pages

Sunday, June 10, 2018

[NAJIB JUMPA KU LI]Rosmah Sebak Terima Kunjungan NGO, ahli UMNO di penghujung Ramadhan



Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menitiskan air mata ketika menerima kunjungan NGO, ahli-ahli Umno dan beberapa artis tanah air di kediamannya di Taman Duta semalam.
Suasana hiba mengiringi pertemuan itu yang rata-rata mereka tidak putus-putus mengucapkan kata-kata sokongan kepada beliau sambil berpelukan.
Rombongan kira-kira 50 tetamu itu diketuai Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah, yang merupakan kenalan rapat Rosmah sejak 11 tahun lalu.
Pertemuan itu pada awalnya hanya bersama Rosmah namun, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta selepas 40 minit sesi berkenaan.
Najib ketika menyambung sesi pertemuan itu menyatakan terharu dengan sokongan diterima dan begitu tenang meluahkan reaksi kepada tetamu yang hadir.
Pertemuan itu berakhir selepas sejam apabila Najib dan Rosmah terpaksa meminta diri untuk keluar, difahamkan untuk ke rumah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li namun tidak diketahui tujuannya.
Sementara itu, Aminah berkata, beliau mengumpulkan sokongan berkenan mengambil semangat ketika reformasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah berdepan situasi sama satu ketika dahulu.
Katanya yang juga bekas wanita PKR, tekanan dilalui Najib dan Rosmah tidak begitu jauh berbeza dengan apa yang berlaku satu ketika dahulu.
Saya masih ingat perkara pertama yang Datin Seri Rosmah memberi reaksi pada saya ketika saya hubunginya berhubung siasatan SPRM, beliau dengan tenang berkata untuk apa dia takut kerana dia tidak salah.
“Jadi beliau sekeluarga memerlukan sokongan ramai kerana berdepan situasi sekarang ini. Sokongan ini akan berterusan, dan saya akan bawa lebih ramai agar Najib dan Rosmah lebih bersemangat,” katanya lapor Sinar Harian.
Selasa lalu, Rosmah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.
Pada bulan lalu pula, Najib turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan siasatan kes yang sama.
Najib memberi keterangan sebanyak dua kali, pada 21 dan 24 Mei masing-masing mengambil masa lebih lima dan enam jam.
Pada 26 Januari 2016, media melaporkan, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

4 comments:

  1. So.... orang politik memang macam ni ya rupanya?

    Kalau pemimpin mereka dituduh dengan sesuatu tuduhan jenayah... dalam kepala mereka, letak laa berapa banyak bukti sekalipun, verdict dalam kepala mereka ialah:

    - pemimpin mereka tidak bersalah
    - ia ialah konspirasi
    - tuduhan ialah ploy politik dsb...

    Agaknya... kalau lepas ni SPRM turut menangkap pemimpin2 PAS yang 'dikatakan' turut sama menerima wang rompakan 1mdb, unit amal PAS akan turun bertakbir di jalanraya pula ke? PAS akan juga menganggap :

    - pemimpin mereka tidak bersalah
    - ia ialah konspirasi
    - tuduhan ialah ploy politik dsb..

    ????? macam tu ka politik di Malaysia ?????

    ReplyDelete
  2. pd pendapat aku perkara serupa berlaku dlm krajaan PH jugak...Memang ahli politik dan pengikut mereka selalu begitu.X kira dr parti mana pun..Tak caya mari kita try test...hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedar diri skit...korang tu pembangang oppss pembangkang...tahap hina dina lak tu...gi merempat sana...dedak nak kena rampas sume dah nie...kakakakakka...xyah nak test sgt....dlu apsal bodoh masa memerintah...dah jadi pengemis baru nak jadi mulia?

      Delete
  3. Sebab tu politik nie kotor...masa berkuasa dan berduit maka bertaburan la dedak diberi kepada semua. Dalam termakan budi nie mmg susah nak berpaling bila tangan yg memberi tu jadi kudung sebab nanti dikatakan tak mengenang budi. Soal haram halal tolak tepi..soal benar atau salah pun dah tak reti beza. Semua yg dtg tu takan la buta mata hati tentang harta berbilion yg sudah dirampas drp tuan punya badan. Setidak-tidaknya bagi la nasihat skit kt najib laki bini supaya bertaubat dan tabah melalui hukuman dunia. Lain kali jgn buat lagi yaa...gitu ler patutnya nasihat diberi.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com