pages

Saturday, June 9, 2018

MTEM tegur Menteri PH lantik ahli tidak layak dalam Jawatankuasa


Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) menegur kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, seperti yang berlaku dalam pelantikan “pakar pemasaran” diragui ke Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN).

MTEM, yang menaungi 170 NGO ekonomi Melayu seluruh negara, menyambut baik langkah menubuhkan majlis penasihat namun proses pelantikan, keanggotaan dan pengurusan gerak kerja dilaksanakan dengan tergesa-gesa dan sambil lewa, berbeza dengan penubuhan Majlis Penasihat Negara yang terurus dan lancar.

“Pegawai-pegawai kementerian dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menasihati menteri tentang hala tuju Majlis Penasihat Pertanian Negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman.

MTEM risau penetapan dasar terhadap projek-projek kerajaan dulu seperti Pusat Fidlot Kebangsaan 2.0 juga dibuat secara tergesa-gesa dan sambil lewa.

Yazid berkata beberapa kementerian lain juga dilihat tidak meletakkan keutamaan mereka pada tempat yang betul.

“Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya dapat melaksanakan pentadbiran dengan lebih baik. Kerajaan PH kini sedang mengikut langkah kerajaan terdahulu yang banyak bertindak tanpa melakukan konsultasi yang berkesan,” katanya.

MTEM berkata menteri sepatutnya melibatkan pakar yang menguasai teknologi; ekonomi; pemasaran dan perdagangan; pengurusan, undang-undang dan dasar; isu akar umbi seperti nelayan, pesawah dan penternak; dan kaedah alternatif dalam MPPN.

“Ahli-ahli majlis yang dilantik mestilah benar-benar memahami industri bukan sahaja dari aspek perniagaan dan ekonomi tetapi juga dari sudut pandang jaminan keselamatan makanan dan kebajikan pemain-pemain industri di pelbagai peringkat.

“Mereka juga mestilah dipastikan sentiasa bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi,” katanya.

MTEM berkata menteri juga seharusnya mengarahkan kajian dan rundingan dilakukan terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembatalan atau penerusan satu-satu projek.

“Sebelum pengumuman dibuat, seharusnya dilaksanakan kajian kebolehlaksanaan, konsultasi pakar, kajian kos dan manfaat, dan yang paling penting perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan seperti petani dan penternak.”

MTEM mahu melihat perubahan industri pertanian dari sudut dasar dan kawal selia, penghapusan kartel, pertanian berasaskan sains dan teknologi, pengunaan kaedah alternatif yang selamat dan produktif, bebas rasuah dan salah guna kuasa, dan peningkatan taraf hidup petani, penternak dan nelayan.

8 comments:

  1. Salahuddin Ayub ni dah start main kroni dak ka ni?....rakyat sedang memerhati,kamu jangan sekali2 punahkan PH!!..

    ReplyDelete
  2. Elok juga lantik seorg dua tukang masak yg ada title Dr. untuk jadi penasihat?

    ReplyDelete
  3. Adakah MTEN pernah pergi jumpa Menteri Pertanian sebelum kawatankuasa (MPPN) itu dibuat? Kalau dah jumpa, kenapa tak sarankan perkara ini? Dalam keadaan PH ditekan untuk menyegerakan semua perkara, kesilapan sebegini seharusnya diuruskan oleh MTEN dengan lebih berhemah. Kenapa MTEN bersikap macam ini? Kenapa guna istilah Menteri PH? Tidakkah elok gunakan istilah menteri sahaja bagi merujuk kerajaan sekarang dan menteri kerajaan terdahulu bagi merujuk kerajaan sebenum ini? Menggunakan perkataan "MENEGUR" itu pun suduh menunjukkan suatu keangkuhan/ Tidakkah perkataan "MENEGUR" itu lebih sesuai digunakan begi merujuki nasihat/kemarahan orang/pihak yang lebih atas kepada orang/pihak yang lebih bawah? Tidakkah itu juga suatu ketergesa-gesaan?. Adakah MTEN semenangnya angkuh? Adakah MTEN berasa terlalu besar hinggakan membuat kenyataan sedemikian? Ada sesiapa boleh beri pandangan tanpa perlu memaki, mencarut, atau menghamun?

