innity

pages

Wednesday, June 13, 2018

Mufti Perlis Persoal Infaq Wajib Ramadhan oleh Pas


Oleh : Dr. MAZA

Apakah yang mereka maksudkan dengan 'infaq wajib Ramadan' yang sama dengan jumlah zakat fitrah itu? 

Jika ia zakat fitrah, mereka tiada hak mengumpulkan kutipan tersebut. Jika bukan zakat fitrah, apakah yang dimaksudkan dengan 'wajib' di situ? 

Kewajipan syarak, ataupun kewajipan 'parti'? Kewajipan syarak mesti dengan dengan dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Jika kewajipan parti, atas alasan apa? 

Jika wajib, orang yang tidak bayar berdosa? 

Jika hanya satu pihak wajib, apakah pihak itu berdosa jika tidak bayar? 

Apa hukum mengutip harta awam dengan menggunakan nama hukum 'wajib' padahal itu tidak benar? 

Atas apa kuasa mereka mewajibkan dan mengutip? 

Di sinilah bahayanya penggunaan nama agama untuk politik kepartian jika membawa kepada keadaan yang seperti ini.

6 comments:

  1. Semasa bekerja dengan Yayasan Islam Kelantan, selepas beberapa tahun baru saya dan rakan-rakan dapat tahu bahawa rupa-rupanya duit gaji kami telah dipotong for a certain amount untuk dimasukkan ke dalam Tabung Muslimat Pas.

    Saya dan rakan-rakan bukan ahli PAS. Kami cuma mengundi PAS tapi tak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti Parti ataupun Muslimat.

    Kami terkejut dgn pemotongan tersebut. Jumlahnya memang lah kecil cuma beberapa puluh ringgit tapi bukan ke ambil hak orang tanpa pengetahuan orang itu disebut 'mencuri' ?

    Apa yang menghalalkan pemotongan tersebut?

    Kami tak pernah terima sebarang manfaat pun daripada aktiviti Muslimat Pas.
    Kami tak pernah tahu pun apa aktiviti Muslimat Pas. Yg kami pernah tgok, mereka akan turun berkempen bila musim pilihanraya. Itu ajer yg kami nampak.

    Oleh kerana kami ni kerja makan gaji, kami tak berani laa nak persoal majikan kami iaitu Kerajaan Pas. Redha ajer laa.... kalau duit tu utk sedeqah kpd orang miskin takpe laa tp kalau utk aktiviti parti... kami tak redha.

    Itu pengalaman saya kerja dgn YIK dr tahun 1990 hingga 2003.

    Harap sekarang dah takde laa perkara2 macam tu lagi.

    ReplyDelete
  2. Wahai Dr. MAZA yang bijaksana sini bagus lah beri teguran tapi jangan le limit teguran tu hanya pada PAS sahaja. Beri lah teguran dimana saja berlaku kemungkaran seperti pinjaman yang Jepun nak beri tu tak de unsur riba ke. Ke Dr. MAZA ni kerjanya nak hentam PAS je. Lepas tu komen Tun yang pasal kalau kes rogol, penjenayah akan terlepas pasal mangsa tak dapat bawa 4 orang saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh minta JAKIM bagi sijil halal. Macam kerjaan dolu tuu

      Delete
  3. Pas ( SKRG ) mmg sesat. Pas akn gunakn agama alquran hadis halalkn utk kejahatan perbuatan mereka

    ReplyDelete
  4. Dr. Maza ni dulu semasa PaS bersama PR dia sanggup duduk sepentas dgn PAS mengkritik UMNO. Semua yg pAS buat tak dikritiknya. Sejak pas keluar dari PR kerana ternyata PaS dapati pakatan dengan DAp membahaya agama dan bangsa. Bermulalah kritik Maza terhadap PaS dan UMNO.

    Maka saya berasa mungkinkah Dr. Maza sebenaranya ada agendanya tersendiri iaitu mahu memastikan negara ini diperintah oleh golongan LIBERAL supaya misi memastikn fikrah wahabi dan salafinya lebih bebas disebar dan diamalkan. Beliau amat anti agensi yg menjalankan tugas mengawal gerakan wahabi dan salafi.

    ReplyDelete


  5. Sebelum Dr sibuk pas infaq ini elok rasanya Dr jawab lu soalan Tun M, iaitu babi, kalau disembelih dagingnya boleh makan dan?..... saya rasa ramai peminat Tun terutama Cina DAP hendak tahu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com