. Justeru, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menggangap kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab seorang pemimpin utama negara sewaktu skandal mega ini berlaku. 

4. Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja dilihat melindungi transaksi salah dan curang  1MDB, malahan beliau menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan untuk menggunakan dana rakyat bagi menyelamatkan hutang 1MDB sebanyak RM7 bilion. Hutang-hutang yang dibayar kerajaan ini dibuat tanpa sebarang siasatan atau due diligence walaupun syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) tersebut mengalami kerugian teruk dan tanggungan hutang yang besar. Maka, kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB adalah sesuatu yang baik untuk negara dan beliau tidak tahu tentang penggelapan dana 1MDB jauh meleset daripada fakta dan keadaan sebenar. 

5. Jawapan-jawapan bersifat penafian kosong oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan skandal mega ini tidak merungkai segala persoalan yang timbul selama ini.  Datuk Seri Najib Razak gagal menyakinkan rakyat bahawa beliau tiada apa-apa kepentingan dalam transaksi-transaksi salah dan curang 1MDB memandangkan tiada sebarang tindakan diambil terutama ke atas Jho Low yang masih kekal kebal daripada tindakan undang-undang hingga kini. 

FAIZ FADZIL

TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH
ADUN PERMATANG PASIR

21 JUN 2018

3 comments:

  1. tan seng giaw dah kata tidak terlibat segerakan kes 1 mdb .
    tak payah nk gebang lagi .

    ReplyDelete
  2. Sekarang masa utk kamu tgkap jho lho tu..dh x berguna nk crita hal najib..sepatotnya skrg masa kamu bekerja plk sebagai kerajaan bukan lg pembangkang..takat berckp aku pun blh..masa bn dgn kebobrokknnye sdh brlalu..

    ReplyDelete
  3. Sekarang masa utk kamu tgkap jho lho tu..dh x berguna nk crita hal najib..sepatotnya skrg masa kamu bekerja plk sebagai kerajaan bukan lg pembangkang..takat berckp aku pun blh..masa bn dgn kebobrokknnye sdh brlalu..

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com