pages

Tuesday, June 12, 2018

(NAJIB SEMPAT RAYA TAK) AG telah terima kertas siasatan kes 1MDB petang ini



Jabatan peguam negara memaklumkan telah menerima kertas siasatan 1MDB petang tadi.
Peguam negara Tommy Thomas berkata, beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan itu.
Katanya, pasukan pertama bertujuan untuk memulakan dakwaan jenayah, jika ada, manakala pasukan kedua untuk prosiding sivil.
"Kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti kertas siasatan namun mengambil maklum akan keperluan untuk meneliti perkara ini dengan kadar segera," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, beliau juga berkata telah menandatangani permohonan untuk bantuan guaman bersama (MLA) dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriyah Arab Bersatu.

"(Kami) berharap agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka," katanya lagi.

22 comments:

  1. Jgn laa jahat & busuk hati sgt tn admin..

    ReplyDelete
  2. busuk nya hati, makin hampir umat islam nak merayakan Aidil Fitri, masih ada umat yang mendoakan yang buruk kepada sesama islam dan menyokong orang bukan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik sokong bukan Islam daripada menyokong Penyamun!!!

      Delete
    2. Majoriti timbalan Pendakwaraya dan Peguam Kanan Persekutuan di Pejabat Peguam Negara ialah peguam2 beragama Islam.

      AGC bukannya macam bilik darjah di mana budak2 mendongak tunggu arahan daripada guru.

      AGC ialah satu pasukan peguam.

      Peguam Negara hanya selesaikan masalah jika ada, merancang struktur dan menasihat pasukan.

      Jangan laa asyik nak guna isu perkauman. Kalau Peguam Negara tu beragama Islam sekalipun, dia juga akan lakukan sama seperti apa yg Tommy Thomas buat tu. Dia tetap akan dakwa sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang.

      Jangan pikir hanya kerana nak raya, perlu ada ehsan. Orang jahat tak pernah pun pikir semua tu bila mereka nak buat jahat.

      Delete
    3. habis tu yang lanun amek peguam kafir tu apa citer?
      apa kat malaysia ni da takda peguam melayu islam ke....hihihi anyway mari kita tengok sape yang kena..

      Delete
    4. Kah kah kah..
      Kalau perompak tu melayu dan beragama islam harus dibela..
      Nk tnya tok guru mana yg ajar ni?

      Delete
  3. segerakan kea 1 mdb

    ReplyDelete
  4. Orang kafir akan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan orang islam dan bila orang kafir itu di bantu oleh orang islam maka patut lah orang itu di tentang

    ReplyDelete
  5. Masa songlap duit 1 MDB take ingat pula pada Islam

    ReplyDelete
  6. Elok juga di sana, najib dan rosmah memang berharap kes ini dicepatkan.

    Penyokong najib pun asyik bertanya, AG perlu sahut cabaran.

    ReplyDelete
  7. Assalam tn admin. Kerajaan kena berhati hati dengan kes ni, kalau didapati bersalah sama mcm menuduh kerajaan arab saudi menipu dan implikasinya lebih besar. Kalau didapati tidak bersalah ianya menjadikan kerajaan sekarang dibina atas dasar apa le agaknya.

    ReplyDelete
  8. Salah tetap salah tak kira islam atau bukan. Kalau ada kes, eloklah bagi peluang dia tidor di lokap semalam dua.

    ReplyDelete
  9. Jahat dan busuk hati? Peliknya...

    ReplyDelete
  10. Penjenayah lain yg kena tangkap time raya taknak kesian ke? Takkan kat najib saja mau kesian? Time ni ka nak guna agama, time bedal duit rakyat taknak guna agama,pigidah

    ReplyDelete
  11. Ki ki ki..ini ked 1mdb kena kaji lagi..bukti tk cukup..nk cari stor simpanan duit 1mdb..nk cari jho low..mana dia nyorok..klu tk dapat jho low..tk boleh dakwa najib..sbb jho low yg bago najib 2.6 biliuunnn.ki ki ki.
    Klu jho low yg sebat duit tu..jho low lew yg salah..manipulasi duit mcm george soros..madey kna try lagi yg terbaik...mb kedah si boboi dh tk boleh tidur malam...takhta nk kna rembat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bukti tak cukup, tapi masih perlu dilengkapkan lagi. Misalnya jika tertuduh perlu menghadapi 100 kes pertuduhan tetapi hanya 40 kes saja yang ada bukti cukup, bagaimana pula dengan yang lagi 60 kes itu? Tak kan nak write off begitu saja walaupun 40 kes itu tertuduh sudah pun kantoi. Jangan dok spin!!!

      Delete
  12. Bukan pasal busuk hati tetapi kenyataan. Sekian lama rakyat dizalimi, ditindas dan ditipu. biarlah undang2 yg tentukan. kalau tak salah nak takut apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamg betul.... Beratus2 orang telah di penjara kan tanpa pembicaraan, Dan berbelas2 telah syahid ditembak dengan peluru hidup....Lebih yahudi dari Yahudi.

      Delete
    2. Jgn sembang mcm org PAS..tak tahu akal ekor punca ceeita n dengar gossip org ja dah buat rumusan..

      penjara tanpa bicara kena ada utk kes menggugat keselamatan islam dan awam lebih2 lg kalau bukti susah nak dibentangkan di mahkamah atau saksi takut tampil bg keterangan tp pihak berkuasa mmg mempunyai intel yg org tersebut berbahaya..mcm kes memurtadkan org melayu, menyebarkan fahaman keganasan, sebarkan fahaman syiah, menghasut rakyat memberontak etc..

      Mati syahid tu sibjektif brader..kalau kes memali tu kau kena siasat sampai habis siapa yg keluar arahan pada polis..kalau org PAS tak habes2 ckp Tun..get ur facta right brader..tabayyun n tatsabbut..

      Kena igt Islam itu bukan PAS dan PAS bukan Islam mutlak..parti ja nama Islam..kalau bukan sebab peraturan ROS, dah berlambak parti politik Islam yg didaftarkan..

      Delete
  13. Ramai orsng Islam jadi kaki fitnah.
    Kalau belum dibicarakan kata dah salab, inilah yang dikatan fitnah.
    Tunggulah keputusan mahkamah kalau nak kata apa pun.
    Kalau tetiba Najib tak bersalah, nak pergi cium kaki Najib ke nak minta ampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg rakyat mahukan selama ini. Najib dibersihkan dimahkamah. Bukan ganggu siasatan dan halang kes dari dibicarakan dimahkamah. Kalau xsalah kenapa takut sgt masuk mahkamah.

      Kalau betul najib bersalah, kamu nk cium kaki tiap org yg mahu naji dibicarakan?

      Delete
  14. Kene kat idola dia baru dia tau.. Dulu kena kat dsai bkn main korang dia pon islam juga hahahaaahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com