    ReplyDelete
  4. Tak payah layan mten ni. Dulu buta2 sokong najib razak. Sekarang ni nak memekak. Revamp balik mten ni dan tukar kepada pimpinan baru. Lepas tu baru berunding balik.

    ReplyDelete
  5. Yang peliknya perlantikan "MAJLIS2 PENASIHAT"" oleh kerajaan baru ni di bawah Akta/Enakmen atau Peraturan mana ya kerana sebelum ini jarang kita dengar. Lantikan mereka ni adakah secara sukarela tanpa imbohan atau ada MASYUUUUK ? Dilantik dikalangan profesional atau dikalangan KORONI?

    ReplyDelete
  6. Padia mten ni cerata? Benda yg common sense kut. Sapa2 pun boleh bagi nasihat lagu tu. Saja nak nak jadi batu api kasi laga semua org.

    ReplyDelete
  7. pertanian malaysia ni sepatutnya dah maju jika kerajaan dapat menjaga kebajikan pengusaha ladang.penekanan harus diberikan kepada perkara berikut:
    1-bantuan atau peluang yang diberi hendaklah benar2 sampai kepada golongan pengusaha bukan berdasarkan kepada kenal siapa.banyak tanah2 pertanian yg ditawarkan kepada rakyat dapat kepada mereka yg tidak layak.mereka ini pula akan memajak tanah ini kapada org lain dgn bayaran yg jauh lebih mahal.
    2- harga hasil pertanian tidak byk berubah dlm tempoh 10 tahun ini(pengalaman saya) tetapi kos baja dan buruh meningkat dgn ketara.tiada sebarang tindakan dari pihak berwajib.jika adapun sekadar bantuan bermusim untuk KPI mereka.
    3-terlalu byk org asing menjadi pengusaha kebun/ladang mahupun peniaga hasil ladang.kita tidak akan mampu bersaing dgn mereka kerana kos hidup mereka jauh lg rendah berbanding org tempatan.cukup bagi mereka jika mendapat 1-2 ribu sebulan.bagi kita? kalau diperhatikan peniagaan dipasar borong sekitar selangor majoritinya adalah org asing yg beselindung disebalik nama org tempatan.
    4.mereka yg terlibat dalam memberikan khidmat nasihat kepada petani tidak pernah pun terlibat dlm pertanian.hanya teori.
    5.agensi2 pwmasaran yg sepatutnya membantu pwngusaha telah gagal
    Pertanian adalah satu bidang praktikal bukannya teori.mereka yg terlibat dlm memberikan khidmat nasihat ataupun bantuan lain hendaklah dilantik daripda mereka yg telah terlibat dlm bidang ini.siasat & kenalpasti mereka yg benar2 layak mendpt bantuan.
    Tindakan tegas hendaklah diambil kepada pengusaha & peniaga warga asing.

    ReplyDelete
  8. Kadang2 menghukum lebih mudah dari melaksanakan sesuatu yang baik. Kerajaan sekarang adalah satu kerajaan baharu dan menteri-menterinya juga dari kalangan orang-orang baharu. Pemilihan seseorang penasihat pasti mendapat nasihat-nasihat dari pegawai-pegawai atasan di kementerian yang berkaitan. Jadi tidak kesalahan kepada menteri yang baharu kerana mereka masih baru dan dalam proses pembelajaran. Pihak-pihak lain yang berkepenting sepatutnya memainkan peranan dan menasihati secara berhemah. Bukannya menghukum tanpa memahami situasi seseorang yang masih baharu dan sebaliknya mencadangkan nama-nama yang layak untuk sesuatu pelantikan sebagai penasihat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com