innity

pages

Sunday, June 10, 2018

Pemimpin PKR TIDAK SETUJU Anwar melobi golongan elit

Kepimpinan tertinggi PKR tidak sehaluan dengan tindakan dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurut mereka seperti melobi sokongan daripada golongan elit berpengaruh, sebulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas dan pembebasannya seminggu selepas itu.

Mereka berkata individu yang mereka kempenkan sebagai perdana menteri sejak 2 dekad lalu menunjukkan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini.

Sumber dalam parti berkata ramai pemimpin termasuk golongan dalaman yang menanggotai biro politik PKR berkata pertemuan Anwar dengan raja-raja Melayu dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati golongan diraja, lebih 2 dekad selepas dia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melucutkan kekebalan raja-raja daripada undang-undang.

Mereka berkata sejak dia dibebaskan, dia tidak menunjukkan kelakuan seorang perdana menteri menanti, tetapi seorang yang tergesa-gesa,” kata sumber PKR yang rapat dengan golongan dalaman itu.

Anwar, yang akan berusia 71 pada Ogos, dibebaskan pada 16 Mei, selepas diberi pengampunan diraja yang dinanti-nantikan. Pengampuan itu membolehkan dia kembali aktif berpolitik. Beberapa jam selepas pembebasannya, dia dipanggil ke Istana Negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Anwar kemudian bertemu raja-raja Melayu di beberapa istana negeri, menyebabkan pengkritik tertanya sama ada dia cuba melobi sokongan raja-raja untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepadanya dalam tempoh masa 2 tahun.

Tetapi kunjungan lewat malamnya ke istana di tengah-tengah kebuntuan tentang pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, yang menyebabkan penyokong PKR, termasuk pengikut setia, mempersoalkan motif beliau. 

Apabila dia secara terbuka mengumumkan dia sedang bertemu Sultan Muhammad V ketika timbulnya cerita Tommy Thomas, ia seolah-olah mengatakan dia yang mendapatkan persetujuan diraja,” kata sumber itu.

Ini secara tidak langsung cuba menguatkan perspesi dalam fikiran tentang adanya perselisihan antara Dr Mahathir dan istana, dan Anwar yang menyelamatkan keadaan. Seorang ahli politik berpengalaman dan kanan tidak sepatutnya berkelakuan seperti orang baru nak naik,” katanya.

Anwar mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengatakan dia cuba melobi sokongan raja-raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” katanya dalam temubual oleh badan berkaitan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan ditengah-tengah propaganda mengatakan gabungan ini diketuai DAP, yang akan menghakis kuasa raja-raja dan orang Melayu. Jadi saya ke sna untuk beritahu mereka bahawa maruah dan kedaulatan raja-raja akan didukung.”

Kenyataan itu dicabar oleh bekas pemberita berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin, yang menganggotai majlis tertinggi PPBM dan merupakan pengikut setia Dr Mahathir.

Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu.

Anwar segera mengkritik Kadir, mengatakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu tidak menjaga tertib. Kadir sudah meletakkan jawatan daripada Majlis Penasihat Kerajaan.

Sumber PKR mengatakan pemimpin parti juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan dia tidak akan meminta isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengosongkan kerusi Pandan untuk dia bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Sudah tentu dia juga tidak akan minta anak perempuannya mengosongkan kerusinya,” kata sumber itu, merujuk kepada Nurul Izzah yang menang di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakili Anwar dan dikosongkan isterinya pada 2008 untuk membolehkan dia kembali ke berpolitik.

Ini bermakna kita akan menyaksikan bapa, ibu dan anak dalam kerajaan,” kata sumber itu.

Ini mengesahkan apa yang Umno katakan selama ini, yang kita ini parti ‘anak pinak’,” katanya. - FMT

7 comments:

  1. Beliau telah melalui jalan derita yang sgt berat. Tentu dia tahu apa nak buat. Dia dah lama berkonfantasi dengan org. Dgn Tun M dah ok. Eloklah berbaik2 dgn org lain pulak. Elik juga berperasanka baij

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai ko dah knapa?

      Delete
    2. "Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu."

      Agak2 korang, rm 257 juta tu tak betul, tak sah atau palsu?

      Baiklah mungkin akal kita sedikit tepu, sel2 otak kurang berhubung di bulan puasa ini.

      Siapakah yg mempunyai akses di kementerian kewangan hari ini?

      Adakah A Kadir Jasin yg berpengalaman luas dalam dunia media kewartawanan suka2 beri maklumat? Omputih cakap pluck from thin air?

      Sendiri mau ingatlah...

      Delete
  2. Tanyalah rakyat?

    Dah menang kenapa percaturan hingga kedua dua pihak lupa diri?

    ReplyDelete
  3. Bagaimana orang boleh mendakwa DSAI melalui perjalanan tergesa2 walhal beliau telah habiskan byk masanya dlm penjara kerana perjuangan rakyat? Tidakkah mereka yang memberi komen itu dan ini merupakan hanya mengeruhkan situasi bibit perpecahan? Bagilah peluang pemimpin yang melalui detik2 kesukaran yang mereka lalui berbelas2 tahun sehingga terwujudnya pakatan harapan untuk menjalankan kerja2 mereka dgn jujur dan lancar.

    ReplyDelete
  4. Wahai Tajnur, "telah byk menghabiskan masanya dlm penjara kerana PERJUANGAN RAKYAT?" Seriously??? Klau dlm kes Rafizi n Dato Khairuddin tu bru betul la masuk penjara sbb memperjuangkan rakyat.. Anwar? Dr kes pertama n yg kedua, apa yg boleh dikaitkan hukuman yg dia kene tanggung tu sbg memperjuangkan rakyat? Aduhhh... pls.. open ur mind bro... ni la yg aku kesian ngn mentaliti org Melayu.. mudah terpesona n mudah kene manipulate...

    ReplyDelete
  5. Mandela masuk penjara kerana memperjuangkan kebebasan rakyat dan negaranya.Bukan kerana meliwat.Begitu juga dengan Gandhi yang dipenjarakan kerana nak memerdekakan negaranya India.Kedua-kedua pemimpin hebat dalam sejarah dunia ini tidak pernah lari ke kedutaan Turki untuk selamatkan diri daripada ditangkap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com